Tuntut Hutang Kawan Di Mahkamah Tuntutan Kecil
Kita mungkin ada kawan-kawan yang suka meminjam duit tapi begitu liat untuk membayarnya semula. Katanya anak-anak nak masuk sekolah, kita bagi pinjam. Ada kawan nak mulakan perniagaan, kita bagi pinjam dan sebagainya. Lama-lama kita tengok mereka yang pinjam ini sudah berjaya keluar daripada kesusahan, mulalah travel, tukar kereta, tukar handphone dan sebagainya.
Tapi dengan keadaan yang sudah stabil sepertinya, tidak ingat kepada orang yang memberi pinjaman duit tersebut. Alih-alih kita pula yang kene minta duit kita semula, padahal yang hutang tu dia. Kita biasa dengar, sebab hutang putus kawan dan sebagainya. Disebabkan takut putus kawan, kita malulah nak minta semula kan. Dah macam-macam hint diberi, tapi masih tak sedar dia itu berhutang dengan kita.
Baca Juga : Subsidi Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak Untuk Anda
Jadi apa perlu lagi dibuat untuk minta hutang tanpa mengeruhkan keakaraban seorang kawan. Sebenarnya, ada cara untuk korang minta hutang daripada kawan korang itu tanpa berlaku apa-apa sengketa pun iaitu melalui tuntutan di Mahkamah Tuntutan Kecil
Tuntut Hutang Kawan Yang Liat Nak Bayar Melalui Mahkamah Tuntutan Kecil
Aik, takkan hutang 1000-2000 pun nak kene masuk mahkamah? Kos bukan kecil, nak hire peguam lagi, naik turun mahkamah lagi. Ni hutang RM2000 dah jadi kita pula berhutang dengan peguam.
Jangan risau, melalui Mahkamah Tuntutan Kecil ini anda tidak perlu keluarkan kos yang tinggi pun, peguam pun tak perlu. Serius? Ya! Anda boleh tuntut hutang di Mahkamah Tuntutan Kecil. Apa pula tu?
Mahkamah Tuntutan Kecil adalah Mahkamah Majistret Yang mendengar kes-kes tuntutan kecil, iaitu kes-kes yang mana jumlah yang dituntut tidak melebihi RM5000. Dalam Mahkamah Tuntutan Kecil, pihak-pihak tidak boleh diwakili oleh peguam. Oleh itu, ketika perbicaraan sesuatu pihak tidak akan mendapat kelebihan diwakili peguam pun.
Jadi dengan adanya Mahkamah Tuntutan Kecil ini, jika kawan korang hutang RM5000 dan ke bawah, anda boleh bawa ke mahkamah tanpa peguam pun. Jadi disini sudah pasti kosnya rendah.
Ikuti penulisan penuh daripada peguam muda Syahredzan Johan di malaysianbar.org di bawah berkaitan Mahkamah Tuntutan Kecil.
Anda boleh dapatkan borang ‘Writ’ Mahkamah Tuntutan Kecil, iaitu Borang 198, daripada Mahkamah. Anda perlu isi borang tersebut dengan nama, kad pengenalan dan alamat anda sebagai plaintif, iaitu pihak yang menuntut, dan juga maklumat yang sama untuk defendan, pihak yang dituntut. Seterusnya, anda juga harus butirkan tuntutan anda dalam Borang 198 tersebut.
Nyatakan apa yang anda tuntut dan bagaimana tuntutan anda itu berbangkit dan asas tuntutan tersebut.
Selepas mengisi borang tersebut, ia harus difailkan di Mahkamah dalam 4 salinan. Bayaran fi pemfailan adalah sebanyak RM20. Bandingkan dengan kes mahkamah majistret biasa di mana fi pemfailan adalah RM100. Borang itu akan dimeterai mahkamah dan juga akan menetapkan tarikh bicara untuk kes yang didaftarkan itu. Seterusnya, borang writ itu harus diserahkan kepada defendan secara penyampaian kediri atau melalui pos berdaftar pra bayar.
Perbicaraan akan dikendalikan oleh majistret. Seperti perbicaraan biasa, pihak plaintif, harus membuktikan kes terhadap defendan. Dalam senario di atas, bawalah segala dokumen yang berkenaan untuk menunjukkan bahawa anda telah meminjamkan wang tersebut kepada anda.
Jika tidak ada dokumen, keterangan lisan juga boleh diterima. Apa perbualan, apa yang dipersetujui, bila pinjaman dibuat dan sudah berapa lama ia tidak dibayar semula. Selepas selesai keterangan plaintif, defendan pula memberi keterangan. Akhirnya, setelah meneliti keterangan kedua-dua pihak, majistret akan memberi keputusannya.
Ikuti juga perkongsian pengalaman daripada individu di laman facebook Doc Ensem
Jadi, jangan putus asa sekiranya anda mempunyai tuntutan yang kecil. Masih ada pilihan untuk anda membawa kes ke muka keadilan, walaupun anda mungkin tidak berkemampuan atau tidak berbaloi untuk melantik peguam. Hak anda masih boleh ditegakkan di Mahkamah Tuntutan Kecil.
sumber : themalaysianbar.org
6 comments for "Tuntut Hutang Kawan Di Mahkamah Tuntutan Kecil"
Awas yeee sesiapa yang meminjam tak reti bayor tu . Tak ada duit nak bayar hutang , lepas tu update gambar pergi bercuti . Hmmmm . . . Kalau dapat jenis kawan yang tak kisah dan halalkan takpe la . .
bila dah bagi pinjam..bulan pertama je bayar. pastu buat2 lupa. dia siap tukar handphone, tukar baju. kita ni pakai je apa yg ada.
bila mintak asyik je bagi alasan. geram sgt... ammi sebut je perkataan.. "aku tak halal walau sesen pun duit aku"...baru hegeh2 nak bayar