Wednesday, 10 January 2018

Soalan & Jawapan Untuk Minggu Akhir Clever Girl Malaysia 2017

Soalan & Jawapan Untuk Minggu Akhir Clever Girl Malaysia 2017

Soalan & Jawapan Untuk Minggu Akhir Clever Girl Malaysia 2017 | Program realiti “gameshow” yang mencari gadis terpintar di Malaysia kembali dengan musim baharu. Pada musim yang lepas, Fatin Nuraisya dari Kelantan telah dinobatkan sebagai Clever Girl Malaysia yang pertama, di mana beliau telah memenangi hadiah utama wang tunai RM100,000. Program ini menggabungkan elemen realiti dan “gameshow” yang menilai pengetahuan am dan personaliti setiap peserta. Para peserta akan dinilai oleh kuiz mingguan yang diadakan secara langsung. Dihoskan oleh Alif Satar.

Disamping peserta, kadang-kadang aku juga terdetik nak jawab soalan-soalan dia. Tapi aku tengok agak sukar juga soalan yang disediakan oleh pihak MENSA Malaysia ni. Jadi kat sini aku kongsi sedikit soalan-soalan beserta jawapan disertakan huraian untuk minggu akhir. Tapi mungkin ada yang aku tak tahu. Aku tinggallah



Akhirnya Clever Girl Malaysia 2017 telah melabuhkan tirainya pada Oktober yang lepas dengan menabalkan Sara daripada Perak sebagai Juara Clever Girl 2017 dengan mengalahkan Syazana, Fadila dan Hani dipusingan akhir. Tahniah diucapkan kepada Sara dengan membawa RM100,000 beserta trofi Clever Girl.

Soalan & Jawapan Untuk Minggu Akhir Clever Girl Malaysia 2017
Fatin (Juara CG2016) menyampakai trofi kepada juara baru CG Sara


Disini aku sediakan koleksi soalan dan jawapan sepanjang Clever 2017 berlansung:

Pusingan Pertama

1. Siapakah Setiausaha Agung Pertama Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC)?

a. Hassan AL-Touhami
b. Syed Sharifuddin Pilzada
c. Tunku Abdul Rahman
d. Dr. Yousef Bin Ahmad Al-Othaimeen


2. Namakan negara antara Uganda dan Burundi?

a. Malawi
b. Rwanda
c. Djibouti
d. Kenya


3. Antara haiwan berikut, yang manakah memiliki nama saintifik yang juga membawa maksud "Swift Seizer" dalam bahasa Latin?

a. Pterodactyl
b. Velociraptor
c. Allosaurus
d. Pterandon

Velociraptor  meaning "swift seizer" in Latin is a genus of dromaeosaurid theropod dinosaur that lived approximately 75 to 71 million years ago during the later part of the Cretaceous Period

4. 'Ptyalin' adalah sejenis enzim yang dihasilkan oleh _____

a. Kelenjar liur
b. Kelenjar Tiroid
c. Kelenjar Pituitari
d. Kelenjar Pankreas

Salivary amylase (ptyalin) Amylase is found in saliva (liur) and breaks starch into maltose and dextrin.

6. Jika M dan N adalah bilangan bulat seperti M^N = 121, maka nilai (M-1)^(N-1) ialah ______

a. 1
b. 10
c. 121
d. 1000


8. Apakah ciri-ciri yang menggambarkan Oligopoli?

a. Beberapa penjual, satu pembeli
b. Beberapa penjual, ramai pembeli
c. Beberapa penjual, beberapa pembeli
d. Ramai penjual, beberapa pembeli

Pasar oligopoli adalah salah satu bentuk pasar persaingan tidak sempurna, dimana hanya terdapat beberapa penjual atau penjual dengan banyak pembeli di pasar. 

9. Berapakah bilangan injap yang terdapat pada sebuah trompet Picolo?

a. 2
b. 3
c. 4
d. 5

Almost all piccolo trumpets have four valves instead of three — the fourth valve usually lowers the pitch by a fourth

10. Namakan negara yang mempunyai garis pinggir laut yang terpanjang di dunia

a. Indonesia
b. Australia
c. Greenland
d. Kanada


1. Kanada
Panjang Garis Pantai : 202.800 km
Luas Wilayah : 9.984.670 km2
Lokasi : Benua Amerika Utara
2. Indonesia
3. Greenland
4. Rusia
5. Filipina


Tiebraker


1. İstiklal Marşı adalah lagu kebangsaan untuk negara ___

a. Iran
b. Pakistan
c. Turki
d. Arab Saudi

The İstiklal Marşı is the national anthem of the Republic of Turkey, officially adopted on 12 March 1921 

2. Berapakah jumlah minit di dalam empat dan tiga suku jam?

a. 285 minit
b. 265 mint
c. 245 minit
d. 225 minit

1 jam = 60 minit
4 jam = 240 minit
suku jam = 15 minit
3 suku jam = 45 minit
4 jam 3 suku jam = 240 minit + 45 minit = 285 minit

Pusinga Kedua

1. Bulan-bulan Galilean mengelilingi orbit planet ____

a. Neptun
b. Uranus
c. Musytari
d. Utarid

Planet Musytari mempunyai 67 bulan yang disahkan. Ini menjadikannya kumpulan bulan terbesar dengan orbit "agak selamat" dalam mana-mana planet dalam Sistem Suria. Empat bulan terbesar iaitu bulan Galilean, telah ditemui pada 1610 oleh Galileo Galilei dan merupakan objek pertama yang ditemui mengorbit jasad yang bukan Bumi atau Matahari

2. Pilih bahan yang digunakan sebagai pewarna makanan

a. Sodium Nitrit
b. Sebatian Azo
c. Asid Askorbik
d. Monosodium Glutamat



3. Antara berikut, kategori manakah yang berada pada aras yang tertinggi dalam hirarki taksonomi dalam bidang biologi?

a. Order
b. Spesies
c. Filum
d. Genus



4. Pilih susunan yang sesuai dengan siri berikut: DCXW, HGTS, .... , POLK, TSHG

a. KLOP
b. LKOP
c. KLPO
d. LKPO



5. Berapakah bilangan negara yang berkongsi sempadan dengan Bhutan?

a. 1
b. 2
c. 3
d. 4

India dan China

6. Apakah kadar penggandaan yang tepat bagi istilah "deca-"?

a. 10
b. 12
c. 16
d. 20

Deca- or deka-[1] (symbol da) is a decimal unit prefix in the metric system, denoting a factor of ten.

7. Namakan jenis gas yang dihasilkan oleh buah-buahan untuk mempercepatkan proses pematangan buah.

a. Etena
b. Etana
c. Karbon Dioksida
d. Asetilena

Untuk keperluan penelitian, dalam mempercepat proses pematangan buah, biasanya konsentrasi gas ethylene (etena) yang dibutuhkan adalah 500 – 2000 ppm, untuk proses selama 24 – 48 jam

9. Apakah yang menyebabkan kestabilan paras gas nitrogen di dalam udara?

a. Sianobakteria
b. Caj elektrik di atmosfera
c. Baja sintetik industri
d. Proses denitrifikasi


Denitrifikasi merupakan proses reduksi nitrat menjadi gas nitrogen

10. Antara berikut, isotop yang manakah mempunyai bilangan neutron yang paling banyak?

a. 1H1
b. 4HE2
c. 7LI3
d. 5BE4




Pusingan Akhir

Budaya Asia

1. Chhau, Manipuri dan Sattriya berkaitan dengan ____ di India.

a. Kementerian Kerajaan
b. Spesis Teh
c. Hutan Negara
d. Tarian Klasik


Chhau dance, also spelled as Chau or Chhau, is a semi classical Indian dance with martial, tribal and folk origins

2. Pandanggo Oasiwas, Binasuan dan Tinikling adalah tarian klasik di negara _____

a. Filipina
b. India
c. Pakistan
d. Indonesia

Tinikling, Pandanggo Oasiwas, Binasuan dan are a traditional Philippine folk dance

Sosiologi

3. Menurut Karl Mannhem, yang manakah antara berikut adalah objektif utama bagi perancangan demokratik?

a. Peningkatan dalam pendapatan per kapita
b. Transformasi manusia dan masyarakat
c. Penyebaran pendidikan
d. Pembasmian kemiskinan

4. Falsafah sosiologi bagi teori "Place, Work And People" telah mula diperkenalkan oleh ____

a. Frederic Le Play
b. C. H. Cooley
c. E. Demolins
d. Henri De Tourville

Tubuh Badan

5. 1% daripada jisim badan manusia terdiri daripada unsur ____

a. Nitrogen
b. Hidrogen
c. Barium
d. Fosforus

6. Badan manusia terdiri daripada 9.5% unsur ____

a. Nitrogen
b. Oksigen
c. Hidrogen
d. Karbon


Fizik

7. Daya yang menentang gerakan relatif lapisan yang berbeza sama ada cecair atau gas adalah definisi bagi ____

a. Halaju Genting
b. Aliran Garis Arus
c. Halaju Terminal
d. Daya Likat


Kelikatan ialah geseran dalaman sesuatu bendalir

8. Apakah unit ukuran bagi kelikatan dalam bahasa Inggeris?

a. Coulomb
b. Newton second per square meter
c. watt per meter per degree celcius
d. Joule per kilogram per kelvin


SI unit‎: ‎Pa·s = (N·s)/m2 = kg/(s·m)

Kimia

9. Pilih unsur yang bukan sejenis gas nadir

a. Bromin
b. Helium
c. Neon
d. Radon

Gas adi atau gas nadir merujuk kepada gas dalam Kumpulan 18 Jadual berkala yang mempunyai sifat lengai, tidak reaktif, tidak berwarna dan tidak bertindakbalas dengan bahan kimia lain. Gas nadir banyak digunakan dalam sektor perindustrian.
Enam gas adi yang wujud secara semula jadi ialah:
Helium (He)Neon (Ne)Argon (Ar)
Kripton (Kr)
Xenon (Xe)
Radon (Rn)Ununoctium (Uuo)

10. Antara berikut yang manakah digunakan untuk menghasilkan hujan buatan manusia?

a. Kuprum Oksida
b. Karbon Monoksida
c. Agentum Iodida
d. Argentum Nitrat

Hujan buatan dapat terjadi dengan menaburkan bahan – bahan kimia untuk mempengaruhi terjadinya awan yang disebut dengan zat glasiogenik, yaitu Argentium Iodida atau Perak Iodida.

Sejarah Dunia

11. Pada tahun 1896, sempadan yang dikenali sebagai "The Durand Line" diisytihar antara negara ____

a. India dan Pakistan
b. Pakistan dan Afghanistan
c. Jerman dan Poland
d. India dan China

The Durand Line  is an 2,430-kilometre (1,510 mi) international border between Pakistan and Afghanistan. It was established in 1896 between Sir Mortimer Durand, a British diplomat and civil servant of the British Raj, and Abdur Rahman Khan, the Afghan Amir.

12. Pada tahun 1947, sempadan yang dikenali sebagai "The Radcliffe Line" diisytihar antara negara _____

a. Iran dan Afghanistan
b. Nepal dan China
c. Itali dan Perancis
d. India dan Pakistan


The Radcliffe Line was the boundary demarcation line between India and Pakistan published on 17 August 1947 upon the Partition of India

Alam Semulajadi

13. Antara kawasan pergunungan berikut, yang manakah terbentuk hasil pertembungan laut dengan benua.

a. Pergunungan Andes
b. Pergunungan Rockies
c. Pergunungan Atlas
d. Pergunungan Alp

14. Antara kawasan pergunungan berikut, yang manakah terbentuk hasil pertembungan benua dengan benua.

a. Pergunungan Andes
b. Pergunungan Rockies
c. Pergunungan Himalaya
d. Pergunungan Alaska



Geografi

15. Anggaran ketebalan lapisan mental bumi adalah ____

a. 2900 KM
b. 3100 KM
c. 3300 KM
d. 3500 KM

16. Anggaran ketebalan lapisan kerak bumi adalah ____

a. 10 KM
b. 30 KM
c. 95 KM
d. 170 KM



Sasterawan Malaysia

17. "Untuk 3 hari" dan "Sekuntum bunga, sekeping kad, seraut cinta" adalah buku-buku yang ditulis oleh ____

a. Shahnon Ahmad
b. Ahadiat Akashah
c. Adibah Amin
d. Sutung Umar RS

Ahadiat Akashah

18.  "Binti Penghulu" dan "Kisah isteri" adalah buku-buku yang ditulis oleh _____

a. A. Samad Said
b. Abdul Samad Ismail
c. Rehman Rashid
d. Abdullah Hussain


Abdullah Hussain

Sejarah Malaysia

19. Antara berikut, negeri manakah sebahagian daripada Negeri-Negeri Melayu Bersekutu?

a. Johor
b. Terengganu
c. Pahang
d. Kedah

Negeri-negeri Melayu Bersekutu ialah sebuah sistem persekutuan untuk empat negeri Semenanjung Tanah Melayu iaitu Pahang, Perak, Selangor, dan Negeri Sembilan.

sumber: wikipedia, tontonextra 
Share:

0 comments:

Post a Comment