Saksikan Drama Sang Pewaris Di TV3 Dan Aplikasi WeTV (Slot Lestary)

Saksikan Drama Sang Pewaris Di TV3 Dan Aplikasi WeTV (Slot Lestary)

Anda boleh saksikan drama Sang Pewaris melalui slot Lestary di TV3 atau strim secara online di aplikasi WeTV selesai tayangan di TV.

Drama Sang Pewaris adalah drama terbaru terbitan TV3 bagi mengantikan drama Lelaki Lingkungan Cinta dengan 13 episod sebelum ini. Jadi drama ini juga akan bersiaran untuk 13 episod di TV dan strim di aplikasi.

Sang Pewaris ini akan menampilkan gandingan mantap antara Pelakon TV Lelaki Popular, Ben Amir bersama pelakon jelita, Amyra Rosli. 

Tayangan : 13 episod di TV3 dan WeTV (Slot Lestary)
Penerbit : Global Station
Pengarah : Eyra Rahman
Pelakon : Amyra Rosli, Ben Amir , Cik Manggis De Fam, Fad Anuar, Yusry Abd Halim, Sabrina Ali, Ieda Moin, Acong Sweet Child, Adlin Aman Ramli, Zamarul Hisham,  Aziz M. Osman, Kartina Azi

Saksikan Drama Sang Pewaris Di TV3 Dan Aplikasi WeTV (Slot Lestary)

Sinopsis Drama Sang Pewaris

Drama Sang Pewaris ini bermula apabila Ali (Ben Amir) dikejutkan dengan beberapa fakta tentang dirinya;

  • Dia bukan Ali bin Ahmad, tetapi rupanya Tunku Ali Khairudin ibni Tunku Ahmad!
  • Fakta kedua, dia mempunyai seorang abang kembar!
  • Fakta ketiga, sangkanya dia cuma anak pungut, tetapi rupanya dia pernah diculik!
  • Keluarga kandung sedang mencari dan menanti kepulangannya demi kelangsungan warisan keluarga.

Takut dengan kenyataan yang mendadak di depan mata, Ali enggan pulang meskipun puas dipujuk. Tetapi, sekeping gambar telah melunturkan pendiriannya. Dia pulang juga akhirnya. Di saat majlis meraikan kepulangannya diatur, Ali menukar fikiran. Dia menghilangkan diri. Ali mengubah rupa dan menyamar sebagai tukang kebun lalu menyusup masuk ke dalam rumah keluarga kandungnya. Di situ, dia mula mengenali beberapa nama.

Tuan Haji Mahmud: Pengurus keluarga diraja yang terlalu setia sehingga menimbulkan curiga. 

Tunku Kamariah: Sang Bonda yang suka menyendiri. Sikapnya terkadang bagai orang gila.

Tunku Ameer: Lelaki misteri yang sukar ditafsir budi pekerti.

Doktor Mahfuz: Doktor peribadi keluarga yang prihatin meski senyumnya dingin.

Che Som dan Pak Kadir: Tukang masak dan pemandu rasmi keluarga yang memiliki semua cerita tentang keluarga tersebut di dalam poket mereka.

Zara Aireena: Manis. Lembut. Jelita. Bergaya. Ops, itu luaran sahaja! Tetapi rupanya dia boleh tahan gila. Kalau tidak, takkan dikejarnya Ali dengan parang semata-mata marahkan Ali terpotong pokok bunga kesayangannya.

Konflik muncul satu demi satu. Misteri lama terurai perlahan-lahan. Luka lama kembali berdarah. Namun, tiada luka yang dapat menandingi luka di hati Ali bila terpaksa akur bahawa hatinya mula mencintai Zara Aireena, tetapi gadis itu pula merupakan tunang abang kembarnya!

Saksikan Drama Sang Pewaris Di TV3 Dan Aplikasi WeTV (Slot Lestary)

Waktu Siaran

Drama 13 episod ini akan mula bersiaran pada 26 November 2020. Drama Sang Pewaris akan menemui penonton pada setiap Rabu hingga Khamis, jam 9 malam melalui slot Lestary di TV3. Anda juga boleh strim melalui aplikasi WeTV selepas selesai tayangan di TV. 

Anda boleh strim di website www.wetv.vip atau melalui aplikasi Google Play Store atau Apple App Store secara percuma. 

Tonton Semua Episod Drama Sang Pewaris

Sang Pewaris Episod 1

Sang Pewaris Episod 2

Sang Pewaris Episod 3

Sang Pewaris Episod 4

Sang Pewaris Episod 5

Sang Pewaris Episod 6

Sang Pewaris Episod 7

Sang Pewaris Episod 8

Sang Pewaris Episod 9

Sang Pewaris Episod 10

Sang Pewaris Episod 11

Sang Pewaris Episod 12

Sang Pewaris Episod 13 (Episod Akhir)

2/Post a Comment/Comments

Post a comment

Previous Post Next Post