Itinerari Bercuti Ke Jakarta-Bogor Indonesia Untuk 5 Hari

Itinerari Bercuti Ke Jakarta-Bogor Indonesia Untuk 5 Hari

Baru-baru ini saya sekali lagi berkesempatan untuk travel ke luar negara dan percutian kali ini adalah di rantau Asia Tenggara apabila sempat ke Jakarta-Bogor selama lima hari. Jadi disini saya nak share itinerari untuk anda yang berminat bercuti disini.

Ada dua perkara yang best untuk trip ke Indonesia kali ini untuk aku. Pertamanya adalah percutian ini sekali lagi melibatkan seluruh ahli keluarga aku sendiri dan tiada yang terkecuali. Keduanya adalah ini kali pertama aku jejak kaki di Indonesia.

Di Seoul, Korea sebelum ini pun, tiada ahli keluarga yang terkecuali. Tetapi ketika itu, bercuti memang fokus untuk golongan dewasa. Kali ini lebih fokus kepada kanak-kanak apabila tumpuan utama pergi ke Indonesia adalah melawat Taman Safari Bogor.

Trip ke Indonesia kali ini adalah selama 5 hari 4 malam dimana fokus di dua daerah iaitu di ibu kota Jakarta dan Bogor. Percutian kami ini bermula 16 hingga 20 Februari 2024 dan kesemuanya adalah secara DIY atau sendiri sahaja.

Jadi untuk anda yang ingin dapatkan itinerari ke Jakarta-Bogor terutamanya nak pergi ke Taman Safari dan Dufan Ancol, anda boleh lihat secara penuh di https://www.hellocuti.com/itinerari-trip-ke-jakarta-bogor-indonesia/.

Dalam blog travel tersebut, aku ada share tentang kos perbelanjaan; harga tiket flight, supir bersama mini, bus, kos penginapan di Orchardz Jayakarta, tiket masuk untuk aktiviti dan kos keseluruhan selama 5 hari berada di sana untuk seorang.

Untuk itinerari pula, aku kongsikan tempat-tempat yang aku lawati seperti Kota Tua Jakarta, Dufan Ancol, Taman Safari Bogor, Thamrin City dan Tanah Abang untuk shopping, Masjid Istiqlal, Monas dan banyak lagi.

Selain itu juga, aku ada share pengalaman mencuba makanan lokal disana seperti Ayam Gepuk Pak Gembus, Bakso Rusuk Samanhudi, Ayam Geprek Gold Chik, kedai-kedai masakan Padang seperti di Pagi Sore dan tentunya kopi terbaik di Kopi Kenangan.

Jadi, anda boleh di blog Hellocuti secara penuh untuk itinerari trip ke Jakarta-Bogor Indonesia.

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

1 comment for "Itinerari Bercuti Ke Jakarta-Bogor Indonesia Untuk 5 Hari"

Comment Author Avatar
seronok p bercuti...alhamdulillah selamat pergi dan pulang