Telefilem Misteri Akil Balik Di TV9

Telefilem Misteri Akil Balik Di TV9

Saksikan telefilem Misteri Akil Balik yang akan ditayangkan semula pada 5 Januari 2024, bersiaran pada hari Jumaat, jam 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau boleh juga tonton secara online di Tonton.

Telefilem yang asalnya ditayangkan pada tahun 2019 ini merupakan terbitan Pencil Pictures & Records Sdn. Bhd., diarakan oleh Amir Maziah Abdul Rahman dengan nukilan skrip daripada Norsyiella Annuar

Pelakon & Watak

Antara pelakon yang terlibat dalam telefilem Misteri Akil Balik seperti Izzue Ismail, Azar Azmi, Faiz Tapaw, Akmal Ahmad, Wanna Ali, Aprena Manrose, Emma Latah, Mama Syida dan ramai lagi.

  • Izzue Ismail sebagai Akil
  • Azar Azmi sebagai Hani
  • Faiz Tapaw sebagai Oden
  • Akmal Ahmad sebagai Ucop
  • Wanna Ali sebagai Hanim
  • Aprena Manrose sebagai Hanum
  • Emma Latah sebagai Mak Jimah
  • Mama Syida sebagai Kak Tipah

Sinopsis Telefilem Misteri Akil Balik

Kemunculan Akil di kampung halamannya semula telah menimbulkan persoalan orang kampung. Malah mereka merasakan sejak adanya Akil di kampung itu pelbagai perkara misteri berlaku.

Terutamanya dua orang pemuda kampung yang nakal iaitu Oden dan Ucop kerana mereka merasakan sejak Akil muncul, Hani, Hanim dan Hanum sering tergila-gilakan Akil. Mereka berdua rasa tergugat.

Akil membuka gerai menjual sate dan sering mendapat perhatian pelanggan kerana satenya sedap. Akil akan menutup gerainya sebelum jam 12 tengah malam. Hal itu membuatkan Oden dan Ucop makin musykil dan mereka mengatakan Akil membela hantu.

Malah satenya yang sedap itu sebenarnya telah diletakkan sesuatu. Namun ada sejarah tersembunyi di sebalik kepulangan Akil ke kampung itu, langsung merungkai misteri sebenarnya.

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Telefilem Misteri Akil Balik Di TV9 "