Info Siaran Langsung Malaysia vs Nepal Perlawanan Persahabatan 2024 (Live)

Info Siaran Langsung Malaysia vs Nepal Perlawanan Persahabatan 2024 (Live)

Untuk persediaan bagi menghadapi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027, bakal berlangsung terlebih dahulu Malaysia vs Nepal pada 15 Mac 2024, hari Jumaat.

Menurut FAM, ini merupakan perlawanan persahabatan latihan terutamanya bagi skuad Harimau Malaya yang akan berhadapan dengan Oman pada 22 dan 26 Mac akan datang.

Jika dilihat, kali terakhir pemain-pemain yang dipanggil oleh Kim Pan Gon kali ini bermain dalam perlawanan kompetitif adalah pada 2 bulan yang lalu dalam saingan Piala Asia 2023.

Sejak daripada itu, mereka hanya menyertai latihan secara dalaman di kelab masing-masing. Ini pastinya menggusarkan bagi ketua jurulatih dan pemain itu sendiri.

Jadi dengan perlawanan menentang Nepal ini pastinya dilihat fasa awal bagi meningkatkan kembali motivasi pemain ke tahap yang terbaik sebelum berlepas ke Oman nanti.

Berdasarkan ranking, Malaysia yang berada di kedudukan 132 dunia pastinya tidak berdepan masalah untuk meraih kemenangan menentang pasukan Nepal yang menghuni tangga ke-175.

Akan tetapi, bukanlah keputusan yang dicari, sebaliknya momentum yang perlu dikembalikan semula terutamanya ketika dalam aksi menentang Korea Selatan sebelum ini yang berkesudahan 3-3.

Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 ini juga sangat bermakna untuk pasukan negara. Jika mereka mampu menumpaskan Oman dalam perlawanan ketiga dan keempat dalam kumpulan D, secara automatik mereka akan mara ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 dan layak secara merit ke Piala Asia 2027.

Kali terakhir Malaysia vs Nepal diadakan adalah pada tahun 2019 dimana ketika itu, Harimau Malaya dibawah kendalian Tan Cheng Hao yang mana berkesudahan dengan keputusan 2-0 iaitu dalam aksi persahabatan tier 1 FIFA.

Untuk pertemuan kali ini, ianya bukanlah dalam kalendar FIFA, jadi apa-apa keputusan yang diraih, ianya tidak akan memberi kesan kepada ranking untuk kedua-dua pasukan.

Info Siaran Langsung Malaysia vs Nepal Perlawanan Persahabatan 2024 (Live)

Siaran Langsung Malaysia vs Nepal - Live

Disebabkan ini merupakan perlawanan persahabatan latihan, ianya bakal berlangsung secara tertutup. Jadi tiada tayangan siaran langsung yang dibuat samasa di Astro atau RTM.

Peminat bola sepak tanah air hanya boleh dapatkan keputusan semasa menerusi perkongsian daripada pihak FAM sendiri yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa kelak.

Tapi untuk perlawanan menentang Oman nanti, ianya pasti akan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Arena atau boleh live streaming di Sooka juga.

Jadual & Keputusan Terkini

Berikut merupakan jadual dan keputusan terkini melibatkan perlawanan Malaysia vs Nepal dalam aksi persahabatan latihan yang berlangsung pada 15 Mac 2024.

FT : Malaysia (5) - (1) Nepal

Darren Lok 31' (P)
Stuart Wilkin 46'
Daniel Ting 48'
Sameer Tamang 68'
Mukhairi Ajmal 135'

*Perlawanan berlangsung 140 minit (4 half)

Masa : 10.00 Malam
Tempat : Stadium Kuala Lumpur
Tayangan TV : Tiada
Live Streaming : Tiada

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post