Senarai Acara Utama Sepanjang Tahun 2020

Senarai Acara Utama Bagi Tahun 2020

Jika sedekad atau zaman sekolah dahulu, kita dibayangi pada tahun 2020 kelak, kita akan lihat bangunan cantik dan gah di seluruh negara dan paling best ada kereta terbang. Tetapi ianya hanya bayangan sahaja ketika itu, tetapi kini tahun 2020 sudah menjelma. Perkara ke arah itu sudah ada tetapi masih tidak dapat direalisasikan lagi.

Baca Juga : Logo Tahun Melawat Malaysia 2020 Diperkenalkan

Takpa kita move on. Lagipun tahun 2020 ini banyak je perkara menarik yang bakal berlaku dan bagi aku paling best adalah Tahun Melawat Malaysia 2020 (Visit Malaysia 2020). Pasti ramai pelancong luar yang akan datang ke negara kita Malaysia. psstt~~ nak sponsor saya untuk travel mana-mana, send email keh haha

Apa-apapun, pihak Bernama ada keluarkan infografik dimana menunjukkan pelbagai acara utama yang akan berlangsung dan berlaku di Malaysia sepanjang tahun 2020. Jadi nak tengok acara utama tersebut, jom baca lagi.


Acara Utama Sepanjang Tahun 2020



Acara ini dirangkumkan mengikut bulan (Januari hingga Disember) sepanjang tahun 2020. Jika terdapat tambahan, akan di update dari masa ke semasa.

Januari

  • Tahun Melawat Malaysia 2020 bermula
  • 1 Januari 2020 : Penguatkuasaan larangan merokok di restoren
  • Pilihan Ray Kecil Parlimen Kimanis (18 Januari) dan penamaan (4 Januari)
  • Pelaksanaan fasa pertama Program Sarapan Percuma (PSP) untuk murid sekolah rendah pada 20 Januari di 100 sekolah rendah seluruh negara
  • Pilihan pakej matapelajaran untuk pelajar Tingkatan 4 dan tiada paksaan menyertai aliran sains atau sastera
  • Menaikkan gaji bulanan minimum di 57 bandar kepada RM1200, kawasan lain kekal RM1100
  • Penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) diwajibkan. Tiada saman untuk 6 bulan pertama

Februari

  • 7 Februari : Edisi ke-25 Le Tour de Langkawi bermula


Mac

  • Pembentangan cadangan melanjutkan cuti bersalin dan paterniti kepada sektor swasta di Dewan Rakyat
  • Pembentangan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Bebas Aduan Salah Laku Polis (IPCMC) dan Rang Undang-Undang memansuhkan hukuman mati mandatori dan Rang Undang-Undang penggunaan tembakau, vape, rokok elektronik dan shisha di Dewan Rakyat
  • Pembentangan semula pindaan Perkaran 1(2) Perlembagaan Persekutuan untuk mengembalikan status Sabah dan Sarawak sebagai rakan sekutu dengan Semenanjung
  • 5 - 8 Mac : Kejohanan Golf Terbuka Malaysia kembali dalam Jelajah Asia selepas 4 tahun tidak dianjurkan. Bertempat di Kota Permai Golf & Country Club
  • 26 Mac : Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 : UAE lawan Malaysia di Abu Dhabi

April

  • 1 - 4April : Pemeran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC)
  • 15 April : Ulang tahun pengisytiharan Melaka Bandaraya Bersejarah
  • 20 - 23 April : Persidangan & Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) edisi ke-17 & Pameran Keselamatan Kebangsaan (NatSec) - meliputi penguatkuasaan undang-undang, keselamatan awam, kawalan sempadan di MITEC

Mei

  • 1 Mei : Hari Buruh
  • 9 Mei : Ulang tahun kedua Kerajaan Pakatan Harapan
  • 16 - 24 Mei : Kejohanan Piala Thomas & Uber di Aarhus, Denmark

Jun

  • Kelayakan Piala Dunia 2020 / Piala Asia 2021 : Thailand lwn Malaysia


Julai

  • 1 - 5 Julai : Fiesta Halal Malaysia (HALFEST) 2020 di Pusat Konvensyen & Pameran Antrabangsa Mines (MIECC), Kuala Lumpur
  • 11 - 19 Julai : Sukan Malaysia (SUKMA) 2020 di Johor
  • 24 Julai - 9 Ogos : Sukan Olimpik Tokyo 2020
  • 31 Julai : Hari Pahlawan 2020

Ogos

  • 14 - 23 Ogos : Festival tahunan utama taman & buang-bungaan Malaysia, Royal Floria Putrajaya 2020, di Taman Botani Putrajaya, Presint 1, Putrajaya
  • 25 Ogos - 6 September : Sukan Paralimpik Tokyo 2020
  • 31 Ogos : Hari Kebangsaan

September

  • 6 September : Hari Jadi Aimanabdullah
  • 16 September : Hari Malaysia

Oktober

  • 14 - 31 Oktober : Kejohanan B19 AFC 2020 di Uzbekistan

November

  • Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) di Kuala Lumpur

Disember

  • 31 Disember : Tahun Melawat Malaysia 2020 berakhir

Kalau ada penambahan acara menarik sepanjang tahun 2020, bolehlah komen di bawah, nanti aku update di dalam senarai bulanan seperti di atas. Semoga tahun 2020 ini memberi keceriaan dan keharmonian kepada seluruh rakyat Malaysia

0/Post a Comment/Comments

Recommended