Cara Tebus Internet Percuma Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan

Baru-baru ini, Perdana Menteri YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan dalam pakej PRIHATIN, dimana, rakyat akan menikmati internet percuma selama tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berlangsung.


Tawaran ini akan bermula pada 1 April 2020 sehingga tamat tempoh PKP iaitu pada 14 April 2020. Jadi selama tempoh ini, berdasarkan tawaran daripada syarikat telco, anda akan memperoleh data internet percuma untuk digunakan.

Baca Juga : Penerima Bantuan One-Off Daripada Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN)

Tawaran ini hampir sama bagi setiap syarikat telekomunikasi seperti Celcom, Maxis, U Mobile, Digi dan banyak lagi. Mungkin perbezaan hanya cara tebus data internet tersebut. Jadi untuk ketahui cara tebus internet percuma ini, anda boleh baca tatacaranya dibawah.

Tawaran ini diberika kepada rakyat supaya menggalakan mereka sentiasa berada di rumah bagi memutuskan rantaian COVID-19 daripada berjangkit kepada orang lain. Selain itu juga, memudahkan pengguna menjalankan aktiviti #workathome

Cara Tebus Internet Percuma Mengikuti Syarikat Telco


#1.  U Mobile - Tebus Dan Menerima Secara Automatik

U Mobile - Tebus Dan Menerima Secara Automatik

U Mobile menawarkan data percuma 1GB setiap hari bagi semua pengguna termasuk postpaid, prepaid dan juga broadband kecuali pengguna WeChat Go. Tawaran ini bermula 1 April 2020 sehingga tamat tempoh PKP. Anda boleh menggunakan data internet ini pada semua fungsi termasuklah hotspot iaitu bermula 8 pagi hingga 6 petang.

Semua pengguna harus tebus sekali sahaja dan selepas itu, pada hari-hari berikutnya data internet tersebut akan diberi secara automatik. Anda boleh tebus melalui Umobile Apps atau dail ::

*118*6*7# - Untuk pengguna postpaid
*118*7*6# - Untuk pengguna prepaid

Untuk maklumat lanjut, layari laman pautan www.u.com.my


#2.  Celcom - Menerima Secara Automatik

Celcom - Menerima Secara Automatik

Celcom juga menawarkan data internet 1GB percuma kepada semua pelanggan postpaid, prepaid dan enterprise. Tawaran ini bermula dan boleh diguna pakai bermula jam 8 pagi hingga 6 petang dan sebarang baki data yang tinggal akan terhapus jika tidak habis digunakan. 

Anda tidak perlu menebus data percuma ini, tawaran ini akan diberi secara automatik terus masuk ke dalam akaun penggunaan harian anda.

Untuk maklumat lanjut, layari laman pautan www.celcom.com.my

#3.  Digi - Tawaran Fleksibel 

Digi - Tawaran Fleksibel

Digi sepertinya telah memberika internet percuma lebih awal kepada penggunanya dimana bermula 21 Mac 2020 yang lepas, setiap pengguna Digi postpaid dan broadband telah menerima data 1GB percuma setiap hari sehingga tamat tempoh PKP.

Manakala bagi pengguna prepaid pula, mana-mana pengguna tambah nilai RM10 dan keatas, mereka layak menerima tawaran percuma seperti berikut :
  • Panggilan percuma selama 5 minit + 300MB Internet dengan tambah nilai RM10 hingga RM29.99. Sah selama 3 hari
  • Panggilan percuma selama 15 minit + 1GB internet dengan tambah nilai RM30 dan ke atas. Sah selama 7 hari

Untuk maklumat lanjut, layari laman pautan Digi

#4.  Maxis - Tebus Setiap Hari

Maxis - Tebus Setiap Hari

Maxis sepertinya mahukan penggunanya tebus data internet percuma ini setiap hari. Kesemua pelanggan postpaid, prepaid layak menerima tawaran data internet 1GB secara percuma bermula 8 pagi hingga 6 petang bermula 1 April 2020 hingga tempoh PKP tamat.

Anda perlu tebus sendiri data ini dengan menggunakan aplikasi sama MyMaxis app, MyMaxis Biz app, Hotlink Flex apps atau Hotlink RED app atau UMB dan pilih 1GB Daily pass option.

Untuk maklumat lanjut, layari laman pautan Maxis


#5.  Yoodoo - Penggunaan Tanpa Had Masa

Yoodoo - Penggunaan Tanpa Had Masa

Nampaknya Yoodoo mendahului daripada syarikat Telco lain dimana, sempena PKP ini, mereka menawarkan data intertnet percuma 1GB dan boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja tanpa had masa. Tawaran ini bermula 30 Mac hingga 14 April 2020. Data percuma ini akan diberi ke pelan anda secara automatik. Ianya ditawarkan kepada pengguna aktif sahaja.

Tambahan lagi, data percuma yang diberi, jika tidak habis digunakan, ianya akan dibawa ke hari kemudian.

Untuk maklumat lanjut, layari laman pautan Yoodoo

#6.  Unifi Mobile - Diaktifkan Secara Automatik

Unifi Mobile - Diaktifkan Secara Automatik

Sedikit berbeza dengan telco lain, dimana Unifi Mobile menawarkan data internet 999GB LTE secara percuma bagi pas hotspot. Ianya ditawarkan kepada semua pengguna Unifi Mobile Postpaid (Unifi Mobile 99, webe RM79 dan Unifi Mobile Pek Jasa) dan Unifi Mobile Biz Postpaid (Unifi Mobile Biz 99 dan Unifi Mobile Biz 9). Prepaid pun dapat tau.

Tawaran ini akan dikreditkan secara percuma terus ke pelan anda sehingga 14 April 2020 kelak.

Untuk maklumat lanjut, layari laman pautan Unifi Mobile

#7.  TuneTalk - Diaktifkan Secara Automatik

TuneTalk - Diaktifkan Secara Automatik

TuneTalk juga memberi data internet percuma 1GB kepada pengguna Tune Talk atau Mitra. Sama seperti Digi, Maxis dan U Mobile dimana, penggunaan bermula jam 8 pagi hingga 6 petang setiap hari sehingga tempoh PKP tamat.

Anda perlu tebus sekali terlebih dahulu menerusi mesej seperti dibawah. Kemudian pada hari-hari berikutnya, ianya akan di kreditkan secara automatik ke dalam pelan anda. 

SMS STAYHOME dan hantar ke 2222

Untuk maklumat lanjut, layari laman pautan www.tunetalk.com

#8.  XOX Mobile - Data 1GB Percuma Apabila Tambah Nilai

XOX Mobile - Data 1GB Percuma Apabila Tambah Nilai

XOX Mobile menawarkan data internet percuma 1GB kepada kesemua pelanggannya. Tawaran ini telahpun ditawarkan bermula 23 Mac yang lepas sehingga 14 April 2020. Untuk melayakkan anda menerima data percuma ini, anda perlu tambah nilai atau topup sekurang-kurangnya RM30 menerusi Black App, XOX FAST dan XOX Selfcare dan layak menerima 1GB percuma.

Untuk maklumat lanjut, layari laman pautan www.xox.com.my

5/Post a Comment/Comments

  1. tak tahu plak ade tawaran ni. sepanjang tempoh pkp ni dok umah jer tak kuar..

    ReplyDelete
  2. Untuk penguna tone excel mcm mana yer nak tebus

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk tone excel masih dalam proses. kalau nak tahu lebih lanjut boleh whatsapp 010.512.9768

      ini maklumat yang dapat daripada facebook rasmi tonegroup

      Delete
  3. Rezeki jangan di tolak.. semoga manfaat kepada masyarakat malaysia. hehe

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah nasib baik guna celcom. Automatik masuk

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post