Senarai Telefilem Menarik Sempena Raya Aidilifitri 2024 Ditayangkan Di Astro

Senarai Telefilem Menarik Sempena Raya Aidilifitri 2024 Ditayangkan Di Astro

Sempena Aidilfitri kali ini, Astro akan bawakan banyak telefilem menarik untuk tontonan ramai yang mana ianya akan disiarkan di saluran Astro Ria 104 dan Astro Warna 107.

Antara elemen penting menunjukkan ianya adalah hari raya adalah dengan adanya cerita-cerita menarik yang diterbitkan khas sempena Aidilfitri tersebut.

Dengan adanya cerita-cerita ini, ianya akan menaikkan lagi mood hari raya. Mungkin sambil menunggu tetamu datang beraya, boleh duduk depan tv bersama keluarga, layan telefilem-telefilem ini.

Senarai 13 Telefilem Menarik Sempena Aidilfitri Ditayangkan Di Astro Tahun 2024

Berikut merupakan senarai telefilem yang akan ditayangkan sempanjang bulan Syawal ini bagi meraihkan Hari Raya Aidilfitri.

1.  Awak Terlalu Ganu Untuk Saya

Awak Terlalu Ganu Untuk Saya

Tayangan : 10 April 2024 | 4.00 Petang | Astro Warna

Pelakon : Zizan Razak, Riena Diana, Adrina Kamaruddin

Sinopsis : Matin jatuh hati pada Melissa tetapi kalut apabila mengetahui bahawa Melissa membenci orang Terengganu dan kini berpura-pura menjadi orang KL, sehinggalah adik Matin - Teja - tiba dari Terengganu!

2.  Hijab Pendosa

Tayangan : 10 April 2024 | 11.00 Malam | Astro Ria

Pelakon : Jaja Iliyes, Bell Ngasri, Silfeny Osman

Sinopsis : Kisah seorang bapa yang inginkan pengampunan daripada anaknya yang telah ditinggalkan dalam keadaan miskin

3.  My Famous Ex-Boyfriend Raya

My Famous Ex-Boyfriend Raya

Tayangan : 10 April 2024 | 10.00 Pagi | Astro Ria

Pelakon : Nadhir Nasar, Qasrina Karim, Hael Husaini, Ara Johari

Sinopsis : Saksikan sambungan kisah cinta Sameera dan Jamie, pasangan baharu yang diuji kehidupannya dengan kehadiran Haque Zuhal yang kini seorang penjual ikan! Adakah Kehadiran Bella bakal menggugat perhubungan mereka?

4.  Chinta Wrong Direction Raya

Chinta Wrong Direction Raya

Tayangan : 11 April 2024 | 10.00 Pagi | Astro Ria

Pelakon : Hun Haqeem, Erysha Emyra, Kimberly Chua

Sinopsis : Selepas beberapa bulan bahagia dengan perkahwinan mereka, Akid kembali kepada keadaan lamanya di mana dia alah Chinta! Mereka kini harus mencari cara lain untuk menyelesaikan masalah Akid demi kebaikan semua!

5.  Dendam Hantu Viral

Tayangan : 11 April 2024 | 4.00 Petang | Astro Warna

Pelakon : Puteri Sarah, Sanjna Suri, Dato' Haris, Harris Annuar

Sinopsis : Masalah bermula apabila kelibat lembaga mula muncul setiap kali Leha Letop dan Peah Janda live-stream, membuatkan orang Kampung Lompat Kata mula resah. Tok Hashim, dengan bantuan Cikgu Wahab mula mengorak langkah untuk membantu.

6.  Pinggan Retak Di Tapak Tangan

Tayangan : 11 April 2024 | 11.00 Malam | Astro Ria

Pelakon : Dato' Jalaluddin Hassan, Datuk Fauziah Nawi, Azri Safix

Sinopsis : Mak Yah mengidap penyakit Alzheimer dan dijaga oleh suaminya yang sakit, Pak Brahim, yang satu-satunya sumber bantuan adalah Arman - anak angkat mereka yang merupakan pendatang tanpa izin.

7.  Hantu Raya Telekung Kampung Lenggong

Hantu Raya Telekung Kampung Lenggong

Tayangan : 14 April 2024 | 4.00 Petang | Astro Warna

Pelakon : Ropie, Ain Edruce, Reza Hasbi

Sinopsis : Sebuah prekuel dari telemovie hits 2023, mengisahkan bagaimana permusuhan Ketua Kampung dan Tok Jiddin bermula apabila Kampung Lenggong telah diserang hantu raya semasa pilihan raya ketua kampung.

8.  Kurung Kerawang Untuk Adik

Kurung Kerawang Untuk Adik

Tayangan : 12 April 2024 | 11.00 Malam | Astro Ria

Pelakon : Shafie Naswip, Noorkhiriah, Puteri Rafasya

Sinopsis : Mengisahkan tentang bagaimana pengorbanan Awi yang mengambil tanggungjawab untuk membesarkan tiga orang adiknya dan salah seorang dari adiknya, Yana merupakan anak kurang upaya juga penghidap penykit jantung kronik. Semasa meminta bantuan keluarga untuk membantu Yana, Awi tanpa sengaja telah mencederakan makciknya iaitu Saerha dan menyebabkan dia dihukum penjara selama 2 tahun. Apabila keluar dari penjara impiannya untuk membeli baju kurung kerawang buat adiknya, Yana kerana telah berjanji. Namun untuk mendapatkan pekerjaan dan kepercayaan dari masyarakat adalah satu cabaran kerana di adalah bekas banduan.

9.  Raya Dengan Cinta

Tayangan : 12 April 2024 | 10.00 Pagi | Astro Ria

Pelakon : Yong Zhen Ning, Hawa Rizwana, Chew Kinwah

Sinopsis : Setelah mengetahui bahawa Shila, menantu perempuan Muslimnya sedang meraikan raya tanpa ibu bapanya, Encik Ho memutuskan untuk menganjurkan perayaan raya untuk Shila di rumahnya, meskipun menimbulkan kesusahan kepada ahli keluarganya.

10.  Overnight Wali

Overnight Wali

Tayangan : 13 April 2024 | 10.00 Pagi | Astro Ria

Pelakon : Meerqeen, Arabella, Aaron Aziz

Sinopsis : Hussaini gemar mengkritik kaedah membesarkan anak orang lain dan pilihan hidup mereka, dan dia kemudiannya diuji apabila suatu hari dia terjaga 19 tahun kemudian dengan anak perempuannya kini berkahwin dengan orang yang salah!

11.  Zero To Millionaire

Tayangan : 12 April 2024 | 4.00 Petang | Astro Warna

Pelakon : Sharif, Syairul, Atu

Sinopsis : Tiga beradik, Mad, Mid, Mud, kini diambil kerja di sebuah rumah orang-orang tua setelah diikat jamin oleh En Abu yang menyimpan rahsia tentang asal usul mereka. Masalah bermula apabila perasaan dengki timbul terhadap layanan En Abu kepada mereka.

12.  Manaf, Zahir Dan Bunian

Tayangan : 13 April 2024 | 4.00 Petang | Astro Warna

Pelakon : Namie, Kamarool Hj. Yusoff, Dewa Arteh

Sinopsis : Apabila En Zahir - bapa Manaf meminta untuk beraya dengan bunian, Manaf dengan rakan-rakannya cuba untuk memenuhi permintaan En Zahir dengan membina set seperti kampung bunian. Namun, semuanya berubah apabila 'ciptaannya' itu menjadi kenyataan!

13.  Terpaling Drama

Terpaling Drama

Tayangan : 14 April 2024 | 10.00 Pagi | Astro Ria

Pelakon : Nurel Baharin, Sazzy Falak, Mustaqim Bahadon

Sinopsis : Mengisahkan tentang Zee iaitu seorang gadis moden yang baru balik dari UK untuk menyambuat Hari Raya. Tetapi kehidupannya tidak begitu indah apabila Zee selalu bertengkar dengan mak dia iaitu Hasnah yang sangat obses dengan drama Melayu. Lepas bergaduh besar, Zee terjaga dalam dunia drama yang selama ini dia tak suka, termasuklah berdepan dengan adegan-adegan klise. Ketika berada dalam alam drama tersebut, Zee diingatkan tentang budaya yang ditinggalkannya dan dirinya yang sebenar. Pada mulanya, Zee ingat cinta adalah jalan keluarnya dari alam fantasi tersebut, tetapi sebenarnya Zee harus meminta maaf dan berbaik semula dengan ibunya.

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Senarai Telefilem Menarik Sempena Raya Aidilifitri 2024 Ditayangkan Di Astro"