Bantuan Khas Kewangan Bersempena Hari Raya Aidilfitri 2019




bonus hari raya 2019

Sebentar tadi Perdana Menteri Malaysia, Dr. Mahathir Mohamad telah mengumumkan bahawa pihak Kerajaan akan memberi bantuan khas kewangan kepada Penjawat Awam bagi tahun 2019.

Pejabat Perdana Menteri telah mengeluarkan kenyataan media dan berkongsikan di laman web rasmi Dr. Mahathir bin Mohamad.

Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2019, Kerajaan bersetuju untuk memberi Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM450 kepada hampir 1.5 juta penjawat awam dari Gred 56 dan ke bawah sebagai persediaan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri 2019.

Bantuan khas ini juga akan turut dinikmati oleh hampir 0.8 juta pesara Kerajaan sebagai menghargai jasa perkhidmatan dengan jumlah bayaran sebanyak RM225. Pembayaran ini akan dibuat pada 24 Mei 2019.

Bayaran Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara Kerajaan ini melibatkan anggaran peruntukan kewangan sebanyak RM855 juta.

bonus hari raya 2019



Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

7 comments for "Bantuan Khas Kewangan Bersempena Hari Raya Aidilfitri 2019"

Comment Author Avatar
Tahniah semua PA Persekutuan dan pesaranya
Comment Author Avatar
pergunakan bantuan sebaik mungkin
Comment Author Avatar
alaaaa, untuk kakitangan awam je ke? ehehehe
Comment Author Avatar
untuk kakitangan swasta itu kene tanya bos. suruh bagi lebih hehe