Cara Pakai Face Mask Yang Betul Ikut Garis Panduan WHO - Aiman Abdullah ايمان
News Update
Loading...

Monday, 27 January 2020

Cara Pakai Face Mask Yang Betul Ikut Garis Panduan WHO

Cara Pakai Face Mask Yang Betul Ikut Garis Panduan WHO
Cara Pakai Face Mask Yang Betul Ikut Garis Panduan WHO

Face Mask atau Topeng Muka antara Personal Protective Equipment bagi mencegah jangkitan virus seperti yang tular sekarang Corona Virus. Antara jalan pencegahan yang boleh dibuat daripada menerima jangkitan virus ini adalah pakai face mask setiap kali berada di luar rumah atau berada di tempat orang ramai.

Selain jalan pencegahan ini, anda perlu sentiasa amalkan gaya hidup sihat dan bersih seperti basuh tangan dengan sabun atau hand sanitizer dan jangan bersentuhan dengan orang yang mungkin mengalami gejalan Corona Virus ini seperti batuk, demam, selesama dan sukar bernafas.

Baca Juga : Kini Kecoh Dengan Serangan Corona Virus Daripada Wuhan, China

Jadi Face Mask ini perlu dipakai bermula daripada kes Influenza yang berlaku pada awal Januari yang lepas sehingga kes Corona Virus ini. Anda perlu dapatkan atau beli Face Mask yang jenis betul untuk mengoptimasikan pencegahan ini. Jangan beli topeng muka jenis n95.

n95 hanya menapis debu-debu halus seperti berlakunya Jerebu pada tahun 2019 yang lepas manakala bagi kes Corona Virus ini anda perlu dapatkan Surgical Mask yang berwarga biru dan putih seperti doktor pakai di klinik dan hospital.


Untuk membuatkan daya pencegahan daripada terjangkitnya Corona Virus ini, anda perlulah memakai face mask tersebut dengan cara yang betul. Ini kerana Surgical Mask itu mempunyai 2 bahagian yang berbeza dan pemakaiannya mengikut situasi. Dalam kes ini, situasi kita adalah berhadapan degan Corona Virus yang katanya dipindahkan melalui batuk, selesema dan bersin.

Untuk itu, jom kita tengok panduan atau cara pakai face mask yang betul ikut garis panduan daripada World Health Organization (WHO) supaya hindari daripada menerima apa-apa virus yang mungkin masuk ke badan kita

Cara Pakai Face Mask Yang Betul Ikut Garis Panduan WHO


Jadi untuk ketahui cara tersebut, ikuti perkongsian daripada Seto Wing Hong yang bekerjasama dengan WHO menerangkan cara pemakaian face mask dengan betul. Ikuti langkah yang diterangkan dibawah :

Cara Pakai Face Mask Yang Betul Ikut Garis Panduan WHO

  1. Dapatkan jenis face mask yang betul mengikut situasi (face mask yang mempunyai 2 bahagian iaitu warna biru dan warna putih. Warna biru menunjukkan kawasan yang kalis air dan warna putih dibahagian dalam adalah absorbent yang akan memerangkap kesemua kuman yang keluar daripada badan kita
  2. Pastikan warna biru bahagian luar dan warna putih dibahagian dalam
  3. Pastikan bahagian yang keras berada di bahagian hidung anda
  4. Hidung juga perlu ditutupi, bukan mulut sahaja
  5. Akhir sekali, jika ingin cabut face mask tersebut, jangan sentuh dibahagian penutup mulut tersebut. Pegang dibahagian getah sahaja dan terus buang. Jangan lupa untuk basuh tangan dengan sabun.
Untuk lebih jelas lagi, anda boleh tonton video yang dikongsikan oleh Bloomberg di page facebook rasmi mereka di bawah ini




Kongsikan Artikel Ini

3 comments

  1. Perkongsian yang sangat bermanfaat.
    Pernah terbaca pasal bila masa biru kat luar dan putih kat luar tu confused jugaklah. Lepas baca pencerahan ni hilang dah confused hiks!

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas perkongsian Aiman.. sy baru tahu yg bahagian biru tu di luar rupanya..

    ReplyDelete
  3. betul tu, ada yang pakai terbalik, nice sharing aiman:)

    ReplyDelete

Notifikasi
Jangan lupa kongsikan blog ini dengan rakan anda. Terima kasih
Done