Cara Menggunakan Tulisan Jawi Di Telefon Anda Untuk Android dan iPhone

cara guna tulisan jawi di telefon untuk android dan iphone

Kalau anda nak cuba tulisan jawi di handphone, anda boleh ikuti langkah-langkah atau cara menggunakan tulisan jawi di telefon untuk pengguna Android dan iPhone.

Secara default, setiap telefon pintar akan diberi tulisan rumi untuk semua pengguna di Malaysia dan jika buat penambahan pun akan diberikan tulisan arab. Tulisan arab dan tulisan jawi adalah dalam bentuk yang sama tetapi ada 6 penambahan huruf pada tulisan jawi.

BACATrivia Menarik Tulisan Jawi

Kali ini, kita bukan nak tambah tulisan arab, tetapi tulisan jawi. Jadi boleh la kita tulis dimana-mana laman sosial kita kan. Ini selari dengan Hari Jawi yang diperkenalkan oleh Kerajaan pada 10 Julai yang lalu. Antara galakkannya adalah menggunakan tulisan jawi di media sosial.


Jangan risau, kalau anda ingin menggunakan tulisan jawi itu, jom ikuti langkah mudah dan cara aktifkan tulisan jawi di telefon sama ada di android ataupun iOS bagi pemilik iPhone.

Cara Aktifkan Tulisan Jawi Di iOS

Cara ini terbahagi kepada 2 iaitu bagi pengguna iOS 13 dan ke atas dan iOS 12 dan ke bawah. Ada sedikit berbeza. Jadi untuk pengguna iPhone dan iPad, boleh tengok cara disini.

Pengguna iOS 13

1. Untuk aktifkan tulisan jawi pergi ke Setting > General > Keyboard

2. Kemudian kli pada Add Keyboard

3. Cari dan pilih Malay (Arabic)

cara aktifkan tulisan jawi di ios 13 iphone

Pengguna iOS 12 dan ke bawah

Untuk dapatkan fungsi tulisan jawi, anda perlu download aplikasi tambahan bernama JawiKey secara percuma atau JawiKey SIRIM secara berbayar. Guna yang free pun ok dah.

1.  Selesai muat-turun, pergi ke Setting > General > Keyboard > Keyboards

cara guna tulisan jawi di telefon untuk iphone

2.  Kemudian klik pada Add New Keyboard

3. Cari dan pilih JawiKey untuk aktfikan pilihan tulisan jawi. Klik Done

cara guna tulisan jawi di telefon untuk iphone

Untuk Aktif dan Gunakan Tulisan Jawi

Seterusnya, jika anda ingin aktif dan gunakan tulisan jawi di keyboard iPhone anda, ikuti langkah dibawah


1.  Paparkan keyboard anda. Klik dan tahan logo seakan bumi dibawah kiri.

cara guna tulisan jawi di telefon untuk iphone

2.  Kemudian pilih tulisan jawi yang sudah di tambah pada langkah awal (JawiKey). Selesai!

Cara Aktifkan Tulisan Jawi Di Android

Untuk semua pengguna Android, anda boleh gunakan aplikasi Gboard sahaja. Lebih mudah. Saya pengguna Google Pixel, aplikasi Gboard telah tersedia, jadi tak perlu download dah.

1.  Jika sudah siap download, pergi Setting > System > Languages & Input

cara guna tulisan jawi di telefon untuk android

2.  Kemudian klik pada Virtual Keyboard dan pilih Gboard

cara guna tulisan jawi di telefon untuk android

3.  Klik languages dan Add Keyboard

4. Akhir sekali, cari dan pilih Malay (Arabic) (Malaysia) dan klik Done

cara guna tulisan jawi di telefon untuk android

Untuk Aktif Dan Gunakan Tulisan Jawi 

1.  Paparkan keyboard anda. Klik dan tahan logo seakan bumi dibawah kiri.


2.  Kemudian pilih jenis tulisan yang sudah ditambah tadi iaitu Malay Arabic Malaysia. Selesai!

cara guna tulisan jawi di telefon untuk android


Harap bermanfaat!

2/Post a Comment/Comments

  1. Bolehlah semua menghidupkan Hari Jawi ;)

    ReplyDelete
  2. kerajaan dh tetapkan jumaat hari jawi...boleh lah praktik ni

    ReplyDelete

Post a comment

Previous Post Next Post