Sunday, 25 March 2018

,

Cara Download Video Twitter Untuk Pengguna iPhone

Cara Download Video Twitter Untuk Pengguna iPhone

Cara Download Video Twitter Untuk Pengguna iPhone | Twitter merupakan salah satu platform media sosial yang ramai pengguna Malaysia selain Facebook, dan Instagram. Aku sendiri pun menggunakan medium Twitter untuk kegunaan harian sama juga seperti facebook iaitu mengetahui isu-isu semasa, membaca artikel-artikel, layan video dan macam-macam lagi la. tapi nak layan drama pergaduhan pun ada di twitter haha

Banyak antara kita yang suka layan video terutamanya video viral yang biasanya bertebaran di dunia twitter sana. Jadi mungkin ada yang mahukan video tu menjadi simpanan ataupun mahu save video tersebut di smartphone sendiri. Twitter tidak menyediakan ciri-ciri untuk download video secara langsung, jadi kalau nak tengok, anda kene on internet, on twitter, play video.

Jadi post kali ni aku nak share sikit cara download video twitter terutamanya untuk pengguna iPhone. Aku rasa cara ini juga valid untuk pengguna android. Tak pasti, nanti anda boleh cuba. Anda jangan risau, cara ini anda tak perlu jailbreak iPhone anda, hanya perlu install 1 aplikas sahaja. Jom!



Cara Download Video Twitter di iPhone

Untuk pengguna iPhone, pertamanya selain aplikasi twitter, anda perlu 1 lagi aplikasi iaitu Documents. Anda boleh download dan install terus di AppStore secara percuma.

Langkat 1: Download aplikasi Document



Langkah 2: Buka aplikasi twitter dan cari tweet yang mengandungi video

Langkah 3: Tekan icon share di kanan bawah (bersebelahan icon like) dan pilih 'Share Tweet via...' serta pilih 'Copy Link to Tweet'




Langkah 4: Buka aplikasi Document yang sudah di install. Tekan atau slide ke kiri icon kecil di penjuru kanan bawah yang berbentuk bulat. Anda akan di bawa kepada built-in-browser dan seterusnya layari http://twittervideodownloader.com/



Langkah 5: Setelah sampai di website tersebut, paste link yang telah di copy sebentar tadi di aplikasi twitter di ruang yang disediakan. Seterusnya tekan butang download yang akan muncul



Langkah 6: Anda akan diberi pilihan untuk rename file video anda tersebut dan seterusnya tekan Done



Langkah 7: File video anda akan di simpan di folder Download. Sekiranya anda mahu video tersebut ada di camera roll, anda hanya drag file video tersebut masuk ke dalam folder Photo Album

Jadi anda dah boleh play video secara terus dari camera roll anda tanpa install aplikasi pemain video lain. Selain video, anda boleh juga download GIF dari twitter dan stepnya sama seperti di atas. Aku rasa step ini, platform android pun boleh guna. hanya guna site yang diberi di atas tanpa menggunakan aplikasi Document. Aplikasi ni special sikit untuk iOS sebab boleh download secara terus tetapi safari, google chrome semua tak boleh. 
Share:

2 comments:

  1. nice share.. saya pun baru tahu cara dia. #blogwalking here done follow

    ReplyDelete