Cara Bayar Zakat Fitrah Online Negeri Pahang Menggunakan eZakat MUIP Tahun 2024

Cara Buat Bayaran Zakat Fitrah Online Menggunakan eZakat MUIP Pahang

Hari Raya bakal tiba, jadi kepada umat Islam semua jangan lupa untuk lunaskan kejawajiban Zakat Fitrah anda. Sama seperti tahun lepas, selain buat bayaran melalui Amil yang dilantik, orang Pahang khususnya boleh buat bayaran secara online melalui portal eZakat MUIP.

BACA : Kadar Zakat Fitrah Bagi Negeri-Negeri Seluruh Malaysia Tahun 2024/1445H

Pada tahun 2021 ini bersemaan 1442H, pihak Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP) telah tetapkan kadar Zakat Fitrah untuk negeri Pahang adalah RM7 seorang sama seperti tahun lalu. 

Pengumuman telah dibuat sebelum Ramadan lagi sebelum ini melalui Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Datuk Ahmad Hairi Hussain selepas mendapat perkenan Sultan Pahang iaitu YDP Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selaku Ketua Agama Islam Negeri.

Cara Buat Bayaran Zakat Fitrah Bagi Negeri Pahang Secara Online Menggunakan Portal eZakat MUIP Tahun 2024

Sebelum ni, pihak MUIP ada umumkan dimana terdapat 3 saluran untuk anda buat bayaran Zakat Fitrah di Pahang iaitu :

  1. Melalui Amil yang dilantik
  2. Portal eZakat MUIP
  3. Menggunakan aplikasi PahangGo

Anda boleh pilih mana-mana saluran yang ditetapkan. Tapi dikala pandemik COVID-19 masih lagi berlaku di Pahang terutamanya, adalah lebih baik menggunakan platform secara online iaitu melalui portal eZakat MUIP atau aplikasi PahangGO.

Cara Bayar Guna Portal eZakat MUIP

Langkah 1 : Masuk ke portal eZakat MUIP di ezakat.muip.gov.my dan pilih "Bayaran Zakat Fitrah"

Cara Buat Bayaran Zakat Fitrah Online Menggunakan eZakat MUIP Pahang

Langkah 2 : Kemudian anda perlu lengkapkan 2 bahagian iaitu bahagian A (Maklumat Pembayar) dan bahagian B (Butiran Pembayaran)

Pada bahagia A, anda perlu masukkan nombor kad pengenalan, nama penuh, alamat surat menyurat, no telefon dan email

Cara Buat Bayaran Zakat Fitrah Online Menggunakan eZakat MUIP Pahang

Pada bahagian B, anda pilih bayaran bagi pihak siapa (contoh diri saya). Kemudian pilih bilangan kupon (seorang RM7.00). Jika sudah selesai, klik "Simpan"

Cara Buat Bayaran Zakat Fitrah Online Menggunakan eZakat MUIP Pahang

Langkah 3 : Kemudian akan dipaparkan maklumat penuh sebelum buat bayaran. Sila semak terlebih dahulu maklumat yang anda masukkan, supaya tidak salah. Kemudian pilih cara pembayaran. Dikenakan caj 50 sen.

Sebelum bayar disunatkan untuk lafaz niat terlebih dahulu seperti yang dipaparkan. Jika sudah baru klik "Bayar@Pay"

Cara Buat Bayaran Zakat Fitrah Online Menggunakan eZakat MUIP Pahang

Langkah 4 : Ikuti langkah sehingga selesai dan menunjukkan status bayaran : Berjaya

Disitu juga, anda boleh dapatkan resit bayaran dengan klik pada "Pengesahan Bayaran"

Cara Buat Bayaran Zakat Fitrah Online Menggunakan eZakat MUIP Pahang

Selesai. Semoga Zakat Fitrah serta Puasa kita diterima oleh Allah. Selamat berpuasa~

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post