Wednesday, 27 March 2019

Kufi Wednesday #72 | Putrajaya



kufi putrajaya

Putrajaya

Putrajaya atau nama penuhnya Wilayah Persekutuan Putrajaya ialah pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan Malaysia yang menggantikan Kuala Lumpur pada 1999 dan ibu negara pentadbiran Malaysia. Putrajaya adalah sebuah bandar raya pintar dalam taman terletak 25 kilometer di selatan Kuala Lumpur merupakan sebuah bandaraya futuristik yang menempatkan pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Ia adalah Wilayah Persekutuan ke-3 di Malaysia. Mula dibina pada 16 April 1995. Dengan terbinanya Putrajaya, suatu hari nanti Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan menjadi Bandar gergasi setanding dengan Tokyo dan Yokohama di Jepun.



Share:

1 comment: