Real Murcia CF vs JDT : Live Perlawanan Persahabatan Pra Musim 2024

Real Murcia vs JDT : Live Perlawanan Persahabatan Pra Musim 2024

Johor Darul Ta'zim akan memulakan siri jelajah di bumi Sepanyol dalam perlawanan persahabatan pra musim menentang Real Murcia CF vs JDT pada 17 April 2024 bertempat di Stadium Nueva Condomina.

Sebelum musim Liga Super bermula pada Mei, anak-anak buah Hector Bidoglio akan berkelana ke Spain terlebih dahulu untuk berdepan dengan 7 pasukan daripada negara tersebut dalam aksi pre season.

JDT akan berdepan dengan dua pasukan divisyen 3 iaitu Real Murcia dan CD Alcoyana. Diikuti dengan satu pasukan masing-masing divisyen 4 dan 5 iaitu CF La Nucia dan UC Castellonense.

Bukan itu sahaja, mereka turut akan berdepan dengan satu pasukan daripada liga komuniti iaitu CF Benidorm dan satu pasukan daripada liga akademi iaitu Club Costa City.

Dalam tempoh lebih 2 minggu selama berada di bumi Sepanyol, JDT turut berpeluang untuk menguji kekuatan berdepan dengan satu pasukan La Liga 2 iaitu CF Eldense pada 25 April depan.

Perlawanan-perlawanan ini pastinya diadakan bagi mempersiapkan dan memperkemaskan setiap barisan pemain untuk menghadapi musim baru yang akan datang 2024/2025.

Seperti musim-musim sebelumnya, JDT yang juga telah menjuarai Liga Super sebanyak 10 kali berturut-turut pastinya ingin terus mengekalkan kejuaraan tersebut untuk musim baru yang akan datang.

Bukan itu sahaja, JDT pastinya tidak akan mengendurkan sasaran dalam saingan ACL Champions League dan terus untuk mencuba bagi bersaing dengan pasukan elite lain dalam kejuaraan tersebut.

Siaran Langsung Real Murcia CF vs JDT - Live Streaming

Seperti pada tahun-tahun sudah, kebiasaanya bagi aksi pre season, tiada tayangan siaran langsung perlawanan yang dibawakan untuk anda menyaksikannya di kaca tv.

Ditambah pula kesemua perlawanan ini diadakan secara tertutup dengan tanpa kehadiran penonton. Jadi jika ada live streaming pun, mungkin daripada pihak ketiga.

Real Murcia vs JDT : Live Perlawanan Persahabatan Pra Musim 2024

Jadual Dan Keputusan Terkini

Perlawanan antara Real Murcia CF vs JDT akan berlangsung pada 17 April 2024, hari Rabu bertempat di Stadium Nueva Condomina dengan waktu sepak mula pada jam 12.00 tengah hari waktu tempatan.

17 April 2024 (Rabu)

FT : Real Murcia (0) - (3) JDT

  • Jalil Elías 3'
  • Arif Aiman 14'
  • Francisco Geraldes 72'

Masa : 6.00 petang (waktu Malaysia)
Venue : Stadium Nueva Condomina
TV : Tiada
Live Streaming : Tiada

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post