Tidak Dibenarkan Untuk Pulang Raya, PKPB Dilanjutkan Sehingga 9 Jun 2020


PKPB akan dilanjutkan selama 4 minggu sehingga 9 Jun 2020

Akhirnya YAB Perdana mengumumkan dimana, tahun ini, kita tidak dibenarkan untuk pulang bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri kerana PKPB akan dilanjutkan selama 4 minggu sehingga 9 Jun 2020.

Dengan keputusan ini, segala perturan dan SOP yang disenaraikan selama tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan kekal berkuatkuasa sehingga 9 Jun 2020 kelak. Tetapi jika ada sebarang perubahan, ianya akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

Selain daripada tempoh lanjutan ini, Tan Sri Muhyddin Yassin memberitahu, rakyat Malaysia tidak dibenarkan untuk merentas Negeri bagi pulang ke kampung menyambut Hari Raya Aidilitrit, Pesta Keamatan dan Hari Gawai. Katanya lagi, untuk jiran dan keluarga yang tinggal berdekatan dibenarkan untuk menziarahi dengan had maksimum 20 orang pada satu-satu masa.


Oh jangan lupa, norma baharu, pakai topeng hidung dan mulut, cuci tangan menggunakan sabun atau hand sanitizer dan penjarakkan sosial.

Berita baik untuk pasangan suami isteri yang terpisah, Kerajaan mengumumkan akan berikan
kelonggaran kepada pasangan suami atau isteri ini untuk melakukan perjalanan rentas sempadan negeri bagi tujuan berjumpa dengan keluarga. Boleh mohon melalui aplikasi Gerak Malaysia atau di mana-mana balai polis berhampiran.

Dalam ucapan itu juga, Perdana Menteri mengumumkan, SOP bagi membuka masjid untuk solat berjemaah termasuk Solat Jumaat sedang diperhalusi. Ianya juga kepada rumah-rumah ibadah yang lain.

Akhir sekali, YAB memberitahu tempoh rayuan kedua akan dibuka semula bagi Bantuan PRIHATIN Nasional kerana ramai yang gagal menerima bayaran ini atas pelbagai sebab sebelum ini. Jadi tempoh rayuan permohonan BPN akan dilanjutkan sehingga 31 Mei 2020 bermula Isnin ini. Anda boleh hantar emel atau hadir ke kaunter-kaunter LHDN untuk membuat rayuan.

Baca Juga : Penerima Bantuan One-Off Daripada Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN)

Semoga kita akan berjaya memerangi wabak COVID-19 bersama-sama. Duduk rumah dan Berhari Raya di rumah sahaja tahun ini.

4/Post a Comment/Comments

  1. Nampaknya tahun ini beraya di rumah sahaja, kesihatan dan keselamatan perlu diutamakan.

    Jemput baca dan komen,
    https://tarotthefool.blogspot.com/2020/05/14th-educational-trip-experience-lodz.html

    ReplyDelete
  2. Sambut raya ala kadar aje tahun ni

    ReplyDelete
  3. ayuh la kita bertabah huhuhu

    ReplyDelete
  4. raya tahun nih tersangat sedih
    beraya seorang diri
    sob sob sob :_(

    ReplyDelete

Post a comment

Previous Post Next Post