Liga Super 2024: Info Siaran Langsung Sri Pahang vs Kelantan (Live Streaming)

Liga Super 2024: Info Siaran Langsung Sri Pahang vs Kelantan (Live Streaming)

Skuad Tok Gajah kini akan memulakan kempen Liga Super musim 2024/2025 bertemu juga pasukan pantai timur dimana akan berlangsung perlawanan Sri Pahang vs Kelantan Darul Naim.

Perlawanan ini akan berlangsung pada 11 Mei 2024 bertempat di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh dengan waktu sepak mula adalah pada pukul 8.15 malam.

Untuk awal musim ini, Sri Pahang akan menggunakan Stadium MPT terlebih dahulu. Ini kerana Stadium keramat mereka, Stadium Darul Makmur sedang giat berlaku naik taraf kepada yang lebih baik.

Jadi semua mata kini tertumpu di Temerloh. Orang ramai terutamanya penyokong-penyokong skuad Tok Gajah kini akan berkumpul setiap minggu di Titik Tengah Semenanjung untuk menyaksikan pasukan kesayangan mereka bermain.

Kelantan Darul Naim FC merupakan penjenamaan terbaru daripada Kelantan United FC sebelum ini. Pada musim lalu mereka mengenakan warna hijau. Kali ini, merah keemasan pula.

Siaran Langsung Sri Pahang vs Kelantan - Live Streaming

Pasti ramai yang tidak sabar untuk kembali ke stadium dan menyaksikan perlawanan bola sepak dengan lebih dekat. Jadi jangan lupa untuk dapatkan tiket masuk ke stadium.

Manakala untuk yang tidak berkesempatan untuk hadir, jangan risau, anda boleh saksikan perlawanan Sri Pahang vs Kelantan menerusi Astro Arena Bola 2 (saluran 804) dan secara online di Astro Go.

Yang tiada Astro, anda boleh langgan Sooka dengan harga RM29.60 sebulan dan menontonya secara live streaming dimana-mana sahaja sama ada menerusi laman web atau aplikasi mobile.

Jadual & Keputusan

Ini merupakan jadual perlawanan Sri Pahang vs Kelantan dalam saingan Liga Super 2024 LS1 yang berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh pada 11 Mei 2024.

FT : Sri Pahang (1) - (0) Kelantan

  • Manuel Hidalgo 63'

Masa : 8.15 pm
Venue : Stadium MPT
Tayangan TV : Arena Bola 2 (804)
Live Streaming : Sooka

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Liga Super 2024: Info Siaran Langsung Sri Pahang vs Kelantan (Live Streaming)"