Apa Yang Berlaku Selepas Halving Bitcoin Bulan April Nanti? Nak Beli Ke Nak Jual BTC?

Apa Yang Berlaku Selepas Halving Bitcoin Bulan April Nanti? Nak Beli Ke Nak Jual BTC Tu?

Peristiwa Halving Bitcoin keempat akan berlaku dalam masa beberapa hari lagi dan para pelabur kripto kini melihat semula peristiwa-peristiwa Halving sebelumnya untuk mempertimbangkan bagaimana situasi peristiwa Halving kali ini boleh memberi kesan terhadap harga Bitcoin.

Pada setiap empat tahun, kadar Bitcoin baharu yang dimasukkan ke dalam edaran akan dipotong separuh. Tindakan ini adalah sebahagian daripada mekanisme untuk mengelakkan impak inflasi disebabkan oleh kemasukkan jumlah bekalan (sebanyak 21 juta) yang terlalu cepat. Bitcoin terakhir dijangka akan dilombong pada sekitar tahun 2140.

Bagi para pelombong yang mengesahkan transaksi pada rantaian blok, peristiwa Halving ini akan menyaksikan ganjaran Bitcoin mereka dipotong dari 6.25 ke 3.125 bagi setiap blok. Pengurangan pengeluaran Bitcoin baharu membawa maksud bekalan juga akan turut berkurangan.

Scarlett Chai, Pengurus Negara bagi Luno Malaysia berkata, "Peristiwa Halving ini telah dibina dalam algoritma yang menggerakan rangkaian Bitcoin sebagai satu langkah nyah-inflasi dan berlaku pada setiap empat tahun. Walaupun peristiwa-peristiwa Halving sebelum ini telah menunjukkan kenaikan harga dalam tempoh setahun selepasnya, tiada jaminan bahawa peristiwa Halving kali ini boleh memberikan momentum yang sama seperti sebelumnya."

Peristiwa Halving ketiga telah berlaku pada Mei 2020, dan dua peristiwa Halving sebelum ini telah diikuti dengan kenaikan harga yang dramatik. Namun begitu, kenaikan harga tertinggi terbaru Bitcoin baru-baru ini memberi maksud bahawa kitaran kali ini berbeza dari kitaran-kitaran sebelumnya – berkemungkinan dipacu oleh minat para pelabur institusi disebabkan dari kelulusan ETF Bitcoin di Amerika Syarikat.

"Kitaran kali ini sudahpun kelihatan amat berbeza berbanding sebelumnya, dengan Bitcoin mencapai kenaikan harga tertinggi ketika menghampiri peristiwa Halving adalah pertama kali dalam sejarah," menurut Chai.

Sukar untuk dipastikan skala impak terhadap harga Bitcoin bagi peristiwa Halving akan datang ini. "Walaupun prinsip bekalan dan permintaan pastinya akan memainkan peranan terhadap harga Bitcoin, kita juga perlu memahami bahawa pasaran Bitcoin kini berbeza dengan kemasukan para pelabur institusi dan kecairan baharu dari ETF," tambahnya.

Keadaan pasaran

Beberapa bulan sebelum peristiwa Halving telah menyaksikan kelulusan dana dagangan bursa (ETF) Bitcoin ‘spot’ pertama di Amerika Syarikat. Dana ini telah mengumpul lebih dari RM237 bilion (USD50 bilion) bagi aset di bawah pengurusan. Bulan Mac juga telah memperlihatkan harga Bitcoin tertinggi terbaru sebanyak RM347,400 (USD73,650) di Luno.

Bitcoin dianggap masih lagi satu teknologi dan aset kewangan baharu. Dengan kemasukan para pelabur institusi dan ETF, industri kripto kini dilihat lebih berbeza berbanding keadaannya pada lima atau sepuluh tahun lepas, dan kitaran kali ini kelihatan lebih berbeza berbanding kitaran-kitaran sebelumnya.

Imbas semula sejarah peristiwa Halving

Apa Yang Berlaku Selepas Halving Bitcoin Bulan April Nanti

Peristiwa Halving pertama berlaku pada tahun 2012, dengan harga Bitcoin melebihi sedikit pada paras USD12. Selepas peristiwa Halving pertama berlaku, harga Bitcoin meningkat dari USD12 ke sekitar USD1,000 pada penghujung 2023. Peristiwa Halving kedua berlaku pada 9 Julai 2016, dan Bitcoin pada kitaran ini bernilai sekitar USD640. Pada Julai 2017, harga Bitcoin meningkat sehingga USD2,550.

Peristiwa Halving ketiga berlaku pada 11 Mei 2020, dan Bitcoin didagangkan pada harga sekitar USD8,750. Dalam tempoh setahun, harga Bitcoin telah mencapai anggaran USD62,000.

Apakah maksud peristiwa Halving kepada pemilik-pemilik Bitcoin

Selain dari turun naik harga, peristiwa Halving tidak akan memberi kesan terhadap jumlah dan sifat Bitcoin yang disimpan. Satu-satunya impak yang akan terbit ialah ganjaran untuk para pelombong.

Ketika peristiwa Halving pada tahun 2012, alamat Bitcoin yang wujud adalah 43,000 alamat. Ketika peristiwa Halving kedua pada tahun 2016, tujuh juta alamat Bitcoin telah wujud dan kini terdapat lebih dari 46 juta alamat Bitcoin yang mempunyai lebih dari USD1 di dalamnya.

Bekalan keseluruhan

Bekalan keseluruhan Bitcoin tidak akan berkurangan disebabkan peristiwa Halving. Jumlah bekalan akan kekal meningkat dan akan terus berlaku sehingga ia mencecah 21 juta unit Bitcoin, sekitar tahun 2140.

Peristiwa Halving ini adalah satu mekanisme untuk mengecilkan pengeluaran Bitcoin baharu, dengan cara memotong ganjaran para pelabur – ibarat satu pendekatan untuk memastikan semua perkara berjalan lancar dan mengelak kebanjiran pasaran.

Jika anda berminat untuk beli dan simpan Bitcoin (BTC) di tempat yang selamat, anda boleh menggunakan Luno. Daftar sekarang DISINI dan mula simpan kripto untuk masa hadapan.

BACA : Cara Jual Dan Beli Bitcoin Menggunakan Luno

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Apa Yang Berlaku Selepas Halving Bitcoin Bulan April Nanti? Nak Beli Ke Nak Jual BTC?"