Recent Posts

Bercuti Di Perth, Australia | Bahagian 2

bercuti di perth 2019

Hari kedua di Perth, Australia bermula pada pagi Jumaat iaitu 28 Jun 2019. Hari ni kami cadang untuk mencari barangan souvenir luar daripada CBD Perth iaitu di Frementle. Jarak daripada CBD Perth ke Frementle lebih kurang 23 KM. Tak terlalu jauh pun dan pengangkutan awam masih lagi boleh digunakan.


Terdapat pelbagai cara untuk gerak ke Frementle seperti menggunakan kereta sewa, bas, keretapi dan juga disediakan perkhidmatan cruise. Pada hari tersebut kami decide untuk menggunakan pengangkutan awam iaitu bas dan juga keretapi.

Tempat yang dilawati pada hari kedua (28 Jun 2019):

  1. Blue Bot House
  2. Frementle
  3. Frementle Market
  4. The Round House
  5. Kaili's Fish n Chip
  6. E-Shed Market

Kerana masih awal lagi untuk sampai di Frementle, kami ingin berhenti di suatu tempat yang katanya kalau tak singgah sini, maka tak sempurna lawatan dan percutian di Perth, Australia iaitu di Blue Bot House.

Sebenarnya Blue Bot House ni sehala je kalau anda plan ke Frementle. Aku naik daripada Perth City Apartment kami dengan menaiki Bas berbayar 950 dan terus ke perhentian apa aku tak ingat. haha Tapi betul-betul berhadapan dengan Blue Bot House ni.




Sebenarnya tiada yang menarik pun pada Blue Bot House ini, ianya sekadar bangsal yang disimpan barang-barang bot sahaja, tetapi kini telah menjadi antara tarikan utama bila tiba di Perth. Disini ianya percuma tetapi kene beratur la kalau orang ramai untuk ikut giliran. Tapi pemandangannya sangat cantik. Kalau dapat langit biru, lagi padu gambar. Berdekatan sini terletak sebuah Universiti iaitu University of Western Australia. Jadi nak datang bergambar sahaja, boleh la singgah.

Seterusnya bagi bergerak ke perhentian keretapi yang tidak jauh lebih kurang 10 minit sahaja daripada tempat kami tadi. Kami naiki keretapi daripada stesen Claremont dan terus ke stesen terakhir iaitu Frementle yang ambil masa lebih kurang 15 minit perjalanan.




Di Frementle kami hanya berjalan kaki ke setiap destinasi, tapi jangan risau bas disediakan di kawasan ini. Jalan kaki di negara sejuk ni tak terasa penat pun sebenarnya.

Tips: Kalau nak jalan kaki, pakailah kasut sport atau tapak yang lembut, jangan nak pakai kasut bergaya tetapi nanti sakit yang dapat.

Sebelum bergerak ke destinasi pertama kami singgah dahulu di Coles untuk cari sedikit makanan dan minuman. Coles ini lebih besar seperti saiz Tesco.




Kami terus bergerak ke Frementle Market yang diberi tahu daripada google maps mengambil masa dalam 15 minit berjalan kaki. Sepanjang berjalan kaki, anda boleh la berhenti sekejab-sekejab untuk ambil gambar kenangan. Di sini seni bina bangunannya berbeza dengan di CBD Perth kerana seni binanya menggunakan design lama yang unik dan menarik.




Sepanjang perjalanan menuju ke Frementle Market pelbagai kedai dan bentuk bangunan yang anda boleh lihat. Tambahan lagi di Frementle awannya kurang jadi langitnya membiru, tetapi suhu masih sejuk sekitar 15-16°C.

Tips: Kalau nak melintas jalan di Perth, jika ada traffic light, ikutlah zebra lines dan juga ikut penunjuk lampu traffic light. Jika tiada, lintaslah dengan berhati-hati. Disana selamat, sebab pejalan kaki akan diberi keutamaan untuk melintas. Lagipun disana orang bawa kereta slow je


Sampai di Frementle Market, disini disediakan kedai-kedai cenderahati untuk anda berbelanja. Terdapat banyak pilihan disediakan mengikut bajet anda. Disini juga disediakan bahagian kedai makan. Nak makan sini pun boleh tetapi kene cari yang boleh makan je la. Pada hari tersebut, kami bertuah kerana bahagian exit market ada disediakan pertunjukkan seekor Koala. Disitu anda boleh memegangnya dan mengambil gambar. Tujuan pertunjukkan tersebut adalah bagi kempen kesedaran Save The Koala




Selepas selesai windows shopping, kami bergerak ke satu lagi tempat iaitu di E-Shed Market. Sebenarnya rata-rata orang Malaysia yang ingin beli buah tangan akan datang ke sini kerana ada kedai bernama Aussin yang dipunyai oleh warga Indonesia dengan barangnya lebih murah. Kat sini anda pandai sembang, dapat la lagi potongan. Beli lagi banyak, lagi berbaloi. Banyak pilihan, ada baju, hoodie, keychain, boomerang, fridge, patung dan macam-macam lagi la. Mana bercuti di Perth tu, datang la ke E-Shed Market dan pergi di kedai Aussin dengan pemilik bernama Linda.




Tips: Kalau anda nak solat disini, anda minta bantuan pemilik tersebut nanti dia bawa la mana-mana ruang untuk anda solat. Solat kat luar sejuk, sebab tepi laut.

Seterusnya kami ingin lunch di Kaili's Fish n Chip yang juga tidak jauh daripada E-Shed Market. Dalam 10 mini berjalan. Dalam perjalanan tersebut, anda akan melalui 1 lagi tempat menarik iaitu The Round House. Ianya sebuah bangunan tinggalan yang lama dan kini menjadi pusat tarikan. Lebih menarik lagi, disini akan ada penjaga yang akan menghidupkan meriam dengan dentuman yang kuat setiap jam. Kami berkesempatan untuk dengar secara dekat pada pukul 1 tengah hari.




Dalam 5 mini berjalan, kami sampai di destinasi makanan wajib di Perth iaitu Kailis Fish n Chip. Tempat ini sangat menarik dan strategik dimana akan makan berhadapan dengan jeti yang penuh dengan kapal nelayan dan kapal moden. Semasa menjamu selera, anda dihidangkan dengan pemandangan indah.


Jika anda decide untuk makan diruang makan luar, anda akan ditemanri oleh entiti lain iaitu sang burung. Di sana, akan ditemani oleh burung seagull atau burung camar. Anda tak jaga makanan anda, dieorang yang tolong makan. haha Jadi disini berhati-hati la. Halau perlahan-lahan pun mereka akan pergi. Tapi datang semula la. haha




Makanan disini cukup segar seperti fishnya. Aku tak pasti ikan apa yang digunakan, tetapi sangat segar dan sedap. Tapi yang kurang sikit, sos cili tidak disediakan, ianya dijual berasingan. Jadi kepada yang ingin datang sini, nasihat aku, tips: bawa sos cili siap-siap daripada Malaysia. Baru puas makan. Fries dia pun garing, sedap dan besar. Kami beli 2 set sahaja untuk makan 5 orang. Sudah cukup.

Berdekatan sini juga ada pantai yang anda boleh lepak dan ambil gambar kenangan. Tempatnya sangat menarik dengan berhadapan dengan Lautan Hindi. Ciptaan Allah indah-indah belaka.




Selesai semuanya, kami pulang berjalan kaki ke stesen keretapi Frementle untuk terus bergerak ke stesen Perth City yang ambil masa lebih kurang 30 minit. Kami sampai di CBD Perth sudah Isyak rasanya lebih kurang pukul 6-7 malam. Cuaca sudah gelap gelita.

Tetapi di Perth, jumaat malam itulah malam hujung minggu mereka untuk bersuka-ria. Ini kerana, malam tersebut kebanyakkan Mall akan tutup lebih lewat sedikit lebih kurang pukul 9 malam yang kebiasaan hari lain ditutup pukul 5.30 petang. Pengangkutan awam pun beroperasi lebih lama mungkin dalam pukul 10 malam.


Pada masa tersebut, jika anda sampai di Perth, diadakan satu acara tahunan iaitu Winter Fest dengan merasai pengalaman Magic of Norther Light iaitu bermula 24 Jun sehingga 30 Jun 2019. Ianya sekadar pertunjukan cahaya laser. Ramai betul orang teruju kat situ.




Ambil CAT bas kuning dan bergerak balik ke apartment. Dan situlah pengakhiran bagi perjalan di hari kedua di Perth, Australia. Disebabkan malam tersebut, Watertown Outlet tutup lambat sikit, singgah la untuk kali ke-2, kakak dan adik cari kasut katanya. Dapatlah Adidas dan Sneakers.




Post a Comment

2 Comments

  1. cantik view dan cuaca kat sana kan..

    ReplyDelete
  2. Blue bot house tu memang wajib pergii ,, pelik tak bagi sekali dgn sos ,, diaaingkan pulak regenya

    ReplyDelete