Sedap Juga Weh KFC Spicy Chick N Go - Aiman Abdullah ايمان
News Update
Loading...

Thursday, 30 January 2020

Sedap Juga Weh KFC Spicy Chick N Go

Sedap Juga Weh KFC Spicy Chick N Go
Sedap Juga Weh KFC Spicy Chick N Go

Aku tak pasti menu ini baru diperkenalkan atau sudah lama berada di KFC, tetapi KFC Spicy Chick N Go merupakan antara menu baru yang ada di KFC yang baru-baru ini viral di Twitter. Berbanding White BB Crunch yang diiklankan disetiap sudut di internet, Spicy Chick N Go ini tiada pun iklan di internet ataupun di TV.

Artikel Berkaitan : Menu Baru Daripada KFC, White BBQ Crunch Sedap Tapi Spoil Sikit La...

Jadi baru-baru ini aku berkesempatan untuk dapatkan KFC Spicy Chick N Go ini sendiri di outlet KFC dan rasainya sendiri. Ternyata bagi aku, walaupun nampak biasa tetapi rasanya sedap dan cukup berpuas hati. Ianya sudah mula dijual diseluruh outlet KFC diseluruh negara. Jadi jom baca sedikit review atau ulasan berkaitan menu baru daripada KFC ini iaitu Spicy Chick N Go.


Review Chick N Go Daripada KFC


Menu ini korang boleh dapatkan dalam 2 versi iaitu versi a la carte atau dalam versi set yang disediakan. Harganya pastilah berbeza. Hargan bagi a la carte Chick N Go adalah RM4.90 (ayam sahaja) manakala set Chick N Go beserta KFC fries dan air gas berharga RM8.90. Yes! bagi aku harganya sesuai dan tidak mahal pun.

Sedap Juga Weh KFC Spicy Chick N Go

Seperti yang diberitahu sebelumnya, rasa spicy chick n go ini sedap. Ianya merupakan daging ayam tanpa tulang digoreng dan ditabur dengan seperti serbuk tomyam. Rasanya seperti KFC Sawadee Crunch tetapi tidak terlalu masin.

Bila korang makan, ada rasa pedas sedikit, masin sedikit dan rasa-rasa ala-ala tomyam sedikit. Tapi rasanya cukup baik dan enak dimakan. Ayam yang diberi pun tanpa tulang, tepung pun just nice, penuh dengan isi la senang cerita. Korang kene rasa sendiri. Ternyata bagi aku, Chick N Go ini lebih sedap daripada White BB Crunch yang diperkenalkan sebelum ini.


Selain rasa yang sedap, aku rasa harga dengan saiz yang diberi cukup berpatutan. Jika korang beli sekutul aya KFC harganya RM4 tetapi jika korang beli Spicy Chick N Go ini harganya RM4.90 tanpa tulang dan ada sedikit perisa tambahan. Sepertinya Chick N Go lebih berbaloi menurut pandangan peribadi aku sendiri.

Sedap Juga Weh KFC Spicy Chick N Go

Jadi bagi aku, KFC Spicy Chick N Go ini sedap, berbaloi dan boleh repeat. Beli set terus, boleh dapatkan KFC fries dan air gas juga. Jadi untuk korang yang nak merasa, aku cadangkan korang pergi beli. 
Ada orang kata sedap lagi daripada Shih Lin or Ayam Uncle Bob. Betul ke? (Aku tak pernah makan semua tu)

Kongsikan Artikel Ini

4 comments

  1. Eh sedap ek...nak cubalah...Sis peminat ShihLin tau, kalau kata yang ni lagi sedap, waaa must try ni!!

    ReplyDelete
  2. tak penah try lagi, dan tak tau pun ada menu ni kat kfc, macih aiman bagitau menu sedap... akan akak cuba nanti... nampak ranggup betul rupa dia tu

    ReplyDelete
  3. wah sedapnya. kalau kalah ayam uncle bob, wajib try ni..hehe ♕ Tiara Sapphire ♕

    ReplyDelete
  4. uwuuu. nampak dalam gambar pun dah sedap :)

    ReplyDelete

Notifikasi
Jangan lupa kongsikan blog ini dengan rakan anda. Terima kasih
Done