Dunia Menyaksikan Keamanan Dikecapi Di New Zealand
Dunia telah dikejutkan dengan serangan pengganas pada seminggu yang lalu di New Zealand. Semua sedia maklum tentang perkara ini, apa tujuan pengganas tersebut, dari mana datangnya mereka dan sebagainya.
SALAM : Menjadi tajuk besar newpaper di New Zealand |
Kita sudah baca di setiap bahagian internet bagaimana peristiwa buruk ini berlaku di Christchurch, sehingga telah memberi impak yang besar kepada negara itu sendiri, New Zealand. Peristiwa serangan terhadap sebuah masjid yang rata-ratanya orang Islam yang selesai melakukan Solat Jumaat di Masjid.
Hari ini, 22 Mac 2019 sejarah tercipta di mana Solat Jumaat di Cristchurch telah disaksikan oleh seluruh dunia melalui siaran langsung di televisyen. Selain itu, pada khutbah Jumaat turut disertai dan di dengari oleh Perdana Menteri New Zealand sendiri, Jacinda Ardern serta rakyat New Zealand yang bukan Islam.
Suasana ketika khutbah disampaikan |
Perdana Menteri New Zealand juga turut bersama ketika khutbah disampaikan |
Siapa sangka kan dengar tragedi buruk terhadap orang Islam itu telah memberi impak lebih positif terhadap Islam sendiri. Menyangkal pengganas tiada bangsa, pengganas tiada agama.
Dari peringkat tertinggi iaitu kerajaan New Zealand sehingga rakyat sendiri yang bukan Islam telah memberi penghormatan tertinggi kepada golongan minoriti Islam di Cristchurch. Semoga New Zealand terus diberikan keamanan dan menjadi antara negara teraman di dunia.
Harap peristiwa ini dapat memberi pengajaran di Malaysia juga untuk terus hidup aman dengan masyarakat berbilang bangsa dan perbezaan pengangan agama. Semoga kita dapat hidup bersama dan terus memacu dan mencapat negara teraman di dunia seperti New Zealand
Semoga arwah adik Haziq ditempatkan bersama orang-orang beriman. Al-Fatihah
6 comments for "Dunia Menyaksikan Keamanan Dikecapi Di New Zealand"