Kini Tiada Lagi Siaran DIVA Dan E! Entertainment Di Astro

Kini Tiada Lagi Siaran DIVA Dan E! Entertainment Di Astro

Astro telah memberitahu kepada pelanggannya dimana bermula 31 Disember 2019 channel atau siaran DIVA dan E! Entertainment diberhentikan penyiaran di saluran Astro. Jadi jika anda langgan bagi pakej yang mengandungi siaran-siaran ini, kini korang tidak lagi boleh menonton di kaca tv Astro.

Baca Juga : Saluran Astro Percuma Pada Oktober 2019

Bagi aku yang pernah juga tonton siaran DIVA terutamanya, disitu mengandungi rancangan menarik antaranya Masterchef, Masterchef Junior, Lego Master dan banyak lagi. Kini tiada lagi. Siaran DIVA sebelum ini disiarkan di CH702 dan DIVA HD di CH723 manakala Siaran E! pada CH712 dan E! HD pada CH718.

Kini Tiada Lagi Siaran DIVA Dan E! Entertainment Di Astro

Siaran DIVA terkandung di dalam pakej basic atau Family Pack yang berharga RM61.32 manakala E! Entertainment siaran yang berada di dalam Mini Pack untuk beberapa pakej tersedia. Jadi kalau dah bayar dengang harga tersebut, tapi siaran tersebut diberhentikan, pelanggan Astro dapat pengurangan harga? dapat rebat? dapat siaran percuma? atau apa?


Siaran DIVA Dan E! Entertaiment Diberhentikan


Menerusi penerangan daripada Astro sendiri, ternyata pemberhentian siaran-siaran tersebut bukanlah atas sebab Astro (tak beli atau tak sewa), tetapi bermula tahun 2020, sebenarnya seluruh Asia Tenggara tidak lagi menerima siaran ini. Jadi ianya atas sebab pengeluar siaran itu sendiri. 

Kini Tiada Lagi Siaran DIVA Dan E! Entertainment Di Astro

Jadi dengan masalah pengeluar asal sendiri, Astro tidak mampu untuk membuat apa-apa untuk dapatkan siaran tersebut. Atas sebab itulah, Astro tidak memberi apa-apa rebat atau pengurangan harga kepada pelanggan sebaliknya hanya menambah siaran baru iaitu Siaran Comedy Central Asia di siaran CH718. 

Sebenarnya siaran ini hanya ada dalam Mini Pack dan tiada dalam Family Pack. Jadi pengguna Family Pack rugilah 1 siaran.

Kini Tiada Lagi Siaran DIVA Dan E! Entertainment Di Astro

Siaran baru tersebut, Comedy Central Asia ini akan bermula beroperasi pada 1 Januari 2020 (CH718 dan Astro GO). Tetapi di Astro GO, masih disediakan beberapa kandungan daripada Channel DIVA dan E! Entertainment. Jadi kalau nak tengok, kene daftar Astro GO dahulu. Caranya boleh rujuk Cara Daftar Dan Menggunakan Astro GO 2019

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

5 comments for "Kini Tiada Lagi Siaran DIVA Dan E! Entertainment Di Astro"

Comment Author Avatar
Dh pakai njoi dan tv pun jrg sgt tgk skrg ni
Comment Author Avatar
Patutlah encik suami pun merungut hal serupa. Rupanya inilah alasan astro..
Comment Author Avatar
akak rasa jrang bukak siaran yang tuh, tapi sebelum ini pun banyak jugak siaran yg dh diberhentikan...
tapi bagi akak janji kartun, mustika, korea masih ada kira ok... sebab itu antara yang utama di tengok
Comment Author Avatar
sesiapa yg amik pakej basic ni memang bosan la lepas ni. dah la cerita kat ria dan prima tu asyik ulang je..
Comment Author Avatar
channel E ni x membangun minda. ok la tutup channel tu