Siaran Langsung Live Streaming Vietnam vs Indonesia Piala Asia 19 Januari 2024

Live Streaming Vietnam vs Indonesia Piala Asia 19 Januari 2024

Saingan Piala Asia 2023-2024 diteruskan lagi untuk perlawanan kedua bagi setiap pasukan yang bertanding dalam saingan kali ini di Qatar. Antara yang dijadualkan berlangsung pada 19 Januari 2024 ini adalah pertandingan antara Vietnam dan Indonesia.

Isi Kandungan

Sejarah Pertemuan
Live Streaming Vietnam vs Indonesia (Siaran Langsung)
Butiran Perlawanan

Sejarah Pertemuan

Satu-satunya seteru Asian Tenggara ditempatkan dalam kumpulan yang sama iaitu Kumpulan. Pastinya menarik untuk disaksikan perlawanan kali ini. Untuk rekod, kedua-dua negara telah bertemu sebanyak 16 kali, di mana masing-masing menang empat kali dan seri lapan kali. Jika dilihat lima pertemuan terakhir, ianya berpihak kepada Vietnam yang menang dua daripadanya dan hanya tewas sekali sahaja dan bakinya adalah seri.

Live Streaming Vietnam vs Indonesia (Siaran Langsung)

Link : Live Streaming Di Sooka

Untuk peminat bola sepak yang ingin menyaksikan perlawanan ini secara siaran langsung, anda boleh menontonnya menerusi saluran Astro yang disediakan. Untuk perlawanan ini, penyiar langsung disediakan di saluran Astro Arena Bola 2 804. Tiada tayangan siaran langsung di RTM. Untuk mereka yang gemar menonton secara digital, boleh akses di Sooka atau aplikasi Astro Go.

Butiran Perlawanan

Perlawanan pertandingan antara Vietnam dan Indonesia akan berlangsung seperti dibawah:

  • Tarikh : Sabtu, 19 Januari 2024
  • Waktu : 10.30 Malam waktu Malaysia
  • Venue : Stadium Abdullah Bin Nasser
  • Siaran Langsung : Astro Arena Bola 2

Kali ini kita bakal dapat saksikan bagaimana aksi pemain-pemain muda Vietnam berhadapan dengan barisan pemain Indonesia yang kini sedang meningkat naik. Adakah mereka mampu memberikan saingan seperti yang ditunjukkan ketika bertemu Jepun sebelum ini. Tidak kurang hebatnya daripada skuad Garuda, Indonesia. Mereka juga pastinya inginkan keputusan positif malam ini.

Jika dibandingkan dengan kedudukan rangking FIFA dimana Vietnam berada di tangga ke-91, sementara Indonesia di kedudukan ke-146. Jika dilihat diatas kertas, pastinya perlawanan ini akan memihak kepada Vietnam. Walaupun begitu, Indonesia tidak akan berputus asa untuk berikan yang terbaik supaya untuk terus bersaing dalam AFC Asian Cup 2023 kali ini

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Siaran Langsung Live Streaming Vietnam vs Indonesia Piala Asia 19 Januari 2024"