PTPTN Ni Ada Unsur Riba Atau Ia Sebenarnya Ujrah?

PTPTN Ni Ada Unsur Riba Atau Ia Sebenarnya Ujrah?

Baru-baru ada kenyataan daripada pimpian PAS yang memberitahu, pihak PTPTN seharunya hapuskan riba daripada pinjaman tersebut. Tapi ada kata, ianya Ujrah. Jadi PTPN ni ada unsur Riba atau Ujrah sebenarnya?

Melalui kenyataan daripada Malaysikini dimana 'PAS cadang hapus unsur 'riba' dalam bayaran balik PTPTN'. Idea yang baik dilontarkan oleh parti tersebut demi anak bangsa yang pernah membuat pinjaman pendidikan PTPTN bagi menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi sesudah selesai sesi persekolahan.


Ramai yang menyambut cadangan ini dengan baik tetapi ada juga mereka yang menyangkal. Ini kerana sebenarnya PTPTN sejak 2008 lagi tidak mengamalkan pinjaman konvensional atau seakan riba tetapi ianya telah ditukar kepada Ujrah. Jadi betul kan sebenarnya pinjaman PTPTN kini tiada riba lagi.

Pinjaman PTPTN Ada Unsur Riba Atau Ianya Ujrah?


Sebenarnya pinjaman pendidikan PTPTN tiadapun unsur riba tetapi PTPTN adalah pembiayaan pendidikan yang patuh syariah sebagaimana yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam

PTPTN Ni Ada Unsur Riba Atau Ia Sebenarnya Ujrah?

Ya, dalam pembayaran balik ada peratusan yang ditambah pembayaran iaitu sebanyak 1% setahun. Peratusan ini dipanggil Ujrah atau upah. Kadar ini adalah amat minimum dan bukan atas dasar mengambil keuntungan serta diperlukan bagi menampung kos operasi PTPTN termasuk kos bagi pengurusan dan pentadbiran setiap akaun peminjam.

Baca Juga : Trivia Menarik Tulisan Jawi

Sebagai contoh, sekiranya pembiayaan adalah melibatkan RM20,000 dalam tempoh 10 tahun, maka upah atau Ujrah dikenakan sebulan hanyalah RM16.67 dan setahun adalah sebanyak RM200. Kenyataan ini juga memberitahu nilainya amatlah minimum jika dibandingkan dengan mana-mana institusi kewangan lain.

Semenjak tahun 2003, PTPTN tidak lagi menerima geran daripada kerajaan dan telah mendapatkan dana atau meminjam daripada institusi kewangan seperti KWSP, CIMB, Ambank, RHB dan Maybank melalui pinjaman jangka panjang dan penerbitan Sukuk untuk tujuan pemberian pinjaman kepada peminjam PTPTN. PTPTN telah dikenakan faedah sehingga 5% atas jumlah dana yang telah diperolehi. Peminjam PTPTN pula tidak dikenakan sebarang bayaran mahupun kos bagi menampung faedah tersebut. Dalam erti kata lain faedah pinjaman tersebut telah ditanggung sepenuhnya oleh PTPTN dan bukan peminjam


Tambahan lagi, pihak PTPTN juga memberikan pilihan jika mereka selesaikan pembayaran balik dalam tempoh 6 bulan selepas tamat pengajian maka tiada sebarang kenaan Ujrah atau upah. Juga diberikan peluang kepada mana-mana peminjam yang berjaya menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Kelas Pertama, mereka tidak perlu membayar balik walau sesenpun kepada PTPTN.

Anda boleh baca kenyataan penuh daripada pihak PTPTN berkaitan Pembiyaan PTPTN Bukan Riba disini. Panjang lebar yang diterangkan oleh PTPTN dalam kenyataan tersebut.

Sebenarnya penghapusan bayaran balik PTPTN ini secara logik dan adil, ianya tidak boleh dihapuskan seperti yang digembar-gemburkan oleh parti-parti politik. Apa yang sudah anda pinjam, anda perlu membayarnya.
Pandai pinjam, pandai bayar, jangan nak lari plak
Manakala unsur yang dikatakan riba di dalam pembiayaan PTPTN itu sebenarnya sudah tiada dan ianya sudah digantikan dan Ujrah atau Upah. Jadi kalau betul Kerajaan nak hapuskan Ujrah ini boleh sahaja, tetapi mereka harus biaya segala kos operasi PTPTN termasuk kos bagi pengurusan dan pentadbiran setiap akaun peminjam.

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post