Siaran Langsung Live China vs Malaysia Piala Thomas 2024 (Separuh Akhir)

Siaran Langsung Live China vs Malaysia Piala Thomas 2024 (Separuh Akhir)

Kini sudah memasuki pusingan separuh akhir Piala Thomas 2024 dan antara perlawanan yang berlangsung adalah pertemuan antara China vs Malaysia pada 4 Mei 2024, hari Sabtu bertempat di Chengdu, China.

Manakala untuk satu lagi pertemuan adalah pertemuan antara Chinese Taipei vs Indonesia yang mana turut juga berlangsung pada hari yang sama, tempat yang sama dengan waktu yang sama pada pukul 5.00 petang waktu Malaysia.

BACA JUGA : Jadual Penuh Piala Thomas & Piala Uber 2024

Pasukan badminton negara berjaya menyamai rekod pada edisi 2016 apabila berjaya mara sehingga ke separuh akhir yang mana ketika itu mereka tewas 3-2 kepada Denmark yang juga maraih kejuaraan sulung ketika itu.

Malaysia bermula baik pada pusingan awal apabila menang straight game ketika bertemu Hong Kong dan Algeria. Sebelum mengakhiri peringkat kumpulan, Malaysia akhirnya tewas dengan Denmak 2-3 pada perlawanan ketiga dalam kumpulan D tersebut. Malaysia mengakhiri saingan di tempat kedua.

Untuk pusingan kalah mati, di peringkat suku akhir, skuad negara telah diundi bertemu juara kumpulan B iaitu Jepun. Perlawanan hanya melibatkan 4 pemain sahaja apabila Malaysia menang 3-1 iaitu menerusi perseorangan lelaki 1 & 2 serta regu kedua.

Kini mereka akan berdepan dengan skuad gergasi sukan badminton dunia iaitu pasukan China yang juga juara 10 kali. Kali terakhir mereka menang Thomas Cup adalah pada edisi 2018 ketika bermain di Bangkok, Thailand.

Dalam hari yang sama juga, turut berlangsung perlawanan semi final Piala Uber 2024 iaitu pertemuan antara China vs Jepun dan Indonesia vs Korea. Skuad wanita negara terpaksa akur sekali lagi apabila tidak berjaya mara ke peringkat kalah mati apabila mengakhiri saingan di tempat ketiga dalam kumpulan B.

Siaran Langsung China vs Malaysia Thomas Cup 2024 - Live Streaming

Bermula daripada hari pertama lagi, saingan Piala Thomas dan Piala Uber 2024 telah mula ditayangkan secara langsung ke kaca tv iaitu menerusi saluran Astro dan RTM. Jadi sejak daripada itu, peminat badminton pastinya sudah mengikuti rapat setiap perlawanan terutamanya melibatkan pasukan negara.

Untuk separuh akhir kali ini juga, sekali lagi penonton boleh saksikan secara langsung. Anda boleh tonton menerusi saluran Astro Arena (801 dan 802) serta Astro Supersport (811 dan 814) dan termasuk juga live streaming di Sooka.

Manakala untuk tontonan di RTM, anda boleh saksikan menerusi saluran TV Okey. Untuk live streaming, boleh ikuti di laman web https://rtmklik.rtm.gov.my/ atau aplikasi RTM Klik yang anda boleh saksikan secara percuma sahaja.

Bukan itu sahaja, orang ramai juga boleh saksikan perlawanan separuh akhir antara China dan Malaysia ini menerusi tayangan skrin besar yang disediakan oleh pihak KBS. Biasa tengok bola je ada, kali ini badminton pun ada. Senaria 16 lokasi seluruh negara disini.

Jadual & Keputusan Terkini

Berikut merupakan senarai jadual perlawanan melibatkan setiap pemain dan kategori untuk perlawanan China vs Malaysia dalam aksi separuh akhir Piala Thomas 2024

China (3) - (1) Malaysia

Tarikh : 4 Mei 2024 (Sabtu)
Masa : 5.00 Petang
TV : Astro & RTM
Live Streming : RTM Klik

[MS1] Shi Yu Gi (CHN) vs (MAS) Lee Zii Jia - [21-19, 21-5]

[MD1] Liang Wei Keng/Wang Chang (CHN) vs (MAS) Aaron Chia/Soh Wooi Yik - [21-15, 12-21, 17-21]

[MS2] Li She Feng (CHN) vs (MAS) Leong Jun Hao [21-17, 21-10]

[MD2] He Ji Ting/Ren Xiang Yu (CHN) vs (MAS) Goh Sze Fei/Nur Izzuddin - [18-21, 21-15, 21-12]

[MS3] Lu Guang Zu (CHN) vs (MAS) Justin Hoh

*Malaysia tumpas di separuh akhir dan China mara ke final Piala Thomas 2024

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Siaran Langsung Live China vs Malaysia Piala Thomas 2024 (Separuh Akhir)"