Siaran Langsung Final Carabao Cup Chelsea vs Liverpool 2024 Live

Siaran Langsung Final Carabao Cup Chelsea vs Liverpool 2024 Live

Kejohanan EFL Cup atau juga dikenali dengan Carabao Cup untuk edisi 2024 sudah sampai ke final apabila mempertemukan Chelsea vs Liverpool dimana berlangsung pada 25 Februari 2024, jam 11.00 malam waktu Malaysia.

Chelsea meskipun berada dalam kedudukan yang agak sukar dalam saingan EPL, tetapi mereka berjaya mengharungi bagi kejohanan Carabao Cup ini dengan jayanya. Pada peringkat separuh akhir sebelum ini, Chelsea menang besar keatas Middlesbrough dengan aggregat 7-2.

Liverpool juga tidak kurang hebatnya. Meskipun menang tipis kepada Fulham sebelum ini iaitu secara aggregat 3-2, tetapi ianya sudah mencukupi untuk skuad Jurgen Kloop bagi cuba mendapatkan piala terakhir untuk dirinya bersama Liverpool untuk musim kali ini.

Untuk rekod, Liverpool menjadi pasukan paling banyak yang telah memenangi EFL Cup iaitu 9 kali. Manakala Chelsea sudah memenangi kejohanan ini sebanyak 5 kali. Musim lalu, Manchester United merupakan penyandang juara untuk tahun 2023.

Jadual Siaran Langsung & Keputusan Final Carabao Cup 2024

Kedua-dua peminat bagi pasukan Chelsea dan Liverpool pastinya teruja untuk menyaksikan perlawanan ini terutamanya bagi mereka yang berada di Malaysia. Tak dapat pergi ke London, asal boleh tengok secara live di tv pun ok.

Akan tetapi sama seperti edisi lalu dimana tiada tayangan siaran langsung menerusi saluran Astro. Tetapi anda masih boleh tonton secara online menerusi Mola TV secara percuma untuk menyaksikan aksi final ini nanti.

Jadi jangan terlepas untuk menyaksikan perlawanan final Carabao Cup 2024 antara Chelsea vs Liverpool yang dijadualkan berlangsung pada 25 Februari 2024, jam 11.00 malam mengikut waktu Malaysia.

FT : Chelsea (0) - (1) Liverpool

  • Van Dijk 118'

Masa : 11.00 Malam (waktu Malaysia)
Tempat : Stadium Wembley
Live Streaming : Mola TV

Liverpool juara Carabao Cup 2024

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Siaran Langsung Final Carabao Cup Chelsea vs Liverpool 2024 Live"