Cara Buat Bayaran Semula Yayasan Bank Rakyat (YBR) Secara Online Menggunakan JomPay

Cara Buat Bayaran Semula Yayasan Bank Rakyat (YBR) Secara Online Terbaru Selain Daripada iRakyat

Mungkin anda juga tercari-cari kan macam mana nak buat bayaran semula secara online untuk Yayasan Bank Rakyat selain daripada iRakyat kan? Sebenarnya, anda boleh gunakan perkhidmatan JomPay atau melalui aplikasi YBR Go

Anda dah perasan pada perbankan online Bank Rakyat iaitu iRakyat sekarang pilihan bayaran Yayasan Bank Rakyat (YBR) dah takda dalam pilihan. Jika dilihat hanya ada Yayasan Sarawak je. Jadi macam mana nak buat bayaran secara online?

Sebenarnya seperti yang dimaklumkan, tiadanya pilihan YBR tersebut terjadi selepas sistem Bank Rakyat dinaiktaraf sebelum ini. Jadi selepas itu, pilihan YBR dah takda.

Walaupun sedemikian, sebenarnya anda boleh sahaja buat pembayaran semula di kaunter Bank Rakyat. Tapi di era pandemik COVID-19 ini, kalau boleh kurangkan keluar rumah dan elakkan berada di tempat tertutup bersama orang ramai.

Jadi jangan risau, Yayasan Bank Rakyat ada sediakana cara pembayaran lain selain daripada menggunakan iRakyat dan pastinya boleh dibuat secara online sahaja. Tiada kontak dengan orang, tidak perlu bersemuka dan boleh dibuat dimana-mana sahaja.

Cara Buat Bayaran Yayasan Bank Rakyat (YBR) Secara Online Terbaru

Saya salah seorang peminjam bagi program Pinjaman PendidikanBoleh Ubah (PPBU) Yayasan Bank Rakyat dan sudah mula buat bayaran semula sejak habis belajar dulu. Sebab itu, sebelum ini saya ada kongsikan cara buat bayaran menggunakan iRakyat.

Sebab itu saya terkejut tiba-tiba dah tiada pilihan YBR sebelum ini. Jadi saya cuba hubungi pihak YBR dan mereka telah berikan 2 kaedah dan cara untuk buat bayaran secara online ini iaitu :

  1. JomPay
  2. Aplikasi YBR Go

1)  JomPay

Kaedah pertama ini masih menggunakan lagi iRakyat tetapi buat pembayaran secara JomPay dan bukan lagi bill seperti sebelum ini.

Langkah 1 : Sign in akaun iRakyat anda

Langkah 2 : Dihalaman utama, pergi pada Payment > JomPay

Cara Buat Bayaran Semula Yayasan Bank Rakyat (YBR) Secara Online Terbaru

Cara Buat Bayaran Semula Yayasan Bank Rakyat (YBR) Secara Online Terbaru

Langkah 3 : Pada bahagian ini yang paling utama anda perlu isi seperti dalam gambar

Biller code (other payee) : 5652
Ref-1 : masukkan kad pengenalan anda
Ref-2 : nombor telefon

Cara Buat Bayaran Semula Yayasan Bank Rakyat (YBR) Secara Online Terbaru

Kemudian masukkan jumlah bayaran (macam saya RM113/sebulan) dan klik "Add"

Langkah 4 : Buat pembayaran seperti biasa dengan dapatkan TAC dan seterusnya buat pembayaran. Selesai!

Selain itu, sebenarnya anda juga boleh buat bayaran melalui aplikasi YBR Go. Ikuti langkah dan caranya seperti dibawah:

2)  Aplikasi YBR Go

Dengan cara ini, anda perlu download terlebih dahulu aplikasi YBR Go di Google Play Store atau Apple App Store

Langkah 1 : Log In di aplikasi YBR Go

Langkah 2 : Klik "Pay"

Langkah 3 : Masukkan jumlah bayaran

Langkah 4 : Klik Proceed To Payment Gateway dan buat bayaran seperti biasa

Cara Buat Bayaran Semula Yayasan Bank Rakyat (YBR) Secara Online Terbaru

Diingatkan juga kepada semua, sila cetak dan simpan slip atau bukti pembayaran sebagai rujukan kelak. Mudah nak tahu, kita dah bayar ke belum PPBU YBR ni. Harap bermanfaat.

6/Post a Comment/Comments

  1. Rasanya YBR lebih baik drp PTPTN kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes. sebab dia ada pinjaman boleh ubah. bayaran semula ikut result dan boleh tukar ke biasiswa juga.

      Delete
  2. Dah dipermudahkan, alhamdulillah

    ReplyDelete
  3. Mcm mana cara bayaran? I mean bayaran kena buat direct lepas habis belajar atau ada masa2 tertentu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena bagi tahu dah habis belajar then dia akan keluarkan surat bayaran semula berdasarkan result keputusan. Kemudian barulah mula bayar.

      Delete

Post a Comment

Previous Post Next Post