8 Aneka Resepi Kuih Tradisional Berasaskan Pisang

8 Aneka Resepi Kuih Tradisional Berasaskan Pisang

Makanan melayu ni tak boleh dipisahkan dengan kuih muih, tak kira la jenis apa pun. Jadi kali ni kita tengok kuih muih tradisional yang berasaskan pisang. Dengan pisang pun, banyak aneka resepi yang boleh dilakukan.

Kuih muih biasanya dimakan dikala petang. Biasanya lagi, anda pekena kuih muih bersama air teh ke air teh o ke kopi dan pelbagai lagi. Barulah orang kata kombo yang lengkap. Ada kuih dan ada air kan. Kita boleh makan sendiri atau hidangkan kepada tetamu yang datang ketika itu.


Oleh itu, jom kita jenis pelbagai jenis kuih muih yang berasaskan pisang beserta resepi yang disediakan dibawah. Selamat mencuba.

BACA : 8 Aneka Resepi Ikan Patin Yang Anda Boleh Cuba Termasuk Patin Masak Tempoyak

1.   Bombasari

Bombasari

Boleh cuba resepi pisang dengan hasilkan bombasari. Ikuti resepi bombasari seperti dibawah.

Bahan-Bahan

  • 380 ml santan
  • 90 g tepung gandum
  • 60 g gula halus
  • 3-4 biji pisang raja - dihiris serong
  • 1/2 sudu teh garam
  • Minyak masak
  • Sedikit pewarna kuning

Cara Membuat

  1. Satukan tepung gandum, santan, pewarna kuning dan gula halus hingga sebati.
  2. Tuangkan adunan ke dalam loyang berukuran 20 cm yang disapu minyak
  3. Susun hirisan pisang hingga sekata di seluruh loyang
  4. Kukus kuih selama 20 hingga 25 minit atau hingga masak. Setelah sejuk, barulah dipotong.

2.   Getuk Pisang

Getuk Pisang

Boleh cuba juadah seterusnya iaitu getuk pisang. Lihat resepi seperti dibawah

Bahan-Bahan

  • 15 biji pisang nangka - separuh masak
  • 1 biji kelapa parut - diambil putih sahaja
  • 6 sudu gula pasir
  • Garam secukupnya

Cara Membuat

  1. Rebus pisang hingga lembut dan kupas kulitnya. Kemudian kisar pisang hingga halus
  2. Masukkan gula pasir, kelapa dan sedikit garam. Gaulkan hingga sebati
  3. Masukkan adunan ke dalam loyang berukuran 22 cm dan tekan hingga mampat
  4. Biarkan beberapa jam sebelum dipotong

3.   Lempeng Pisang

Lempeng Pisang

Ini biasa yang dibuat oleh orang kita. Jom tengok cara buat lempeng pisang yang sedap untuk dimakan bersama kelapa parut.

Bahan-Bahan

  • 4 biji pisang berangan - dilenyek
  • 1 ketul gula melaka - diracik halus
  • 1/2 biji kelapa parut
  • Sedikit tepung
  • Secubit garam

Cara Membuat

  1. Lenyek pisang hingga lumat kemudian gaulkan dengan gula melaka.
  2. Masukkan tepung dan garam secukupnya. Tambahkan kelapa parut dan gaul rata
  3. Panaskan kuali dan sapukan sedikit minyak. Tuangkan bancuhan tadi di atas kuali. Apabila sudah masak atau kekuningan terbalikkan dan angkat.
  4. Ulangi langkah yang sama sehingga adunan habis

4.   Apam Pisang

Apam Pisang

Apam pisang sedap dimakan ketika santapan petang bersama keluarga. Jom tengok resepi untuk buat apam pisang yang sedap.

Bahan-Bahan

  • 10 biji pisang berangan - dibuang kulit dan dipotong setebal 1 cm
  • 250 g mentega
  • 1 tin susu cair
  • 1 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan air
  • 2 cawan tepung naik sendiri
  • 1 cawan gula kabung - diracik halus
  • 1 sudu teh soda bikarbonat

Cara Membuat

  1. Cairkan gula pasir seperti membuat gula hangus
  2. Masukkan mentega dan air. Biar mendidih seketika dan sejukkan
  3. Pukul telur dengan gula kabung, masukkan pisang, tepung dan soda bikarbonat. Tuangkan susu cair serta air gula yang dimasak tadi
  4. Panaskan periuk pengukus dan masukkan bancuhan tadi. Kukus hingga masak.

5.   Lepat Pisang

Lepat Pisang

Ini antara makanan tradisional terkenal sepanjang zaman. Masih diterima orang ramai. Jom tengok resepi lepat pisang sedap ni.

Bahan-Bahan

  • 4 biji pisang emas
  • 200 g tepung gandum
  • 70 g gula pasir
  • 60 ml santan
  • 50 g kelapa parut - diambil putih sahaja
  • 50 ml gula melaka
  • 2 butir telur
  • Daun pisang - dilayur
  • Garam secukupnya

Bahan Untuk Kuah Santan

  • 375 ml santan pekat
  • 50 g halba
  • Garam dan gula pasir secukupnya


Cara Membuat

  1. Satukan santan, pisang, tepung gandum, gula pasir, garam, telur dan air gula melaka dalam mangkuk. Kacau hingga sebati
  2. Ambil sedikit adunan dan dileperkan di atas daun pisang. Sendukkan kelapa parut di bahagian tengahnya. Bungkus dengan kemas, kukus selama 20 minit atau hingga masak
  3. Untuk kuah santan, satukan semua bahan dalam periuk. Kacau rata di atas api hingga pekat. Siap!

6.   Bingka Pisang

Bingka Pisang

Jom tengok cara buat bingka pisang dengan perkongsian resepi seperti dibawah

Bahan-Bahan

  • 10 biji pisang
  • 1 cawan gula
  • 2 cawan tepung beras
  • 2 1/2 cawan santan
  • Garam
  • Sedikit pewarna kuning

Cara Membuat

  1. Separuh pisang dilenyek dan separuh lagi dipotong. Ketepikan
  2. Pukul santan dan gula hingga rata. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau sebati. Masukkan pisang yang dilenyek pewarna kuning dan gaul sebati
  3. Masukkan pula pisang yang dipotong dan secubit garam
  4. Tuang adunan dalam dulang yang bersesuaian dan bakar hingga masak. Siap!

7.   Kuih Lapis Pisang

Kuih Lapis Pisang

Kali ni kita buat kek lapis tapi berasaskan pisang. Pasti sedap jika dimakan beramai-ramai bersama keluarga.

Bahan A

  • 2 cawan santan
  • 2 sudu tepung beras
  • 2 sudu tepung kastand atau tepung jagung
  • 1 sudu teh garam
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula pasir

Bahan B

  • 1 cawan pisang emas/berangan - dilecek
  • 1/4 cawan air

Bahan C

  • 1/2 cawan air
  • Sedikit pewarna merah

Cara Membuat

  1. Gaulkan bahan A hingga sebati. Tapis dan bahagikan kepada 2 adunan
  2. Campurkan bahan B dalam bahagian pertama dan kacau rata
  3. Satu bahagian lagi dicampurkan dengan bahan C. Kacau rata
  4. Satu bahagian lagi dicampurkan dengan setengah cawan air. Gaulkan
  5. Tuangkan satu senduk adunan B dan kukus selama 10 minit
  6. Lapiskan pula satu senduk adunan B dan kukus selama 10 minit
  7. Lapiskan pula satu senduk adunan C dan kukus selama 8 minit
  8. Ulangi proses melapis sehingga semua adunan habis.

8.   Talam Pisang

Talam Pisang

Akhir sekali boleh cuba resepi untuk buat kuih talam pisang. Sedap dimakan di waktu petang.

Bahan Untuk Lapisan Bawah

  • 400 g pisang berangan
  • 110 g tepung gandum
  • 50 g gula merah - dimasak dan ditapis
  • 100 ml air
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 butir telur

Bahan Untuk Lapisan Atas

  • 400 ml santan
  • 30 g tepung beras
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu teh air kapur - dicairkan
  • 1/2 sudu teh garam

Cara Membuat

  1. Lapisan bawah, lecek pisang hingga lumat. Campurkan air gula merah, gula pasir, santan, garam dan telur hingga rata
  2. Ratakan adunan ke dalam loyang berukuran 20 cm yang disapu sedikit minyak. Kukus selama 20 minit atau hingga masak
  3. Untuk lapisan atas, satukan santan, air kapur tepung beras, tepung gandum, dan garam. Kacau di atas api perlahan hingga naik wap.
  4. Tuangkan ke atas lapiran bawah. Kemudian kukus lagi selama 20 minit atau hingga masak. Sejukkan sebelum dipotong.

2/Post a Comment/Comments

  1. lepat..Fav! dari x reti buat, penangn pkp, sekrg dh pandai buat..hihih

    ReplyDelete
  2. teringin plak nak makan lepat pisang.. ade sapa bole tolong buatkan

    ReplyDelete

Post a comment

Previous Post Next Post