Cara Daftar Perniagaan SSM Secara Online Terbaru Untuk Tahun 2022

Cara Daftar Perniagaan SSM Secara Online Terbaru Untuk Tahun 2020

Kepada mereka yang nak daftar lesen perniagaan SSM, sekarang anda boleh buat online sahaja. Ikuti langkah dan cara ini dibawah.

Perkongsian ini merupakan daripada pengalaman sendiri apabila baru sahaja berjaya mendaftarkan syarikat enterprise atau persendirian sendiri hanya melalui online sahaja.

Jadi secara asasnya yang melibatkan perniagaan dan pendaftaran SSM di Malaysia ini adalah berpandukan daripada Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 dimana ada menyatakan yang sebarang perniagaan yang mendatangkan keuntungan mesti berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Kita berniaga, mesti nak untungkan.

BACA : 7 Cara Buat Duit Guna Blog Bagi Tahun 2020

Seperti yang saya bagi tahu, saya telah berjaya daftar perniagaan berlabel Enterprise, tapi apa maksudnya? Sebelum itu, anda perlu tahu di Malaysia terdapat 4 kategori perniagaan iaitu Milikan Tunggal, Perkongsian, Sendirian Berhad (Sdn Bhd) dan Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT). 

Jadi untuk perniagaan kecil seperti kita ni, kita hanya fokus kepada 2 kategori sahaja iaitu Milikan Tunggal dan Perkongsian yang juga dikenali sebagai Enterprise. 

  • Milikan Tunggal - Perniagaan dimiliki oleh hanya Seorang Pemilik
  • Perkongsian - Perniagaan dimiliki sekurang-kurangnya 2 orang tidak melebihi 20 orang rakan kongsi

Saya daftar milikan tunggal dibawah Enterprise.

Pendaftaran Pernigaan SSM Buat Pertama Kali

Saya telah mendaftar perniagaan dan buat lesen SSM melalui kategori Enterprise pada Oktober 2020 yang lepas. Ini kerana saya melakukan transaksi atau perniagaan yang melibatkan keuntungan di blog saya ini.

Jadi saya telah daftar dengan jayanya pada 29 Oktober 2020 dibawah nama Aiman Creative Media (003190671-H). Jadi apa tujuan saya daftar perniagaan yang perlu anda buat bayaran secara tahunan ini selain tujuan perniagaan?

Saya daftarkan perniagaan saya ini adalah bagi tujuan :

  • Perniagaan saya menjadi sebuah entiti yang sah di Malaysia
  • Bina keyakinan daripada potensi client. Mereka lebih mempercayai terhadap servis saya
  • Jika ada bantuan daripada Kerajaan seperti (Geran Khas Prihatin, GKP), senanglah ianya disalurkan kepada peniaga seperti saya.
  • Senang buat Loan

*Tapi dah daftar lambat, dapat BPN la, tak dapat GKP

BACA Cara Buat Permohonan Rayuan bagi Geran Khas Prihatin (GKP)

Dengan komitmen fee RM60 setahun, pastinya tidak membebankan yang seolah-olah RM5 sebulan. Tapi ada cara untuk anda dapatkan bayaran yuran tahunan lebih murah. Ikuti langkah seterusnya.

Cara Daftar Perniagaan (Enterprise) SSM Secara Online Untuk Tahun 2022

Untuk pengetahuan awal, walaupun ianya pendaftara secara online tapi anda perlu pergi sekejab sahaja mana-mana cawangan SSM terdekat bagi tujuan verfikasi sahaja. Lepas tu boleh balik dan terus daftar perniagaan.

Pergi ke pautan ezbiz untuk bukan akaun SSM di ezbiz.ssm.com.my. Kemudian klik pada butang "Sign Up"

Cara Daftar Perniagaan SSM Secara Online Terbaru Untuk Tahun 2020

Kemudian masukan butiran nombor kad pengenalan, nama anda, emel, no telefon, password, username dan beberapa maklumat lain yang diperlukan. Akhir sekali klik butang "Register"

Cara Daftar Perniagaan SSM Secara Online Terbaru Untuk Tahun 2020

Dalam tempoh 14 hari, anda perlu pergi ke mana-mana cawangan SSM untuk aktifkan ID ezbiz anda dengan proses cap jari (thumbprint) dan jangan lupa bawa IC anda. Itu sahaja. Proses tak sampai 5 minit pun. Sekejab sahaja.

Jika anda tidak aktifkan ID anda, semua fungsi di dashboard ezbiz online tidak boleh diguna terutamanya untuk daftar perniagaan.

Cara Daftar Perniagaan SSM Secara Online Terbaru Untuk Tahun 2020

Selesai aktifkan ID di kaunter SSM, semua fungsi boleh digunakan dan kini anda boleh mula daftar perniagaan secara online dimana-mana sahaja.

Daftar Perniagaan Secara Online

Anda perlu "Sign In" terlebih dahulu di ezbiz.ssm.com.my

Kemudian anda pergi ke tab My Business Services dan pada bahagian New Business Registration, klik "New Business"

Cara Daftar Perniagaan SSM Secara Online Terbaru Untuk Tahun 2020

Anda perlu masukkan butiran pada 5 bahagian iaitu Main Information, Branches, Business Code, Owners dan akhir sekali Fees & Declaration.

Cara Daftar Perniagaan SSM Secara Online Terbaru Untuk Tahun 2020

#1 - Main Information

Pada bahagian ini anda perlu pilih Name Type sama ada "Trade Name" atau "Personal Name". Disinilah yang menentukan yuran tahunan anda.

  • Trade Name (nama unik perniagaan) = RM60
  • Personal Name (nama perniagaan menggunakan nama penuh anda sahaja) = RM30

Nak nampak lebih profesional, saya cadangkan anda letak nama unik perniagaan anda. Buat lah nama apa pun asalkan tidak bermaksud buruk. Adalah lebih baik nama perniagaan ada kaitan dengan jenis perniagaan anda (cth: Aiman Creative Media - lebih kepada jenis perniagaan berkaitan digital)

Masukkan "Business Start Date"

Masukkan "Partnership Agreement Date" jika ada

Masukkan "Registration Period" dengan membuat pilihan bermula 1 tahun hingga 5 tahun

Cara Daftar Perniagaan SSM Secara Online Terbaru Untuk Tahun 2020

Klik bahagian “Business Info” untuk "Yes" jika setuju untuk beli info, "No" jika tidak setuju untuk beli info.

Status akan menunjukkan “DATA ENTRY

"Incubator" – Klik "YES" jika anda peniaga di Sarawak yang menggunakan khidmat incubator. Klik "NO" jika tidak berkenaan.

"Is Online Seller?" – Klik "YES" jika berniaga secara dalam talian. Klik "NO" jika tidak berkenaan. Sekarang rasanya semua ada berniaga online kan

Cara Daftar Perniagaan SSM Secara Online Terbaru Untuk Tahun 2020

Masukkan alamat business, emel, no telefon dan URL website, facebook etc anda. Kalau berniaga di rumah, masukkan sahaja alamat rumah. Kalau ada kedai, boleh masukkan alamat kedai tersebut. 

Cara Daftar Perniagaan SSM Secara Online Terbaru Untuk Tahun 2020

 Jika sudah lengkap klik butang "Next"

#2 - Branches

Anda boleh masukkan alamat kedai jika anda ada bukan branch (atau kedai) lain. Alamatnya kena berbeza dengan alamat yang didaftar sebentar tadi. Jika tiada, tinggal kan.

#3 - Business Code

Anda perlu masukkan jenis perniagaan yang anda jual. Anda ada jual pakaian, makanan, alat elektrik, buat servis advertorial, ambil upah design, ambil upah menjahit, hantar makanan dan sebagainya la. Tulis pada ruangan Description.

Jika sudah klik pada butang "Add Business Code" untuk masukkan kod perniagaan yang anda buat. Masukkan mengikut kategori perniagaan anda. 

cth : Saya ada jual barang melalui internet (47912), ada buat pengiklanan (73100) dan ada terbitkan gambar, tulisan, poster etc (58190). Anda boleh menjalankan perniagaan hanya pada jenis kod yang anda daftar je tau.

Cara Daftar Perniagaan SSM Secara Online Terbaru Untuk Tahun 2020

#4 - Owners

Pada bahagian Owner Information, anda klik pada ikon di "Action" untuk menyemak atau mengemaskini maklumat pemilik yang dimasukkan sebelum ini. Jika betul, klik butang "Next"

Cara Daftar Perniagaan SSM Secara Online Terbaru Untuk Tahun 2020

#5 - Fees & Declaration

Akhir sekali adalah pembayaran. Disini akan terpapar jumlah bayaran yang anda perlu bayar berdasarkan  Nama Perniagaan, ada Branches atau tidak dan juga dapatkan Business Info tadi. Untuk saya, saya gunakan nama pernigaan dan mahu dapatkan Business Info yang total adalah sebanyak RM70.

Anda tik pada kotak kecil dan klik "Preview"

Cara Daftar Perniagaan SSM Secara Online Terbaru Untuk Tahun 2020

Akan dipaparkan SEMUA informasi yang anda daftar sebelum ini. Pastikan ianya tepat sebelum anda buat pembayaran. Jika sudah pasti, klik pada "Submit Payment"

Cara Daftar Perniagaan SSM Secara Online Terbaru Untuk Tahun 2020

Anda boleh buat bayaran terus secara online dengan klik "Pay Online" atau bayar secara tunai di kaunter SSM.

Cara Daftar Perniagaan SSM Secara Online Terbaru Untuk Tahun 2020

Selesai!

Tempoh Proses Kelulusan Daftar Perniagaan

Proses mengambil masa 7 hari bekerja, tetapi pengalaman saya ianya mengambil masa 1 hari sahaja. Saya daftar dan buat bayaran pada petang hari kemudian pihak SSM telah meluluskan permohonan pada pagi keesokan hari. Sekejab sahaja!

BACA : Cara Mendaftar Dan Berniaga Di Shopee Terkini

SSM akan hantar emel yang memberitahu permohonan pendaftaran pernigaan telah berjaya!

Cara Daftar Perniagaan SSM Secara Online Terbaru Untuk Tahun 2020

status Aiman Creative Media : approved!

Download Sijil Perniagaan Dan Business Info

Ini penting, anda perlu muat-turun atau download sijil perniagaan dan info perniagaan dalam masa 14 hari

Pergi ke My Business Services > List New Business > Approved/Reject > Action dan klik pada butang "Download Certificate" dan "Download Business Info"

Selesai semuanya!

Selamat berjaya dan selamat berniaga!

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post