Beli Barang Sempena Kempen 9.9 Super Shopping Day Shopee

Kempen 9.9 Super Shopping Day Shopee

Kempen 9.9 Super Shopping Day Shopee telah pun berlalu lebih seminggu yang lepas. Shopee memberi tahu lebih 1 juta transaksi telah berlaku ketika 9 September 2019. Jadi hari tersebut rakyat Malaysia khususnya telah berbelanja menerusi akaun Shopee masin-masing.

9.9 Super Shopping Day Shopee adalah suatu kempen dimana Shopee memberikan lebih penjimatan pada hari tersebut. Antara penjimatan yang diberi adalah diskaun sehingga 90%, baucer free shipping, harga barang RM1 dan macam-macam lagi.


Kempen itu bermula pada 12.00 pagi pada 9 September sehingga 11.59 malam pada hari yang sama. Hanya sehari sahaja berlaku kempen tersebut. Tetapi lebih sebulan diberi oleh pihak Shopee seperti pre-kempen dimana sebelum sebelum juga Shopee memberikan diskaun yang banyak terhadap barang-barang terpilih.

Kempen 9.9 Super Shopping Day Shopee

Aku juga tidak terlepas peluang dengan juga berbelanja pada hari tersebut. Aku sebenarnya sudah inginkan barang-barang tersebut pada awal lagi, tetapi selepas dapat tahu kempen 9.9 Shopee ini, aku hanya tunggu pada hari tersebut sahaja.

Baca juga : Kumpul Seberapa Banyak Shopee Coins Untuk Dapatkan Lebih Diskaun

Jadi disini aku nak kongsikan barang-barang yang aku beli ketika kempen 9.9 Super Shopping Day Shopee yang berlaku sebelum ini. Barang yang aku beli, semuanya keperluan aku, bukanlah semata-mata membeli kerana murah. Berbelanjalah dengan bijak.

Beli Barangan Ketika Kempen 9.9 Super Shopping Day Shopee

Kempen 9.9 Super Shopping Day Shopee

Jadi inilah senarai gambaran yang aku beli pada kempen 9.9 Shopee yang lepas. Hanya 5 barang sahaja dan rata-ratanya barang di import daripada China. Proses penghantarannya sudah pasti sedikit lambat, sebab tu baru sekarang baru boleh update.

Semua barang aku pesan dan bayar pada 9 September 2019 ketika kempen 9.9 Shopee berlangsung. Tetapi tarikh barang sampai berlainan kerana berbeza tempat. Jadi aku akan terangkan secara ringkas dibawah bagi setiap barang yang dibeli. Kot-kot korang nak beli juga kan.


1.  Lampu LED Memanjang

Kempen 9.9 Super Shopping Day Shopee

Aku beli Lampu LED ini sebab nak pasang di bawah meja komputer aku. Kebiasaanya orang beli untuk pasang di PC gaming, jadi aku nak pasang juga walaupun ada laptop sahaja. Lampu ini disediakan pelekat di belakangnya, jadi anda boleh lekat di mana-mana bahagian permukaan yang anda mahu.

Aku pilih variasi 1M sahaja. Aku beli pada hari tersebut hanya RM9.09 dengan free postage yang diberi oleh Shopee sempena 9.9 Shopee. Tempoh penghantaran diambil masa selama 10 hari kerana barang daripada China.


Jika anda beli pada hari ini, harga masih sama tetapi tiada free postage, dimana anda perlu bayar RM3.80 sebagai kos penghantaran.

Anda boleh dapatkan lampu LED ini disini


2.  Cutting Mat Grid Lines



Kempen 9.9 Super Shopping Day Shopee

Barang seterusnya adalah cutting mat yang mempunyai grid lines. Kebiasaanya designer banyak menggunakan alas ini kerana iainya disediakan garisan seperti pembaris. Jadi anda boleh ukur setiap peralatan atau potongan yang anda kehendaki.

Pelbagai variasi disediakan, tetapi aku memilih saiz A3. Aku beli pada hari tersebut dengan harga RM13.99 dengan free postage sempena 9.9 Shopee. Proses penghangtaran hanya mengambil masa 1 hari sahaja kerana barang hanya daripada Perak.

Jika anda beli pada hari ini, harga sudah naik kepada RM15 untuk saiz A3 dan juga tambahan dengan kos penghantaran.

Korang boleh dapatkan barang yang sama disini


3.  Plug Extension Holder


Kempen 9.9 Super Shopping Day Shopee

Aku dapatkan extension plug holder supaya aku dapat gantung plug aku di dinding bagi mengurangkan ruang di bahagian lantai. Sekali gus dapat menjimatkan ruang dan mengelakkan kabel daripada bersepah di lantai.

Aku dapatkan pada hari tersebut dengan harga RM2.55 dan kos penghantaran sebanyak RM4.13. Jadi keseluruhan berjumlah RM6.68. Tiada free postage diberi pada barangan ini. Penghantaranya juga hanya mengambil masa 1 hari sahaja sebab barang daripada Pulau Pinang.

Baca juga : Cara Melakukan Proses Refund Dan Withdrawal Di Shopee

Jika anda dapatkan barang yang sama sekarang anda perlu membayar sama seperti kempen 9.9 Shopee iaitu berjumlah RM6.68. Tiada perubahan.

Jika anda mahu dapatkan barang yang sama, anda boleh lawati disini


4.  Phone Desk Holder


Kempen 9.9 Super Shopping Day Shopee

Barang seterusnya adalah phone holder. Aku beli barang ini sebab mahu Google Pixel aku sentiasa berdiri disebelah dan ianya disediakan ruang untuk anda masukkan kabel pengecas dibahagian bawah. Jadi anda boleh dirikan phone semasa mengecas. Tambahan lagi ianya diperbuat daripada besi dan sudah pasti lebih kukuh.

Aku beli dengan variasi warna hitam pada kempen tersebut dengan harga RMRM3.75 berserta kos penghantaran sebanyak RM3.80. Jumlah adalah RM7.55. Ianya mengambil masa 7 hari untuk sampai kerana barang daripada China.


Jika anda beli sekarang, harganya sudah naik kepada RM5.52 dan kos penghantaran sebanyak RM3.80 dan jumlah adalah RM9.32. Jadi aku dah jimat disitu.

Anda boleh dapatkan barang yang sama disini


5.  Kabel Organizer



Kempen 9.9 Super Shopping Day Shopee

Barang terakhir adalah kable organizer. Fungsinya lain tidak bukan adalah mengelakkan kabel yang bersepah di atas meja seperti kabel telefon, charger kamera, charger Amazfit Bip dan sebangainya. Jadi dengan organizer ini, sedikit sebanyak memberi keselesaan mata pada aku. Kabel lebih terurus.

Jika anda beli, anda akan dapat 2 biji. Aku beli pada hari tersebut dengan harga RM1.15 dengan free postage. Tempoh penghantaran mengambil masa 7 hari sebab ianya dari China.

Jika anda beli sekarang, harga nya masih sama iaitu RM1.15 tetapi ada kos penghantaran sebanyak RM3.80 dan jadilah jumlah sebanyak RM4.95. 

Jika anda nak beli, anda boleh pergi disini

Jadi sempenah 9.9 Super Shopping Day Shopee sebelum ini korang beli barang apa? Keperluang ke kemahuan? Kongsilah dibahagian komen.

2/Post a Comment/Comments

  1. Perghhh bila tgok org lain beli rasa best pulak. tak smpat join pun sale hritu sbb dah lari budget. lpun takdak keperluan utk setakat ni. kalau terbeli tu nafsu je semua tu haha

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post