Semua Aktiviti Pasar Malam, Pekan Sehari, Car Boot Sale Dihentikan Seketika Di Daerah Temerloh

Semua Aktiviti Pasar Malam, Pekan Sehari, Car Boot Sale Dihentikan Seketika Di Daerah Temerloh

Terkini seperti yang dimaklumkan, segala aktiviti pasar malam, pekan sehari, car boot sale, pasar tani dan pasar karat temerloh ditutup dan dihentikan bermula 19 Januari hingga 24 Januari 2021.

Keputusan ini diumumkan oleh Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) melalui sebuah kiriman notis punutupan di laman media sosial facebook.

BACA : Carboot Sale, Pasar Karat, Pasar Malam Di Temerloh Dihadkan Sehingga Jam 10 Malam Sahaja

Penutupan bagi aktiviti-aktiviti ini berikutan status terkini COVID-19 yang membimbangkan di daerah Temerloh. Setakat 18 Januari 2021, dilaporkan pertambahan 1 kes baru yang menjadikan jumlah kumulatif kes aktif di daerah Temerloh sahaja adalah 48 kes. Sekali gus menjadikan Temerloh zon merah ketiga selepas Kuantan dan Bentong di negeri Pahang.

Penutupan Aktiviti Pasar Malam Di Temerloh

Jadi pastinya peningkatan ini membimbangkan jika ianya melibatkan perkumpulan orang ramai seperti di pasar malam walaupun dari segi SOP dibenarkan kerana Pahang hanya dibawah arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan bukan PKP.

pasar malam temerloh tutup

Walaubagaimanapun operasi bagi pasar awam dibenarkan tetapi hanya terhad sehingga jam 12.00 tengah hari sahaja. 

Sila patuhi segala SOP yang ditetapkan oleh pihak MKN dan KKM. Sentiasa memakai face mask, kerap mencuci tangan dan amalkan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter daripada yang lain.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi Bahagian Pelesenan di 09-290 1540/1551/1552

2/Post a Comment/Comments

  1. bro...ada link nak buat reply comment macam ni? lama tinggal blog...

    ReplyDelete
  2. ini memang default komen datang dengan template. tak ubah apa2 pun

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post