Siaran Langsung Malaysia vs Syria Live Streaming Perlawanan Persahabatan 2024

Siaran Langsung Malaysia vs Syria Live Streaming Perlawanan Persahabatan

Satu perlawanan persahabatan antara Malaysia vs Syria akan berlangsung pada 9 Januari 2024, bertempat di The Bases Complex (TBC) di Qatar dengan waktu sepak mula pada jam 1.30 pagi waktu Malaysia.

Ini merupakan perlawanan pemanas badan untuk kedua-dua pasukan bagi persediaan menghadapi kejohanan terbesar benua Asia iaitu Piala Asia AFC 2023 Qatar.

Perlawanan yang diadakan secara tertutup tanpa kehadiran penonton ini tiada dalam kalendar FIFA, maka tiada mata ranking ditawarkan. Hanya sekadar persediaan untuk kejohanan akan datang.

Terbaru, Syria baru sahaja menjalan satu perlawanan persahabatan sebelum tiba di Qatar iaitu menentang Kyrgyzstan dengan kesudahan keputusan seri 1-1.

Manakala skuad Harimau Malaya paling akhir adalah ketika saingan Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia menentang Chinese Taipei pada September yang lalu dengan keputusan kemenangan 1-0.

Pertemuan Kedua-Dua Pasukan

Kedua-dua pasukan Malaysia-Syria telah bertemu sebanyak lima kali secara keseluruhan. Masing-masing menang dua kali dan seri sekali.

Tetapi tiga pertemuan terakhir, Syria tidak pernah tewas. Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu adalam di China dalam perlawanan persahabatan yang berkesudahan dengan keputusan seri 2-2.

Meskipun ini hanya perlawanan pemanas badan, ketua jurulatih Kim Pan Gon pastinya ingin anak-anak buah memberikan yang terbaik dan mencari momentum kemenangan untuk dibawa ke Piala Asia.

Dalam Piala Asia AFC Qatar 2023-2024, Malaysia telah diundi dalam kumpulan E dan pertemuan pertama adalah bertemu Jordon pada 15 Januari ini.

Manakala Syria akan menentang Uzbekistan dalam perlawanan pembukaan untuk kumpulan B yang berlangsung pada 14 Januari 2024.

Senarai Kesebelasan Utama

(akan dikemaskini)

Siaran Langsung Malaysia vs Syria

Seperti yang diumumkan, Piala Asia Qatar 2023 kali ini akan disiarkan secara langsung menerusi Astro Arena dan saluran RTM di TV Okey dan Sukan RTM.

Manakala untuk perlawanan persahabatan Malaysia bertemu Syria ini bakal dijalankan secara tertutup tanpa kehadiran penonton.

Oleh itu, tiada tayangan secara langsung dibuat secara rasmi daripada mana-mana penyiar di Malaysia sama ada Astro mahupun RTM.

Sekiranya ada pun, ianya hanya tayangan secara live streaming yang dibuat oleh pihak ketiga. Jika ada, akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Jadual & Keputusan Perlawanan

Berikut merupakan jadual dan keputusan perlawanan persahabatan antara Malaysia vs Syria yang dijalankan di Qatar pada 9 Januari 2024 (Selasa).

FT : Malaysia (2) - (2) Syria

  • Arif Aiman Hanapi 39'
  • Pablo Sabbag 70'
  • Ibrahim Hesar 74'
  • Paulo Josue 78' 

Masa : 1.30 Pagi
Venue : The Bases Complex
Tayangan TV : Tiada
Live Streaming : Link 1 | Link 2

2/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post