Tonton Telefilem #SoKampung Di TV3

Telefilem #SoKampung Di TV3

Saksikan telefilem #SoKampung yang akan menemui penonton semula pada 7 Januari 2024, bersiaran pada hari Ahad, jam 9.00 malam menerusi saluran TV3 atau secara online di Tonton.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2020 ini merupakan terbitan syarikat produksi Mermaid Studios, diarahkan oleh Liyana Jasmay dengan nukilan skrip daripada pengarah sendiri bersama Faten Syamimie.

Pelakon & Watak

Telefilem #SoKampung menampilkan barisan pelakon seperti Eyka Farhana, Nur Elisha Sandha, Kuna Muzani, Kuza Muzani, Liyana Jasmay, Syafi Tee Sasha Rahman, Hariesha, Radzi Rashid, Adam Zulhilmi dan ramai lagi.

  • Eyka Farhana sebagai Khalisah/Kylie
  • Elisha Sandha sebagai Sarah
  • Kuna Muzani sebagai Maryam
  • Kuza Muzani sebagai Datin Raha
  • Liyana Jasmay sebagai Bibik Kitty
  • Syafi Tee sebagai Alan
  • Sasha Rahman sebagai Marissa
  • Hariesa sebagai Lily
  • Radzi Rashid sebagai Adam

Sinopsis Telefilem #SoKampung

Telefilem #SoKampung mengisahkan tentang kehidupan Khalisah aka Kylie yang ingin mengejar cita-citanya menjadi seperti Viva Yusuf dengan membuat keputusan untuk berhijrah dari kampung ke bandar.

Kylie tinggal bersama sepupunya Sarah di Kuala Lumpur selepas SPM. Dia tak henti update di Instagram akan hidup barunya sebagai orang KL. Berkenalan dengan kawan-kawan Sarah dan mula melabel apa sahaja yang dianggap tak sama level dengan #sokampung.

Telefilem #SoKampung Di TV3

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post