Datang Perak, Pekena Nasi Kandar Melayu Seri Iskandar Dulu

Datang Perak, Pekena Nasi Kandar Melayu Seri Iskandar Dulu

Minggu lepas aku pergi ke Perak dan orang cakap kalau datang Seri Iskandar kalau tak cuba Nasi Kandar Melayu Seri Iskandar tak sah. Jadi aku cuba google dan waze, ternyata lokasinya tidak jauh daripada tempat penginapan aku rupanya. Jadi apasalahnya, kalau pergi dan rasa sendiri kan.

To be exact untuk lokasi kedainya adalah dekat dengan simpang 3 menghala ke Parit atau korang boleh je waze atau google map Nasi Kandar Melayu Seri Iskandar. Rasanya korang boleh nampak daripada tepi jalan pun sebab signboard yang diguna pun besar dan boleh dilihat daripada jarak jauh. Boleh jumpa kot.


Jadi kalau korang rasa bila datang Seri Iskandar nanti dan nak cari makan tengah hari, mungkin kornag boleh singgah di kedai Nasi Kandar Melayu Seri Iskandar ini dulu. Tetapi, sedap sangat ke sampai perlu singgah ni? Ada review ringkas sini

Review Nasi Kandar Melayu Seri Iskandar 


Datang Perak, Pekena Nasi Kandar Melayu Seri Iskandar Dulu

Aku biasa akan google tempat makan sedap atau terbaik bila berada di sesebuah kawasan baru dan Seri Iskandar, Perak ini adalah kawasan baru bagi aku. Dah beberapa kali sampai di Perak, tetapi di Seri Iskandar ini adalah pertama kali. Jadi dah alang-alang sampai, cari la tempat makan yang sedap kat sini kalau adakan.

Baca Juga : Makan Dan Shopping Ketika Berada di Phuket, Thailand

Tempat yang aku dapat cadangan daripada Google dan Twitter adalah Nasi Kandar Melayu Seri Iskandar. Aku tak baca sangat review daripada orang lain, aku terus pergi sahaja cari, mungkin sebab dah lapar kot. Aku pergi ke kedai tersebut lebih kurang jam 11 pagi dan ianya sudah pun sedia untuk menerima pelanggan.


Untuk waktu operasi, kedai tersebut dibuka setiap hari kecuali hari selasa bermula 10.30 pagi hingga 7 malam.Kawasan tersebut juga disediakan kawasan parking yang luas. Jadi tak perlu risaulah kalau nak drive datang sendiri disini.

Untuk menu pula, ianya menyediakan beberapa set menu nasi kandar yang disediakan seperti Set Ayam Goreng Berempah, Set Ayam Lemon Madu, Set Ayam Kashmir, Set Daging Hitam dan Set Kari Kambing. Untuk harga bagi menu set Nasi Kandar Melayu Seri Iskandar ini anda boleh lihat di dalam gambar dibawah. Bagi aku tidak lah terlalu mahal

Datang Perak, Pekena Nasi Kandar Melayu Seri Iskandar Dulu

Jadi pada hari tersebut, aku cuba Set Ayam Goreng Berempah dengan air kosong je (free) dengan harga RM6 tanpa telur masin. Disini korang boleh bayar guna eWallet Boost tau. Kalau korang rasa tak bawa duit tu, bayar guna eWallet je.

Sedap Ke Nasi Kandar Melayu Seri Iskandar?


Jika korang dapatkan set menu tersebut, korang akan diberi Nasi Rempah/Nasi Putih + Ayam Goreng + Sayur Kobis + Sambal Kelapa dan Kuah Campur. Telur masin adalah pilihan, kalau taknak, kuranglah sikit harganya.


Untuk rasa dia pula bagi sedap dan ada rasa beriani dan ayam gorengnya. Tetapi tidaklah sampai level Nasi Briani pior yang berada di Pulau Pinang daripada mamak. Tetapi dalam level 'Nasi Kandar Melayu' rasanya cukup baik.

Datang Perak, Pekena Nasi Kandar Melayu Seri Iskandar Dulu

Nasi yang disediakan pun rasa rempah, ayam gorengnya pun sedap lagi-lagi kalau baru lepas masak. Korang letak je kuah campur, baru la jadi kandar kan. Untuk sambal kelapa pula, bagi aku kalau takda pun takpa. Tak memberi kesan pun. Portion nasi yang diberikan pun memang cukup untuk seorang makan. Tak perlu tambah pun melainkan kalau korang lapar sangat lah.

Ini sebenarnya kali ke 2, aku rasa Nasi Kandar Melayu dan sebelum ini di Temerloh iaitu Nasi Kandar Pak Sam. Aku rasa yang ini lebih sedap daripada di Temerloh tersebut. 

Kalau tanya aku berbaloi ke? Bagi aku berbaloi untuk cuba kerana harganya lagipun sedap la juga kan. Jadi untuk korang yang datang di Seri Iskandar, Perak tapi tak tahu nak makan mana, korang boleh cuba sini Nasi Kandar Melayu Seri Iskandar.

1/Post a Comment/Comments

  1. Aslm Aiman mama dah visit sini more than 4 times masih Tak jumpa blog penaja Dlm blog ni .. jika masih belum buat sehingga 4/3 mama terpaksa keluarkan dari senarai peserta ye. Harap dapat buat segera Dan beritahu mama

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post