Senarai Lokasi Tayangan Skrin Besar Piala Asia 2023 Melibatkan Pasukan Malaysia

Lokasi Tayangan Skrin Besar Piala Asia 2023-2024 Melibatkan Pasukan Malaysia

KBS ada menyediakan tayangan skrin besar di lokasi terpilih seluruh Malaysia bagi orang ramai menyaksikan perlawanan melibatkan pasukan Malaysia di Piala Asia 2023-2024.

Selepas 43 tahun, Malaysia kini kembali ke pentas bola sepak tertinggi Asia secara merit di kejohanan Piala Asia AFC 2023 Qatar. Kali terakhir adalah pada 2007 selaku tuan rumah bersama.

Kini rakyat Malaysia mempunyai sebab kenapa untuk menyaksikan Piala Asia pada edisi kali ini. Kini kita bermain satu tahap bersama pasukan-pasukan elite yang lain.

Piala Asia edisi 2023 tetapi dimainkan pada tahun 2024 berikutan cuaca yang tidak mengizinkan pada penghujung tahun di Qatar selaku tuan rumah.

Disebabkan itu, ianya perlu dianjak ke tahun 2024 demi memberikan sedikit keselesaan kepada semua pihak termasuk penonton dan pemain pasukan sendiri.

AFC Asian Cup 2023 Qatar berlangsung selama 30 hari bermula 12 Januari hingga 10 Februari 2024 dengan melibatkan 24 pasukan kesemuanya termasuk Malaysia.

Setiap pasukan telah diundi dalam enam pasukan yang terdiri daripada empat pasukan setiap daripadanya. Malaysia berada dalam Group E bersama Korea Selatan, Bahrain dan Jordan.

Jadual Siaran Langsung Perlawanan Pasukan Malaysia

Pada peringkat kumpulan, setiap pasukan akan bermain satu pusingan dengan melibat tiga perlawanan sahaja termasuklah pasukan Malaysia.

Untuk skuad Harimau Malaya bimbingan Ketua Jurulatih Kim Pan Gon, mereka akan bertemu Jordan terlibih dahulu, diikuti Bahrain dan Korea Selatan.

16 Januari 2024, Selasa (1.30 am) - Malaysia vs Jordan

20 Januari 2024, Sabtu (10.30 pm)  - Bahrain vs Malaysia

25 Januari 2023, Khamis (7.30 pm) - Korea Selatan vs Malaysia

Kesemua perlawanan ini anda boleh saksikan secara langsung menerusi saluran Astro dan RTM sebagai penyiar rasmi kejohanan Piala Asia kali ini.

Di Astro, anda boleh saksikan menerusi Astro Arena 801, Arena Bola (803-804) dan Astro Supersport (811-813) dan juga tersedia di Astro Go khusus untuk pengguna Astro.

Untuk saluran RTM, ianya hanya disiarkan secara langsung melibatkan pasukan Malaysia sahaja iaitu menerusi TV Okey dan Sukan RTM. Lain-lain perlawanan ditayangkan secara perlawanan tertunda.

Untuk tontonan live streaming, anda boleh gunakan platform Sooka dengan yuran langganan atau secara percuma di RTM Klik.

Lokasi Tayangan Skrin Besar Piala Asia 2023 - Melibatkan Pasukan Malaysia

Selain menonton di rumah, di kaca tv, di telefon pintar atau laptop, orang ramai juga boleh saksikan perlawanan Piala Asia 2023 menerusi tayangan skrin besar.

Tetapi ianya terhad untuk perlawanan melibatkan pasukan Malaysia sahaja.

Berikut merupakan lokasi terpilih bagi tayangan skrin besar yang disediakan di seluruh negara. Anda boleh datang beramai-ramai dan masuk adalah percuma

Negeri Lokasi
Kuala Lumpur Stadium Nasional Bukit Jalil
Selangor Laman MBPJ, Petaling Jaya
Putrajaya Dataran Putrajaya, Presint 3
Perlis Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra, Kangar
Kedah Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah, Alor Setar
Penang Padang Kota, George Town
Perak Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru Raya
Negeri Sembilan Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Paroi
Melaka Dataran Bandaraya MBMB, Ayer Keroh
Johor Kawasan rekreasi Kg. Dato' Onn, Jln Cederawasih,
Larkin Jaya, Johor Bahru
Kelantan Dataran Mara, Kota Bharu
Terengganu Aras bawah, Kompleks Paya Bunga Sentral,
Kuala Terengganu
Pahang Padang MBK 1
Sarawak Kuching Ampihitheatre
Sabah Padang Merdeka, Kota Kinabalu
Labuan Dataran Perbadanan Labuan

Selain itu, terdapat juga aktiviti sampingan yang disediakan seperti cabutan bertuah, persembahan aksi, jualan, kuiz dan pelbagai lagi. Masuk adalah percuma.

Lokasi Tayangan Skrin Besar Piala Asia 2023

Lokasi Tayangan Skrin Besar Piala Asia 2023

1/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post