Siaran Langsung Malaysia vs Belanda Final Hoki 5S World Cup 2024 (Live Streaming)

Siaran Langsung Malaysia vs Belanda Final Hoki 5S World Cup 2024

Speedy Tigers akan menghadapi Final Hoki 5s Piala Dunia 2024 (World Cup) dimana Malaysia vs Belanda akan berlangsung pada 1 Februari 2024, hari Khamis dengan waktu permainan akan bermula pada jam 12.20 pagi waktu Malaysia.

Selepas kekecewaan dalam aksi kelayakan Olimpik 2024 sebelum ini, pasukan hoki kebangsaan telah kembali dan memberikan kegembiraan kepada sukan hoki apabila edisi pertama terus berjaya melangkah ke pusingan akhir di final.

FIH Hockey5s World Cup

Selain daripada kategori hoki padang dan hoki indoor, sukan hoki kini mempunyai satu lagi kategori iaitu hoki 5s atau 5 sebelah dimana satu-satu perlawanan hanya melibatkan 5 pemain sahaja bagi setiap pasukan yang mengambil bahagian.

Secara keseluruhan ada 10 pemain di atas padang. Selain itu juga, keluasan padang hoki juga sedikit kecil berbanding hoki padang. Manakala waktu permainan dipendekkan kepada 20 minit sahaja yang mana dibahagikan dua waktu dengan 10 minit bagi setiap daripadanya.

Untuk melayakkan diri ke Hoki 5s Piala Dunia ini, setiap pasukan yang mengambil bahagian perlu melepasi peringkat kelayakan bagi setiap benua. Seperti contoh, Malaysia memasuki peringkat kelayakan bagi zon Asian pada tahun 2023 yang lalu.

Kejohanan Hoki 5s World Cup 2024 kategori lelaki berlangsung dari 28 hingga 1 Februari 2024. Manakala untuk kategori wanita bermula dari 24 hingga 31 Januari 2024.

Hoki 5s Piala Dunia 2024

Ini merupakan edisi pertama bagi kejohanan Hoki 5s Piala Dunia 2024 dan acara sulung ini diadakan di Muscat, Oman selaku tuan rumah. Dengan itu juga, telah melayakkan Oman dan menjadi yang pertama ke Piala Dunia.

Sebanyak 16 pasukan yang layak dan mengambil bahagian dalam edisi pertama kali ini. Masing-masing telah berjaya tempuhi peringkat kelayakan. Untuk zon asia, India, Pakistan, tuan rumah Oman dan Malaysia berjaya melangkah ke Piala Dunia.

Dalam kempen kali ini, kesemua pasukan dibahagikan dalam 4 kumpulan yang terdiri daripada 4 pasukan bagi tiap-tiap daripadanya. Malaysia diundi dalam kumpulan D bersama Oman, Amerika Syarikat dan Fiji.

  • Pool A - Belanda, Poland, Pakistan, Nigeria
  • Pool B - Mesir, India, Switzerland, Jamaika
  • Pool C - Trinidad and Tobago, Kenya, New Zealand, Australia
  • Pool D - Oman, Malaysia, Amerika Syariakt, Fiji

Setiap pasukan akan berlawan sesama sendiri untuk satu pusingan secara round-robin. Dua pasukan teratas bagi setiap kumpulan akan layak ke peringkat kalah mati bermula di pusingan suku akhir, separuh akhir dan final. Dua pasukan tercorot akan meneruskan cabaran di peringkat klasifikasi.

Cabaran Malaysia Di Hoki 5s Piala Dunia 2024

Di peringkat kumpulan, Speedy Tigers berjaya menamatkan cabaran di tempat kedua dengan mengumpul 7 mata bersama Oman. Seri 3-3 menentang Oman, menang ke atas USA 3-2 serta kemenangan besar 8-3 ketika menentang Fiji.

Pada pusingan suku akhir, Malaysia berjaya mengatasi Trinidad & Tobago dengan jaringan tipis 5-4 sepanjang tempoh perlawanan. Kecemerlangan tersebut diteruskan apabila bertemu Poland di Separuh Akhir dan juga menang dengan jaringan tipis 4-3.

Di pusingan akhir, Malaysia akan bertemu Belanda atau Netherland yang mana setakat ini tidak pernah tewas mahupun seri bermula dari peringkat kumpulan. Bukan itu sahaja, Belanda juga juara bagi peringkat kelayakan zon eropah sebelum ini.

Siaran Langsung Malaysia vs Belanda Final Hoki 5s Piala Dunia 2024

Untuk kempen Hoki 5s Piala Dunia kali ini, tiada tayangan siaran langsung di kaca tv sama ada menerusi penyiaran Astro mahupun RTM. Akan tetapi untuk final kali ini, akan disiarkan khas menerusi TV Okey dan Sukan RTM.

Bagi yang ingin menonton secara live streaming, boleh layari RTM Klik dan strim secara percuma atau menggunakan platform Watch.Hockey dengan yuran langganan RM22.90. Jadi guna aplikasi RTM lebih baik.

Keputusan Hoki 5s Piala Dunia Terkini

Berikut merupakan jadual dan keputusan terkini bagi aksi Malaysia vs Belanda di final Hoki 5s Piala Dunia 2024.

1 Februari 2023 (Khamis)

FT : Malaysia (2) - (5) Belanda

Masa : 12.20 am waktu Malaysia
Venue : Muscat, Oman
Tayangan TV : TV Okey, Sukan RTM
Live Streaming : Link 1 | Link 2

*Belanda juara dan Malaysia muncul naib juara Hoki 5s World Cup 2024

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Siaran Langsung Malaysia vs Belanda Final Hoki 5S World Cup 2024 (Live Streaming)"