Bercuti Di Perth, Australia | Bahagian 4

bercuti di perth 2019

Hari terakhir (hari keempat) di Perth iaitu Ahad, 30 Jun kami sekali lagi bergerak menggunakan kereta sewa menuju tempat yang lebih jauh lagi ke utara Perth. Kami akan singgah di Lancelin Sand Dunes dan juga The Pinnacles. Perjalanan dariapda CBD Perth ke utara Perth ini mengambil masa 2 jam 30 minit. Jadi rancanglah perjalanan anda. Winter season pukul 5 dah gelap.


Tempat yang dilawati pada hari keempat (30 Jun 2019):
  1. Lancelin Sand Dunes
  2. The Pinnacles (Nambung National Park)
  3. Joondalup
  4. The Esplanade, CBD Perth
  5. Perth Airport 
Tips : Tolong bergerak paling lewat 8 pagi daripada CBD Perth bagi mengelakkan pulang ketika langit gelap. Ini kerana jalan disini tiada lampu dan juga kereta kurang. Khuatir jika anda memandu di waktu malam, ada Kangaru liar akan menghampiri kereta anda dan mungkin menyebabkan kemalangan.


Anda akan melalui highway dahulu kemudian akan sambung menggunakan jalan asal yang satu-satunya jalan darat menuju ke sana. Perjalanan dikelilingi oleh hutan pada awalnya, jadi sedikit takut la pada awalnya. Kemudian anda akan disajikan dengan pemandangan lapangan padang yang luas dan indah dengan ada biri-biri lagi. Juga moment yang sukar dilupakan. Ada kawasan kincir angin, ladang-ladang dan sebagainya. Jika anda sudah nak sampai di kawasan The Pinnacles anda akan melalui satu moment yang teruju dimana tiba-tiba anda disajikan pemandangan luas lautan iaitu Lautan Hindi.





Kami singgah terlebih dahulu di Lancelin Sand Dunes. Disini anda akan mendapat bukit pasir yang halus di tengah-tengah hutan, jauh sedikit daripada pantai. Tak tahulah macam mana bukit pasir ni ada disini. Sangat cantik. Masuk percuma tetapi dikenakan bayaran kalau nak main aktiviti disini. Macam kita sewa peralatan mereka lah

Bila tiba disini, turut disediakan beberapa aktiviti yang anda boleh lakukan selain bergambar seperti luncur pasir, motocross dan sebagainya la. Walaupun ianya terbentang luas dan panas terik. Tetapi cuaca tetap sejuk dan berhati-hati dengan angin yang membawa pasir halus juga.




Selepas beberapa minit bergambar disini, kami bergerak lagi sejam menuju ke The Pinnacles di Nambung National Park. Disini akan dikenakan bayaran AUD13 untuk sebuah kereta. Satu kata-kata yang boleh diucap ketika sampai dan lihat Pinnacles itu adalah MOON!

Ya, iany seolah-olah berada di bulan dengan batu-batu yang banyak berdiri tegak ditengah padang pasir. Jika di Lancelin pasirnya putih, disini pasirnya kuning seperti di gurun. Cuaca terik tetapi tetap sejuk. Jangan risau. Disini anda boleh bergambar dengan pemandangan indah dan unik ciptaan Allah. Batu-batunya pelbagai saiz, ada kecil, ada besar yang lebih tinggi daripada manusia biasa dan sebagainya. Nak bawa kereta atau berjalan kaki, terpulang. Tapi takut kotor pula kereta sewa kan. Jalan kaki je la.





Jadi sudah hampir 2 petang, kami decide untuk pulang ke Perth lebih awal untuk kejar Big W di Joondalup sebelum 5.30 petang. Tempat inilah dimana anda boleh dapatkan set pinggan mangkuk berjenama Corelle. Ya, mengikut informasi akak aku yang beria nak beli pinggan mangkuk ni, ianya lebih murah daripada di Malaysia.

Jadi kepada peminat Corelle, anda boleh pergi di Lakeside Joondalup Shopping City dan pergi bahagian Big W. Katanya di Perth ni, Big W ada di Joondalup ni sahaja. Di sini juga terdapat banyak lagi kedai. Boleh la pusing-pusing shopping. Coles dan Woolworth pun ada. Cari air dare lagi la hehe




Sebelum kami sampai di Big W ni daripada The Pinnacles ni, kami singgah solat di sebuah universiti berhampiran iaitu Edith Cowan University (ECU), Joondalup Campus. Datang singgah musolla mereka.


Selesai semua perkara, kami bergerak pulang ke CBD Perth untuk cari dinner pula. Jadi kami berhenti di The Esplanade. Lagi untuk bergambar di waktu malam sebelum pulang ke Malaysia. Disini terdapat 1 mercu bangunan iaitu Spanda berbentuk lengkungan. Selain itu juga terdapat sebuah jambatan berhadapat The Esplanade ini iaitu Jambatan Elizabeth Quay.




Di CBD Perth ni terdapat banyak kedai makanan, anda boleh google map dan pilih restoren. Jadi kami jumpa 2 kedai makan iaitu kedai kebab iaitu Ispa Kebabs dan Lord Of The Fries. Sempat la rasa kebab dia yang berharga AUD13 dan ianya halal.

Sini banyak kedai kebab halal, jadi korang pilih la ikut citarasa. Bagi aku Ispa Kebabs ni tidak terlalu kick la. Kalau lagi pedas, lagi best.




Jadi selesai makan malam, kami terus menuju ke Perth Aiport. Untuk yang menyewa kereta menggunakan perkhidmatan Aries Car Rental, anda boleh pulang di Airport. 5 minit je daripada Airport. Mereka boleh hantarkan. Jadi disinilah, mereka akan check semua keadaan kereta terlebih dahulu. Sudah selesai barulah bond dipulangkan kembali.

Tiket pulang ke Malaysia kami pada 2.00 pagi, kami sampai di Aiport pukul 10 malam. Jadi kami bermalam di airport buat sementara waktu. Selesai semua lebih kurang 2.15 pagi kami berlepas daripada Perth ke Kuala Lumpur.

bercuti di perth 2019

bercuti di perth 2019


Semoga Jumpa Lagi, Selamat Malam Perth




4/Post a Comment/Comments

  1. wahh.. bagus aiman share tips sekali.. senang buat rujukan pada sesiapa yg nak ke sini..

    ReplyDelete
  2. wahhhh.. best.. xtau la bila berpeluang ke sana. ermm

    ReplyDelete
  3. main paintball celah2 batu tu best tu..

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post