Tiada Bazar Ramadhan Di Seluruh Pahang Tahun Ini

Kerajaan Negeri Pahang telah membuat keputusan dimana, pada tahun ini, Bazar Ramadhan tidak dibenarkan diadakan bagi seluruh Pahang.


Keputusan ini dibuat sama seperti negeri-negeri lain seperti Selangor, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Kedah, Sarawak dan Pulau Pinang. Kesemua negeri ini telah membatalkan bazar Ramadhan dan keraian yang lain seperti Bazar Gawai.


Keputusan ini telah diumumkan oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menerusi laporan yang disiarkan oleh Berita Harian Online sebentar tadi. Keputusan ini disahut oleh cadangan yang dikemukakan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia supaya tidak berada di dalam situasi mass gathering jika sekalipun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini tamat kelak.

Tiada Bazar Ramadhan Di Pahang



Jadi pada tahun 2020, seluruh Pahang tidak akan diadakan bazar Ramadhan yang bertujuan bagi memutuskan rantaian dan mengelakkan jangkitan COVID-19 yang kini sedang melanda di seluruh dunia juga termasuk di Malaysia.

Alternatif


Sebagai alternatik kepada bazar secara fizikal. Kerajaan akan membina sebuah platform atas talian bagi menggantikan pembelian secara konventional tersebut. Kini di Pahang telah memperkenalkan aplikasi PahangGO yang mana mungkin boleh digunakan selepas ini bagi peniaga-peniaga memasarkan produk mereka ketika Ramadhan kelak.

“Sehubungan itu, kerajaan negeri akan melancarkan platform pasar raya atas talian atau portal dikenali ‘PahangMart’ yang akan memaparkan senarai pasar raya yang beroperasi di negeri ini beserta barangan jualan mereka - Menteri Besar Pahang

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

3 comments for "Tiada Bazar Ramadhan Di Seluruh Pahang Tahun Ini"

Comment Author Avatar
Samalah Negeri 9 pun tiada bazar Ramadan tahun ini.
Biasa Mrs. A pergi bazar Ramadan Ampangan ataupun bazar Ramadan Stadium tahun ni dalam mimpi je
Comment Author Avatar
sama lah kat sarawak pun takda bazaar ramadhan dan bazaar gawai. tapi elok juga kan, tempat tu tumpuan orang ramai. risau dgn convid 19 ni
Comment Author Avatar
Nampaknya banyak negeri dah putuskan tiada bazar ramadan.