Menu Ala Thai, KFC Sawadee Crunch Diperkenalkan

review sawadee crunch

Awal Oktober, Kentucky Fried Chicken (KFC) Malaysia memperkenalkan menu terbaru yang menengahkan menu ala Thai kepada orang ramai iaitu KFC Sawadee Crunch. Kalau tidak silap pada 2017, KFC ada juga memperkenalkan menu berkonsepkan Thai ini juga selain sos Thai yang disediakan di setiap outlet KFC di seluruh Malaysia.

Menu terbaru KFC Sawadee Crunch disediakan dan diperkenalkan disemua outlet KFC di seluruh Malaysia. Jadi bagi yang berminat untuk rasa buat kali pertama, anda boleh dapatkan di outlet berdekatan anda. Ianya ditawarkan dengan masa terhad. Sebelum tamat, pergi la rasa.

Baca Juga : Sedap Ke Sweet Chilli Fish Burger McDonalds?

Aku sempat rasa pada minggu lepas, jadi aku akan buat sedikit ulasan atau review ringkas berkaitan KFC Sawadee Crunch ni. Sedap ke? Berbaloi ke nak makan dan ambil Sawadee Crunch Combo yang disediakan pada menu tersebut.

review sawadee crunch

Ulasan Bagi KFC Sawadee Crunch


Aku dapat tahu menu tersebut melalui iklan yang muncul di media sosial pada minggu lepas. Jadi aku ambil kesempatan untuk pergi ke KFC terdekat untuk cuba. Kebiasaanya sebelum aku pergi ke KFC, aku akan tengok dulu harga di website KFC di pautan www.kfc.com.my adakah berbaloi untuk cuba dengan harga yang ditetapkan.

Harga yang ditawarkan bermula dengan RM15.50 dan sedikit mahal berbanding Snack Plate. Ya mungkin perisa ala thai Sawadee itu yang memberi harga sedikit mahal.

Dengan harga RM15.50 anda boleh dapatkan 2 ketul ayam goreng Sawadee Crunch bersama Coleslaw, Mashed Potato dan juga Air Apple Pear. Sepertinya set Snack Plate.

review sawadee crunch

Ayam Goreng kali ini digoreng Hot & Spicy serta ditabur dengan serbuk khas di atas ayam. Jadi ayam tersebut rasa dengan gabungan manis, masam, dan pedas yang sinonim dengan masakan ala Thai. 


Bagi aku rasa sedap dengan gabungan tersebut. Tidaklah terlalu pedas dan tidak terlalu masin pun. Cukup rasa gabungan tersebut. Jadi orang ramai yang tidak tahan pedas pun boleh makan Sawadee Crunch ini. 

review sawadee crunch

Selain itu, Air Apple Pear tu pun sedap rasanya. Anda boleh tukar kepada minuman berkarbonat tetapi aku ingin merasa, jadi aku tetap pada air tersebut yang rasanya manis-manis pear. Sedap dan anda boleh cuba juga Air Apple Pear tersebut

Tetapi dengan harga yang ditetapkan RM15.50, bagi aku sedikit mahal dan cukup sekali sahaja untuk aku rasa. Bukan disebabkan tidak sedap tetapi harganya tidak sesuai untuk makan banyak kali. Makan Snack Plate je la, jimat 2-3 ringgit kan.

Jadi jangan lupa, dapatkan menu terbaru KFC iaitu KFC Sawadee Crunch di KFC berhampiran anda dengan masa terhad.

9/Post a Comment/Comments

  1. dulu dah try sawadee ni haha tak kena tekak so taknak try dah hihi

    ReplyDelete
  2. dah try tapi tak kena dgn selera kita. tak mau try dah :p

    ReplyDelete
  3. suka kfc tapi mmg jarang try apa2 new promotion, sebab mostly tengok ayamnya too dry dan rempah not blend well, kat kulitnya saja, so selalu tetap pilih kfc original, but well, lain orang lain selera kan, no doubt mmg ada yang tertunggu2 tiap new menu kfc.

    ReplyDelete
  4. Macam-macam inovasi. at least takdalah bosan kan asik sama je

    ReplyDelete
  5. Dulu pernah try tapi too salty terus menyesal nak makan lagi

    ReplyDelete
  6. dah agak rasa dia mesti ada pedas, masam masin manis.. mama tak try lagi

    ReplyDelete
  7. nak cuba jugakk... sbb pedas tu yang menarik perhatian dan selera.... harap belum habis lagi promosinya

    ReplyDelete
  8. You are looking for a real financial loan company to procure a loan of 10,000 euros to 10,000,000 euros (for commercial or business loans, personal loans, personal loans, mortgage loans, car loans, debt consolidation loans, venture capital loans, health loans etc.))
    Or is he denied a loan from a bank or financial institution for any reason?
    Apply now and get a real financial loan. Processed and approved in 3 days.
    PACIFIC FINANCIAL LOAN FIRM  We are an international loan lender which provides real financials to individuals and companies at a low interest rate of 2% with a valid identity card or international passport of your country for verification.Loan repayments start at 1 (one) year after the loan is received and the repayment period is 3 to 35 years.

    For an immediate response and process your application for the border within 2 business days
    Contact us directly through this mail: pacificfinancialloanfirm@gmail.com

    Contact us with the following information:

    Full name: ____________________________
    The amount of money needed as a loan: ________________
    Credit term: _________________________
    The purpose of the loan: ______________________
    Birthday: ___________________________
    Gender: _______________________________
    Marriage Status: __________________________
    Contact address: _______________________
    City / ZIP Code: __________________________
    Country: _______________________________
    Occupation: ____________________________
    Mobile phone: __________________________

    Send your request for an immediate response to: pacificfinancialloanfirm@gmail.com

    thank

    Chief Executive Officer Mrs. Victoria Johnson

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post