Piala Asia 2023 : Jadual Perlawanan Malaysia Dan Siaran Langsung

Piala Asia 2023 : Info Siaran Langsung & Jadual Perlawanan Game Malaysia

Sebanyak 24 pasukan negara daripada rantau Asia akan bertanding dalam kejohanan edisi ke-18 Piala Asia AFC 2023 bermula Januari ini.

Kejohanan edisi ke-18 ini akan berlangsung di Doha, Qatar selaku tuan rumah iaitu bermula dari 12 Januari hingga 10 Februari 2024.

Tahun ini lebih menarik apabila Malaysia berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Asia secara marit yang juga kali kemunculan kali keempat dalam kejohanan ini.

Diketuai oleh ketua jurulatih Kim Pan Gon bersama anak-anak buah daripada skuad Harimau Malaya yang pastinya tertumpu kepada gandingan hadapan Arif Aiman dan Faisal Halim.

Malaysia telah diundi dalam kumpulan E dalam Piala Asia AFC Qatar 2023 bersama-sama Jordan, Bahrain dan Korea Selatan.

Jika diikur mengikut ranking FIFA dalam kumpulan, Korea ditangga ke-23, Bahrain dikedudukan ke-86, diikuti Jordan di tempat ke-87 dan Malaysia di tangga ke-130 pastinya pasukan negara menjadi bukan pilihan.

Tetapi beberapa siri perlawanan persahabatan sebelum ini telah membuktikan Malaysia juga mampu untuk memberi tentangan sengit kepada pasukan yang lebih tinggi rangkingnya.

Adakah Malaysia mampu untuk memberikan sesuatu pada edisi kali ini, sekurang-kurangnya untuk lepasi peringkat kumpulan?

Cara Tonton Siaran Langsung Piala Asia AFC 2023-2024: Jadual Penuh Dan Masa Perlawanan

Kesemua 51 perlawanan Piala Asia AFC 2023 anda boleh saksikan secara langsung menerusi saluran Astro di Astro Arena 801, Arena Bola 803-904 dan Astro Supersport 811-813.

Selain itu, khusus untuk perlawanan melibatkan pasukan Malaysia sahaja, turut dibawakan di RTM menerusi saluran TV Okey dan Sukan RTM.

Anda juga boleh menonton secara live streaming di Sooka dengan langganan atau menggunakan RTM Klik yang ditawarkan secara percuma.

Berikut merupakan jadual penuh perlawanan sepanjang kejohanan melibatkan semua pasukan Malaysia sahaja dalam AFC Asian Cup 2023-2024 dengan mengikut waktu Malaysia

jadual perlawanan malaysia piala asia 2023

Kumpulan E

Selasa 16 Januari 2024: Malaysia (0) - (4) Jordan

Waktu : 1.30 pagi (MY)
Venue : Stadium Al Janoub
Tayangan : Astro Arena dan TV2, Sukan RTM

Sabtu 20 Januari 2024: Bahrain (1) - (0) Malaysia

Waktu : 10.30 malam (MY)
Venue : Stadium Jassim Bin Hamad
Tayangan : Astro Arena dan TV2, Sukan RTM

Khamis 25 Januari 2024: Korea Selatan (3) - (3) Malaysia

Waktu : 7.30 malam (MY)
Venue : Stadium AL Janoub
Tayangan : Astro Arena dan TV2, Sukan RTM

Barisan Skuad Malaysia Di Piala Asia AFC 2024

Penjaga Gol

Syihan Hazmi (JDT)
Sikh Izhan (Negeri Sembilan)
Azri Ghani (KL City)

Pertahanan

Matthew Davies (JDT)
Shahrul Saad (JDT)
Daniel Ting (Sabah)
Syahmi Safari (JDT)
Dominic Tan (Sabah)
Junior Eldstal (Dewa United)
Dion Cools (Buriram United)
La'Vere Corbin-Ong (JDT)
Khuzaimi Piee (Selangor)

Tengah

Stuart Wilkin (Sabah)
Endrick dos Santos (JDT)
Syamer Kutty Abba (JDT)
Brendan Gan (Selangor)
Afiq Fazail (JDT)
Natxo Insa (JDT)

Penyerang

Faisal Halim (Selangor)
Darren Lok (Sabah)
Safawi Rasid (JDT)
Arif Aiman Hanapi (JDT)
Mohamadou Sumareh (JDT)
Paulo Josue (KL City)
Akhyar Rashid (JDT)
Romel Morales (KL City)

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Piala Asia 2023 : Jadual Perlawanan Malaysia Dan Siaran Langsung"