Siaran Langsung Malaysia vs China Live Streaming Hoki Kelayakan Olimpik 2024

Malaysia vs China Live Streaming Hoki Kelayakan Olimpik 2023

Pasukan negara akan mulakan aksi terpenting dalam saingan Hoki Kelayakan Olimpik 2024 (FIH Hockey Olympic Qualifier) pada 15 Januari 2024, hari Selasa iaitu pertemuan Malaysia vs China.

Ini merupakan peluang terakhir untuk pasukan negara melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris 2024 selepas slot juara Sukan Asia sebelum ini terlepas ke India.

Empat negara kita sudah layak ke Olimpik Paris termasuk tuan rumah, Perancis dan juara setiap benua, Australia, Belanda dan India. Jadi ada lagi 6 slot yang akan dipenuhkan menerusi kempen kali ini.

Hoki Kelayakan Olimpik 2024 Di Oman

Sebenarnya dalam kempen Hoki Kelayakan Olimpik kategori lelaki terdapat 16 pasukan kesemuanya tetapi dibahagikan kepada dua lokasi yang mana setiap daripadanya melibatkan lapan pasukan dengan dua kumpulan yang terdiri daripada empat pasukan.

Lapan pasukan lain bermain di Valencia dan lapan pasukan lain termasuk Malaysia bermain di Oman yang mana saingan akan bermula dari 15 hingga 21 Januari 2024.

Dalam saingan kali ini, Malaysia telah diundi dalam kumpulan A iaitu bersama-sama Great Britain, China dan Pakistan.

  • Pool A : China, Great Britain, Malaysia, Pakistan
  • Pool B : Kanada, Chile, Jerman, New Zealand

Untuk melayakkan diri ke Olimpik Paris, pasukan yang bertanding perlu menduduki podium sama ada juara, naib juara dan pemenang tempat ketiga. Sebelum itu, mereka perlu berada dalam dua kelompok teratas dalam kumpulan bagi melayakkan ke pusingan separuh akhir.

Jadi untuk kempen kelayakan di Oman ada 3 wakil dan kempen kelayakan di Valencia ada 3 wakil. Jadi ditambah dengan pasukan yang sudah layak, terdapat 10 pasukan kesemuanya akan bermain di Olimpik Paris 2024.

Senarai Pemain Lelaki Pasukan Malaysia

Penjaga Gol: Hairi Rahman, Che Shahrul Azmi; Pertahanan: Kamarul Zaman Kamaruddin, Luqman Nul Hakim, Firdaus Omar, Arif Syafiq Ishak; Penyerang: Sufian Ruslee, Noor Firdaus Rosdi, Syarman Mat Tee, Akhimullah Anuar Esook.

Siaran Langsung Malaysia vs China

Untuk saingan Hoki Lelaki Kelayakan Olimpik 2024 kali ini, tiada siaran langsung yang akan ditayangkan di tv sama ada menerusi saluran Astro mahupun RTM.

Tetapi anda boleh saksikan semua perlawanan termasuk melibatkan pasukan Malaysia secara live streaming iaitu menerusi https://watch.hockey/ di laman web atau aplikasi mobile.

Anda hanya perlu langgan RM29.90 untuk saksikan kesemua aksi perlawanan hoki dalam kempen Hoki Lelaki Kelayakan Olimpik 2024.

Jadual & Keputusan

Berikut merupakan jadual perlawanan kumpulan A antara Malaysia vs China dalam saingan FIH Hockey Olympic Qualifiers Oman 2024 dengan waktu Malaysia.

15 Januari 2024 (Isnin)

FT : Malaysia (2) - (3) China

  • Azrai Abu Kamal 29' (FG)
  • Lin Changliang 31' (PS)
  • Chao Jieming 34' (FG)
  • Razie Rahim 47' (PC)
  • Gao Jiesheng 60' (PC)

Masa : 10.30 Malam
Venue : Muscat, Oman
Tayangan TV : Tiada
Live Streaming (jika ada): Link 1

*Keputusan akan dikemaskini sejurus selepas tamat perlawanan

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com