Betul Ke Ada Rasa Pedas Manis Pada Spicy Chicken Burger With Apple Slices McDonalds?
Ini persoalan yang timbul semasa makan dan bila habis makan menu baru McD, Spicy Chicken Burger with Apple Slices (Burger Ayam Pedas dan Epal). Betul ke ada rasa pedas, dan betul ke ada rasa manis?
Mana yang tidak tahu lagi, McDonalds baru sahaja melancarkan menu baru iaitu gabungan burger ayam bersama kepingan epal yang diletakkan di dalamnya. Anda mungkin boleh nampak iklannya di facebook atau di twitter dengan trademark 'Pedas-Pedas Epal'
Jadi kali ini, aku nak review la sikit berkaitan menu baru McD ni sebab aku baru je order menu ni terus menggunakan Foodpanda. Sebab dah tak boleh dine-in, kena la delivery kan. Paling tak best, macam biasalah, kedekut sos cili.
~ makan pula masa perutusan PM yang tak tahu apa isisnya haha
Pedas Manis Ke Burger Ayam Pedas dan Epal McD ni?
Untuk permulaan, menu baru ini dikeluarkan dalam 2 jenis iaitu Spicy Chicken Burger with Apple Slices dan juga Double Spicy Chicken Burger with Apple Slices. Yang membezakannya adalah daging ayam ada 2 dan harganya sudah pasti.
Untuk harga, ianya dijual dengan harga RM17.34 untuk set medium, RM19.23 untuk set large dan RM14.51 untuk a la carte. Manakala untuk double burger bermula dengan RM23.00 untuk set. Dengan harga yang ditawarkan, anda peroleh bu
BACA : Betul Ke Sos Cili Swiss Bear Sama Dengan Sos Cili McDonalds?
Jika dilihat pada burgernya sendiri, ada bun yang lembut dengan taburan bijian halus, daging ayam (seakan pada burger Chicken McDeluxe), kobis sikit dan 4 keping epal bersama-sama sos pedas manisnya. Itu sahaja. Ya, yang unik kali ini, anda makan burger bersama buah epal rangup.
Untuk rasa, jujur aku cakap, aku tak rasa pedas dan mungkin manis tu ada sikit sebab dari epal. Nak rasa pedas, terpaksa letak sos cili yang dibekalkan sedikit pada aku. Manakala untuk keseluruhan rasa, tidak la mengecewakan dan masih sedap, tetapi tak capai langsung kenikmatan. Takda wow factor pun. Kalau tak pandai makan, nanti ngap burger, epal tu pula akan jatuh ke bawah. Pandai-pandai lah ek.
BACA : Jom La Cuba Menu McD Baru Ni, Burger Daging Honey Mustard
Menu sampingan, twister fries lagi sedap dan capai kenikmatan.
Jadi untuk pendapat peribadi, anda boleh je cuba sesuai kelainan yang katanya burger bersama epal ni bukan benda baru. Tapi untuk aku, aku tak repeat la. Bukan tak sedap, tapi sebab harga. Apa-apapun my favourite Ayam Goreng McD lagi berbaloi-baloi nak makan walaupun mahal.
Apa-apapun percubaan yang menarik McDonalds...
2 comments for "Betul Ke Ada Rasa Pedas Manis Pada Spicy Chicken Burger With Apple Slices McDonalds?"