Hukum Tutup Pintu Tandas Menurut Islam

Hukum Tutup Pintu Tandas Menurut Islam

Zaman sekarang kebanyakkan rumah mempunyai tandas di dalam rumah. Jadi kita perlu ketahui apakah hukum tutup pintu tandas menurut Islam dimana tandas adalah tempat yang sinonim dengan kotor dan dihuni oleh syaitan dan jin.

Sebenarnya tandas di dalam rumah atau di dalam bilik adalah kurang elok. Seperti yang diberitahu, ini kerana tempat tersebut merupakan tempat kotor yang dihuni oleh syaitan dan jin. Jadi ianya kurang sesuai berada di dalam rumah lagi-lagi di dalam bilik.

Bayangkanlah apabila kita buka pintu tandas, pastinya banyak syaitan mahupun jin akan memasuki ruang rumah kita sehingga ke bilik tidur. Pastinya akan memberi kesan buruk kepada sesebuah keluarga. Tetapi sebenarnya keadaan ini seolah menjadi sebuah keperluan untuk tandas menjadi sebahagian daripada rumah atau bilik kita.

Apabila Nabi SAW ingin memasuki tandas pula, baginda bersabda: “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada syaitan lelaki dan syaitan wanita”.Riwayat al-Bukhari, no. Hadith 139

Jika kedudukan tandas kita sudah pun dibina berada di dalam bilik tidur atau di dalam rumah kita, tak usahlah untuk kita robohkan dan pastinya memerlukan kos yang tinggi. Jadi sebenarnya ada cara untuk kita elakkan daripada syaitan atau jin memasuki ruang rumah kita melalui tandas.

Tutup Pintu Tandas Elak Syaitan Dan Jin

Hukum Tutup Pintu Tandas Menurut Islam

Jika tandas kita di dalam bilik, cepat-cepatlah tutup ketika sudah selesai menggunakannya dan lakukan apa yang Nabi kita ajarkan. Rasullullah SAW ada memberitahu kita bahawa Jin tidak boleh membuka pintu-pintu yang ditutup dengan menyebut nama Allah.

"Tutuplah pintu-pintu serta tutuplah bekas makanan dan minum kalian." (HR. Bukhori 5624).

"Apabila kegelapan malam menjelma atau apabila sudah lewat petang, maka tahanlah anak-anak kamu. Ini kerana, pada waktu itu syaitan berkeliaran. Apabila telah berlalu beberapa ketika daripada malam, biarkanlah mereka dan tutuplah pintu-pintu serta sebutlah nama Allah kerana syaitan tidak akan membuka pintu yang tertutup." Riwayat al-Bukhari (3304) dan Muslim (2012).

Justeru itu, jika rumah atau bilik kita sudah pun dibina sebuah tandas, biarkan sahaja tetapi sentiasalah tutup pintu cepat-cepat jika sudah selesai menggunakannnya dan sebutlah nama Allah swt.

BACA JUA : Adakah Sah Solat Jika Kucing Bermain-Main Di Kaki Kita Ketika Solat?

Ada juga doa yang diajarkan oleh kita tatkala jika ingin masuk dan keluar tandas. Boleh juga amalkan doa ini setiap kali menggunakan tandas.

Doa Masuk Tandas

Doa Masuk Tandas

Doa Keluar Tandas

Doa Keluar Tandas

Kesimpulan

Sekiranya tandas atau bilik air yang sudah berada di dalam rumah atau bilik, biarkan sahaja tetapi tutuplah pintu segera selepas selesai menggunakannya dengan menyebut nama Allah. Ini bagi mengelakkan syaitan atau jin masuk ke rumah kita.

Ternyata orang tua dahulu sudah tahu akan hal ini. Jika kita lihat, kebanyakkan rumah dahulu tandas dan bilik air mereka diasingkan daripada rumah. Jaranglah kita dengar masalah rumah tangga daripada nenek moyang kita. Kahwin ramai lagi adalah kan.

Selain itu juga, walaupun tandas itu digelar tempat yang kotor tetapi kita seharusnya menjaga tandas kita supaya kelihatan cantik dan wangi sentiasa. Ini kerana, jika ada najis yang terkena di badan kita, sudah pasti ibadah terutamanya solat tidak akan diterima oleh Allah. Pastikan tandas bebas daripada najis yang mungkin ktia tak nampak.

Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada para pembaca. Jika anda rasa ianya berfaedah, jangan lupa kongsikan di halaman laman sosial anda.

7/Post a Comment/Comments

  1. terima kasih atas maklumat

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah dapat ilmu di sini..terima kasih ya

    ReplyDelete
  3. Pintu tandas dalam rumah memang perlu sentiasa ditutup.
    Syaitan suka duduk dalam tandas.

    ReplyDelete
  4. kadang kadang terlepas pandang perkara2 macam ni kan :)

    ReplyDelete
  5. orang dulu bina tandas diluar rumah bukan sebab diorang tahu sangat hal ni, tapi sebab bau busuk dan pencacai senang nak bersihkan. Dulu-dulu bukannya ada pembetungan mcm sekarang.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah.. Tima kasih berkongsi ilmu moga bermanfaat tuk sume 😊

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah terima kasih kongsi ilmu.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post