Contoh Senarai Ucapan Selamat Tahun Baru Cina 2024 (CNY)

Contoh Senarai Ucapan Selamat Tahun Baru Cina 2024 (CNY)

Gong Xi Fa Cai atau Selamat Tahun Baru Cina antara ucapan yang kita sering dengar diucapkan oleh kaum Cina terutamanya di Malaysia. Selain itu, sebenarnya banyak lagi contoh ucapan yang boleh digunakan kami kongsiakn disini.

Tahun Baru Cina antara perayaan terbesar yang diraikan setiap tahun di Malaysia khususnya untuk kaum Cina yang menetap secara majmuk. Pada tahun ini, ianya akan disambut pada 10 Februari 2024 iaitu hari Sabtu.

Dalam tempoh inilah, kita bakal dapat lihat penampilan kaum Cina dengan warna merah. Bukan itu sahaja, kita juga dapat lihat dari segi persiapan menerusi tanglung yang dipasang dan kemudian keraian disambut dengan mercun dan bunga api.

Tidak cukup dengan itu, pada hari perayaan ini sahajalah, kita boleh lihat tarian singa yang sinonim dengan Tahun Baru Cina. Bagaimana kehebatan dua individu menggerakkan singa secara teruatur dan bekerja sama.

Untuk tahun 2024, ini merupakan antara ucapan Chinese New Year yang anda boleh gunakan bagi meraihkan Tahun Naga kali ini bersama-sama rakan anda atau jiran-jiran yang terdiri daripada kaum Cina yang menyambutnya.

Hukum Menyambut Tahun Baru Cina

Menerusi perkongsian di laman web Mufti Wilayah Persekutuan, perayaan ini boleh disambut oleh umat Islam termasuk menjamah hidangan Yee Sang kerana ia tidak bercanggah dengan akidah Islam dan merupakan perayaan budaya.

Sejarah sambutan Tahun Baru Cina adalah berdasarkan kalendar lunar Cina yan diwakili oleh satu zodiak haiwan setiap tahun.

Ucapan Khas Bahasa Cina

Berikut antara contoh ucapan Selamat Tahun Baru Cina dalam bahasa cina:

愿新年为你带来快乐,友爱和宁静 (Yuàn xīnnián wèi nǐ dàilái kuàilè, yǒu'ài hé níngjìng) - Semoga Tahun Baru membawa Anda kepada kegembiraan, cinta dan kedamaian

年年有馀 (Nián nián yǒu yú) - Semoga dilimpahkan rezeki setiap tahun

谨祝新年快乐幸福,大吉大利  (Jǐn zhù xīnnián kuàilè xìngfú, dàjídàlì) - Saya harap Anda mempunyai Tahun Baru yang gembira dan makmur

愿你所有的新年梦想都成真 (Yuàn nǐ suǒyǒu de xīnnián xiǎng dōu chéng zhēn!) - Semoga semua impian Tahun Baru Cina Anda menjadi kenyataan!

希望新年祝福给你带来欢乐,我的好朋友。(Xīwàng xīnnián zhùfú gěi nǐ dài lái huānlè, wǒ de hǎo péngyǒu) - Semoga Tahun Baru membawa kegembiraan kepada Anda, kawan!

Senarai Ucapan Selamat Tahun Baru Cina (CNY) Tahun 2024

Berikut merupakan antara contoh ucapan dalam bahasa melayu dan bahasa inggeris. Jadi anda boleh kongsikan menerusi halaman media sosial anda sama ada di facebook, twitter, instagram atau dalam bentuk video di TikTok. Boleh juga digunakan dalam bentuk kad ucapan untuk tahun baru cina.

Ucapan 1

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 2024 Tahun Kalendar Naga bagi masyarakat Tiong Hua.

Ucapan 2

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 2024.

Semoga Tahun Baru ini membawa kebahagiaan, kesejahteraan, dan peluang baru yang gemilang. 

Ucapan 3

Mari kita bersama-sama merayakan tradisi, memupuk hubungan yang erat, dan menyambut setiap hari dengan semangat yang penuh keceriaan. Gong Xi Fa Cai!

Ucapan 4

Semoga  Tahun Baru ini diraikan dengan penuh keceriaan dan kemakmuran bersama keluarga dan rakan-rakan.  Tahun ini semua diberkati dengan kesihatan yang bagus dan semoga sentiasa murah rezeki.

Da Ji Da Li,Gong Xi Fa Chai

Ucapan 5

"Gong Xi Fa Cai 2024" Buat Seluruh Kaum Tionghua di Malaysia.

Semoga di tahun Naga ini diberikan kekuatan untuk menghadapi setiap permasalahan sehingga mampu mengatasi setiap kesulitan yang ada.

Ucapan 6

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA 2024🍊🍊

Kami ingin merakamkan ucapan, Selamat Tahun Baharu Cina kepada rakan-rakan berbangsa Cina yang menyambutnya. "Semoga perayaan ini disambut dengan meriah serta dapat mengeratkan lagi perpaduan sesama kita"

Ucapan 7

Selamat Tahun Baru Cinta 2024

Xin Nian Kuai Le kepada kawan-kawan dan rakyat Malaysia yang berbangsa Cina

Ucapan 8

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 2024

"Ucapan Selamat Tahun Baru Cina kepada yang meraikannya. Semoga sambutan tahun baru ini membawa kemakmuran dan kebahagian kepada kita semua"

Ucapan 9

Selamat Tahun Baharu Cina kepada seluruh masyarakat Cina. Semoga perayaan tahun baharu pada tahun ini membawa kebahagiaan yang melimpah dan rezeki yang bertambah - PMX, Anwar Ibrahim

Ucapan 10

Happy Chinese New Year

Wishing you wealth and prosperity in the year of dragon

Ucapan 11

Wishing you a happy new year, great luck and all your hopes fulfilled!

Ucapan 12

Happy Chinese New Year 2024. Wish good health, good luck and much happiness throughout the year.

Ucapan 13

Happy Chinese New Year! may luck always be at your door and shower you with blessings.

Ucapan 14

Wherever you go, may prosperity and good fortune always be with you. I’m wishing you a prosperous Dragon year!

Ucapan 15

Let the Lunar New year inspire you to embrace a fresh start.

Contoh Senarai Ucapan Selamat Tahun Baru Cina 2024

Pantun Tahun Baru Cina 2024

Diambil cermat sesenduk paru,
Belah ketupat makan kemudian,
Diucapkan Selamat Tahun Baru,
Moga mendapat lebih kekayaan.

Berjalan raya ke sana ke sini,
Singgah sekali di rumah Ah Hie,
Daku doakan anda murah rezeki,
So jangan lupa bagilah angpau sekali.

Duduk di dermaga menyiapkan joran,
Umpan digantung dikerumuni lebah,
Tahun Naga membawa kemakmuran,
Mengharap untung rezeki bertambah.

Awan bertali di petang hari,
Bertiup lembut angin di sawah,
Murah rezeki angpau diberi,
Yee Sang disambut eratkan ukhwah.

Ikan tembakul dibeli kelmarin,
Letak di salaian tunku bercahaya,
Kuih bakul dan limau mandarin,
Jadi kemestian menyambut raya.

Kueh bangkit manis bergula,
Bila makan sampai terleka,
Ini tahun giliran Naga pula,
Selamat Tahun Baru Cina kepada mereka.

Jalur gemilang diberi nama,
Rakyat hidup aman sentosa,
Biar berbeza bangsa dan agama,
Gong Xi Fa Cai tetap dirasa

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Contoh Senarai Ucapan Selamat Tahun Baru Cina 2024 (CNY)"