Justice League Zack Snyder Cut Boleh Ditonton Di HBO Go. Ini Langkah Dan Cara Daftar!

Justice League Snyder Cut Boleh Ditonton Di HBO Go. Ini Langkah Dan Cara Daftar!

Kepada peminat filem Justice League Snyder Cut. Anda boleh tonton filem ini melalui HBO Go serentak di seluruh dunia pada 18 Mac 2021. Jadi jika tiada lagi akaun, anda boleh ikuti langkah ini cara daftar dan menggunakan aplikasi HBO Go.

BACA : Review Ringkas dan Trivia Menarik Filem Awesome Justice League

Di Malaysia, kita menerima versi HBO Go, manakala di peringkat USA mereka menggunakan HBO Max. Walaubagaimanapun, kita masih lagi menerima tayangan Zack Snyder's Justice League di bahagian Asia khususnya di Malaysia.

HBO Go sama seperti platform penstriman yang lain. Ini bermakna, anda perlu langgan untuk menonton rancangan atau filem yang disediakan. Untuk kandungan HBO Go, ia lebih kepada filem atau siri Hollywood seperti filem-filem DCEU (Wonder Women, Batman vs Superman), Men In Black, Detective Pikachu, Siri Godzilla, juga beberapa kandungan animasi dan dokumentari.

Sama juga seperti Justice League Snyder Cut ini, anda perlu melanggan HBO Go untuk menonton. Seperti yang diumumkan oleh pihak panggung wayang, filem ini tidak ditayangkan di mana-mana pawagam di Malaysia. Jadi tidak boleh tidak, anda perlu langgan HBO Go untuk menonton secara halal dan legal.

Justice League Snyder Cut Boleh Ditonton Di HBO Go. Ini Langkah Dan Cara Daftar!

Cara Daftar HBO Go

Untuk maklumat, HBO Go telah bekerjasama dengan saluran Astro HBO. Ini bermakna, pelanggan Astro yang melanggan Movie Pack secara automatik dapat akses HBO Go secara percuma kecuali kandungan Live TV (HBO Signature, HBO Hits, dan sebagainya)

Ada Astro dan telah langgan Movie Pack, boleh tonton Zack Snyder Justice League secara On Demand di Ultra Box atau Astro Go secara percuma. Tiada Astro, langgan HBO Go dan boleh tengok disini.

zack snyder's justice league astro on demand

Manakala bagi bukan pelanggan Astro, anda perlu melanggan HBO Go dengan 1 harga sahaja iaitu RM34.90 untuk sebulan. Anda dapat akses semua kandungan filem dan siri di dalamnya bersama-sama Live TV. Boleh tonton di aplikasi atau laman web di hhboasia.com/HBO

Cara Daftar HBO Go untuk pemula adalah seperti berikut:

Langkah 1  Download terlebih dahulu aplikasi HBO Go di Play Store atau App Store.

Langkah 2  Klik "Create an Account" dan masukkan butiran Nama, Emel dan Password dan klik "Next"

cara daftar hbo go malaysia

Langkah 3  Jika anda bukan pelanggan Astro, pergi bahagian "Subscribe Now". Akan dipaparkan pelan bulanan, RM34.90 sebulan. Klik "Continue"

cara daftar hbo go malaysia

Anda akan diberi trial 7 hari terlebih dahulu. Jika lepas 7 hari habis, baru anda perlu bayar. Walaubagaimanapun, anda perlu juga masukkan butiran bayaran selepas ini

Langkah 4  Pembayaran dibuat melalui Google Play. Anda klik pada "Update Card". Kemudian pilih cara bayaran. Lebih senang masukkan maklumat kad debit sahaja. Terserah pada anda.

cara daftar hbo go malaysia

Langkah 5  Jika sudah selesai, klik butang "Subscribe" dan masukkan password emel Google Play anda bagi tujuan verify. Klik "Verify" dan "OK"

cara daftar hbo go malaysia

Langkah 6  Anda boleh tetapkan Parental Control PIN pada mana-mana jenis tontonan. Jika sudah, akhir sekali klik "Next"

cara daftar hbo go malaysia

SELESAI!

Kini anda sudah mendapat akses penuh kepada semua kandungan yang ada di dalam HBO Go untuk 7 hari trial dan 30 hari selepas itu. Anda perlu klik sahaja mana-mana filem yang anda ingin tonton dan nikmati secara online. Untuk pengguna Android Box, ada juga aplikasi ni tau. Jadi boleh tengok di tv nanti. Yes!

Untuk Zack Snyder' Justice League nanti, tunggu 18 Mac 2021 sekitar 3.01 PM. Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, durasi filem ini selama 4 jam. Sediakan pop corn!

8/Post a Comment/Comments

  1. Satu-satunya artikel yang explain details gilaaa utk tonton Justice League Snyder Cut ni. Memang terbaik aiman! Terima kasih sebab share!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab kita pun excited juga kan. share la dengan orang ramai hehe sama-sama

      Delete
  2. sesuai dilayari waktu lapang :)

    ReplyDelete
  3. takder pon kat astro on the go...

    ReplyDelete
  4. Masw trial 7 hari tu boleh tgk full tak Justice League yg baru ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je. dah habis tengok pun ni guna 7 days trial

      Delete

Post a comment

Previous Post Next Post