Siaran Langsung Live Streaming Nigeria vs Ivory Coast Final AFCON 2023

Siaran Langsung Live Streaming Nigeria vs Ivory Coast Final AFCON 2023

Nigeria vs Ivory Coast merupakan perlawanan yang bakal berlangsung bagi aksi final AFCON 2023 bertempat di Stadium Olympic pada Isnin, 12 Februari 2024 dengan waktu sepak mula pada jam 4.00 pagi waktu Malaysia.

Ini merupakan perlawanan terakhir bagi Piala Negara-Negara Afrika atau Africa Cup of Nations edisi 2023 apabila semalam telah menyaksikan Afrika Selatan menumpaskan DR Congo dalam aksi penentuan tempat ketiga dan keempat.

BACA JUGA : Keputusan Penuh Semua Perlawanan AFCON 2023

Juara tiga kali, Nigeria yang kini berada di kedudukan rangking FIFA ke-42 pastinya ingin memburu kejuaraan kali keempat selepas mereka pernah menang pada edisi 1980, 1994 dan 2013.

Slot akhir ini mereka berjaya mendapatkannya apabila menundukkan Afrika Selatan pada pusingan separuh akhir sebelum ini juga menerusi penentuan sepakan penalti apabila masing-masing terikat 1-1 sepanjang tempoh perlawanan sebenar.

Ivory Coast (ranking FIFA ke-49)pastinya tidak mahu kejuaraan ini terlepas kepada pasukan lawan, lebih-lebih lagi bermain di halam sendiri. Siapa sangkap pada peringkat kumpulan sepertinya akan tersingkir, mampu melangkah ke peringkat akhir.

Kejayaan ini diperoleh apabila menunddukan DR Congo dengan jaringan 1-0 sahaja. Dengan keputusan itu, telah membawa pasukan tuan rumah mara ke final sama seperti yang berlaku dalam saingan Piala Asia 2023 baru-baru ini.

Kedua-dua pasukan pernah bertemu sebanyak lapan kali dan masing-masing menang empat daripadanya. Sepertinya jika dihitung menerusi head-to-head, kedua-dua mampu untuk bergelar juara.

Kedua-dua pasukan ini juga sebenarnya datang daripada kumpulan yang sama dalam kempen kali ini iaitu di Kumpulan A. Ketika pertembungan di peringkat kumpulan, Nigeria berjaya menundukkan Ivory Coast dengan jaringan 1-0.

Sejarah Perlawanan Sepanjang Kempen AFCON 2023

Nigeria

Peringkat Kumpulan (A)
Nigeria (1) - (1) Equatorial Guinea
Ivory Coast (0) - (1) Nigeria
Guinea-Bissau (0) - (1) Nigeria

Pusingan 16
Nigeria (2) - (0) Cameroon

Suku Akhir
Nigeria (1) - (0) Angola

Separuh Akhir
Nigeria (1) - (1) Afrika Selatan [Pen: 4-2]

Ivory Coast

Peringkat Kumpulan (A)
Ivory Coast (2) - (0) Guinea-Bissau
Ivory Coast (0) - (1) Nigeria
Equatorial Guinea (4) - (0) Ivory Coast

Pusingan 16
Senegal (1) - (1) Ivory Coast [Pen: 4-5]

Suku Akhir
Mali (1) - (2) Ivory Coast

Separuh Akhir
Ivory Coast (1) - (0) DR Congo

Siaran Langsung Final AFCON 2023 - Nigeria vs Ivory Coast

Bagi peminat-peminat bola sepak antarabangsa, anda boleh saksikan perlawanan akhir yang melibatkan Nigeria vs Ivory Coast dimana akan ditayangakn secara langsung di kaca tv.

Anda boleh saksikan menerusi beIN Sports 3 (saluran 819) atau secara online di Astro Go. Juga tersedia secara live streaming di platform Sooka sama ada menerusi laman web atau aplikasi mobile.

Selain itu, jika anda pengguna sports Astro, boleh striming dengan menggunakan aplikasi beIN Sports Connect secara percuma. Jika tidak, anda boleh langgan dengan harga serendah RM24.99 sebulan.

Jadual & Keputusan Terkini

Berikut merupakan jadual dan keputusan perlawanan final AFCON 2023 antara Nigeria vs Ivory Coast yang berlangsung pada 12 Februari 2024 iaitu pada pagi Isnin.

FT : Nigeria (1) - (2) Ivory Coast

  • Troost Ekong 38'
  • Kessie 62'
  • Haller 81'

Masa : 4.00 Pagi waktu Malaysia
Venue : Stadium Olympic
Tayangan TV : beIN Sports 819
Live Streaming : beIN Sport Connect

*Ivory Coast juara AFCON 2023

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Siaran Langsung Live Streaming Nigeria vs Ivory Coast Final AFCON 2023"