Umat Islam Dilarang Tunai Umrah Kerana COVID-19

Umat Islam Dilarang Tunai Umrah Kerana COVID-19

Mungkin berita ini agak mengejutkan dan menyedihkan bagi umat Islam dimana Arab Saudi melarang mana-mana umat Islam mengerjakan umrah buat masa ini kerana COVID-19. Ini pastinya jalan terbaik yang diambil oleh Kerajaan di sana bagi mengelakkan lebih ramai lagi yang akan dijangkiti dengan virus ini.

Larangan ini bukan sahaja dikeluarkan kepada umat Islam di Malaysia tetapi ianya dikuatkuasakan kepada seluruh umat Islam di dunia hatta rakyat mereka sendiri. Menerusi pautan BHarian, mereka memberitahu, larangan ini dikuatkuasakan kepada semua orang termasuk rakyat Arab Saudi sendiri, tetapi mereka masih lagi boleh berada di sekitar Masjidil Haram dan tempat-tempat tumpuan lain.


Larangan ini telah dikeluarkan lewat Februari 2020 yang lepas dan tarikh dibuka semula masih lagi tidak ditentukan. Pastinya ianya adalah penutupan sementara.

Larangan Umat Islam Mengerjakan Umrah Kerana COVID-19


Ternyata wabak kali ini telah memberi impak yang besar bagi seluruh dunia. Jika di timur tengah, negara yang terbanyak dijangkiti dan menyebabkan kematian adalah negara Iran. Dengan keadaan itu, Kerajaan Arab Saudi terpaksa membuat keputusan ini demi umat sejagat.

Baca kenyataan rasmi daripada Kerajaan Arab Saud disini

Walaupun ianya hanyalah bersifat sementara, tetapi masih tiada lagi tarikh sebenar bila umat Islam lain dapat mengerjakan umrah seperti biasa. Tahun ini pula, musim haji akan bermula sekitar bulan Julai. Sekiranya wabak ini tidak menunjukkan trend penurunan, pasti haji tahun ini juga akan terganggu. 


Pasti ramai yang sudah bersedia untuk menunaikan umrah di Mekkah berasa keceawa dengan situasi ini. Persediaan yang telah dilakukan begitu lama, kumpul duit, cari masa terluang dan akhirnya kecewa tidak dapat terbang ke Mekkah dan Madinah.

Umat Islam Dilarang Tunai Umrah Kerana COVID-19

Tetapi ingatlah, semua ini adalah aturan Allah. Anda merancang dan sebaik perancang adalah Tuhan Maha Esa. Anggaplah tiada rezeki untuk menjejakkan kaki di Tanah Haramain tahun ini dan pasti ada hikmah disebalik semua perkara ini.

Berharap juga, Kerajaan Arab dapat membersihkan kawasan Masjidil Haram terutamanya kawasan Kaabah yang mungkin terdapat virus dan kuman tersebar disana.


Keadaan Masjidil Haram Dan Kaabah Ketika Ini


Kerajaan Saudi menegaskan halangan ini hanyalah sementara bagi mengelakkan penyebaran virus. Ia pastinya mendapat perhatian umat Islam kerana musim haji tahun ini akan bermula pada bulan Julai. Sekiranya halangan tidak ditarik sebelum bulan tersebut, terdapat kebarangkalian musim Haji tahun ini dibatalkan.

Umat Islam Dilarang Tunai Umrah Kerana COVID-19

Umat Islam Dilarang Tunai Umrah Kerana COVID-19

Ini merupakan antara gambar terbaru selepas kawasan berhampiran Kaabah dikosongkan bagi tujuan pembersihan tetapi kawasan sekitar masih lagi boleh digunakan. 

Gambaran ini sebenarnya tidak indah bila kita lihat tiada lagi manusia yang melakukan ibadah tawaf mengelilingi Kaabah buat masa sekarang. Harap wabak COVID-19 ini dapat dibendung dengan cepat dan semoga kita dihindarkan daripada wabak virus ini

sumber gambar : twitter @haramaininfo
Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

2 comments for "Umat Islam Dilarang Tunai Umrah Kerana COVID-19"

Comment Author Avatar
Asalam ..ada hikmah semua..sangat bersih..
Comment Author Avatar
Tengok kat area Haramain ni kosong tak pernah tengok sebelum ni rasa takut lain macam. Macam dunia dah nak akhir zaman sangat.