Siaran Langsung JDT vs Lion City Sailors Perlawanan Persahabtan Kelab 2024

Siaran Langsung JDT vs Lion City Sailors Perlawanan Persahabtan Kelab 2024

Peminat pasukan Johor Darul Ta'zim boleh saksikan aksi JDT vs Lion City Sailors yang akan bersiaran langsung dari Stadium Sultan Iskandar pada 8 April 2024 dengan waktu sepak mula pada jam 10.00 malam.

Ini merupakan perlawanan persahabatan kelab antarabangsa atau pre-season match yang merupakan persediaan awal khususnya bagi pasukan JDT bagi menghadapi cabaran Liga Super untuk musim 24/25 pada Mei depan.

Sebelum itu, kedua-dua pasukan ini sebenarnya telah bertemu terlebih dahulu pada 4 April yang lalu juga dalam perlawanan persahabatan. Ketika itu, mereka bermain di Singapura iaitu di Stadium Bishan.

Dalam perlawanan tersebut, JDT berjaya menumpaskan wakil kelab Singapura tersebut hasil daripada jaringan Nicolao Dimitru pada minit ke-9 dan diikuti dengan pemain naturalisasi terbru, Romel Morales pada minit ke-24.

Sebelum tamat 45 minit pertama, pasukan tuan rumah berjaya menjaringkan gol sagu hati pada minit ke-37 hasil jaringan bintang baharu pasukan tersebut, Maxime Lestienne. JDT bawa pulang ke Iskandar Puteri dengan kemenangan pada hari tersebut.

Kini mereka akan bertemu sekali lagi dan akan menguji pemain-pemain di venue yang berbeza iaitu di Stadium Sultan Ibrahim yang terletak di Iskandar Puteri.

Jadi untuk peminat-peminat bola sepak pasukan Johor Darul Ta'zim, anda boleh datang ke stadium pada malam ini bagi menyaksikan JDT vs Lion City Sailors dan kemasukan adalah percuma. Tidak perlu tiket untuk anda menyaksikan perlawanan ini.

Siaran Langsung JDT vs Lion City Sailors - Live Streaming

Setakat ini tiada pengumuman rasmi daripada mana-mana pihak penyiaran tv Malaysia sama ada Astro mahupun RTM yang akan menyiarkan perlawanan ini secara langsung di kaca tv termasuklah penyiar daripada Singapura.

Jika ada pun, mungkin hanya daripada perkongsian live streaming pihak ketiga. Jadi adalah lebih baik anda datang sendiri ke stadium bagi menonton perlawanan ini. Masuk juga percuma. Disamping pelbagai lagi aktviti menarik yang berlangsung di perkarangan stadium.

Jadual & Keputusan Terkini

Jadi jangan terlepas untuk saksikan aksi perlawanan persahabatan kelab antarabangsa antara JDT vs Lion City Sailors yang akan bersiaran pada 8 April 2024, hari Isnin bertempat di Stadium Sultan Ibrahim. Keputusan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

FT : JDT (4) - (0) Lion City Sailors

  • Forestieri
  • Juan Muniz
  • Heberty
  • Juan Muniz

Masa : 10.00 Malam
Venue : Stadium Sultan Ibrahim
Tayangan TV : Tiada
Live Streaming : Tiada

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Siaran Langsung JDT vs Lion City Sailors Perlawanan Persahabtan Kelab 2024"