Siaran Langsung Korea Selatan vs Bahrain Piala Asia 2023 | 15 Januari 2024

Korea Selatan vs Bahrain di Stadium Jassim Bin Hamad pada Isnin, 15 Januari 2024 dalam perlawanan pembukaan kumpulan E di Piala Asia 2023 (AFC Asian Cup).

Tiger Of Asia membuat penampilan kelapan dalam saingan tertinggi Asia ini. Sebelum ini, mereka baru sahaja menumpaskan Iraq dengan jaringan 1-0 dalam perlawanan persahabatan.

Siaran Langsung Korea Selatan vs Bahrain Piala Asia 2023

Untuk rekod, Korea Selatan pernah bergelar juara Piala Asia sebanyak dua kali dan muncul sebagai naib juara sebanyak empat kali.

Pada edisi 2019 yang lalu, mereka tersingkir di pusingan suku akhir dan pastinya kali ini mereka target untuk pergi lebih jauh.

Sementara itu, tahun ini merupakan kali kelima penampilan Bahrain dalam Piala Asia. Dalam perlawanan terakhir, mereka tumpas 0-2 kepada Australia juga dalam perlawanan persabatan.

Selepas perlawanan ini, satu lagi perlawanan akan berlangsung dalam kumpulan E iaitu melibatkan Malaysia vs Jordan yang berlangsung pada jam 1.30 pagi waktu Malaysia.

Rekod Pertemuan Korea Selatan vs Bahrain

Isnin ini menjadikan pertemuan kali ke-25 untuk kedua-dua pasukan. Korea telah memenangi sebanyak 16, manakala Bahrain hanya pernah menang 3 kali ini. Selebihnya meraih keputusan seri.

Pertembungan kali terakhir dalam Piala Asia adalah pada edisi 2019 di pusingan 16 dengan menyaksikan Korea menang 2-1 menentang Bahrain.

Korea Selatan kini berada di kedudukan ke-23 FIFA ranking berbanding 63 untuk pasukan Bahrain dan pastinya Korea berkelebihan.

Siaran Langsung Korea Selatan vs Bahrain

Untuk penonton di Malaysia, anda boleh saksikan match betwee South Korea and Bahrain secara langsung menerusi saluran Astro Arena Bola 803 dan secara online di Astro Go.

Selain itu, anda juga boleh tonton secara live streaming di Sooka dengan melanggan pas 24-jam dengan harga RM12.90 sahaja.

Jadual & Keputusan

FT : Korea Selatan (3) - (1) Bahrain

  • In-Beom Hwang 39'
  • A. Al Hashash 51'
  • Kang-In Lee 56', 69'

Waktu? 7.30 malam waktu Malaysia
Main dimana? Stadium Jassim Bin Ahmad
Ada tayangan di tv? Astro Arena bola 803
Ada live streaming? Sooka

Senarai Pemain Kesebelasan Utama Kedua-Dua Pasukan

Korea Selatan

Kim Seung-gyu (GK), Seol Young-woo, Jung Seung-hyun, Kim Young-gwon, Park Yong-woo, Jeong Woo-yeong, Hwang In-beom, Hong Hyun-seok, Lee Ki-je, Heung-min Son, Lee Jae-sung.

Bahrain

Sayed Mohammed Jaffer (GK), Mohamed Adel, Amine Mohamad Hassan Benaddi, Waleed Al Hayam, Abdulla Al Khalasi, Mohamed Al-Hardan, Ali Madan, Moses Atede, Jasim Khelaif Wahab Al Salama, Kamil Al Aswad, Abdulla Yusuf Helal.

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Siaran Langsung Korea Selatan vs Bahrain Piala Asia 2023 | 15 Januari 2024"